BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 18, 2010

akhirnya..dalam omputih, at last!

Punyela menunggu KPM upload uplikasi dalam talian, untuk cek tempat posting..ngeh3,saje nak sebok2 walaupun aku dah tau aku dapat sabah.
syukur dapat jugak aku posting SABAH. tapi daerah dan skolah belom tentu lagi. makin sakit jiwa nak pikir. tambah lah lagi jiwa kacau bila dapat tau kota kinbalu ni susah nak dapat sebab penuh..aduhai, laki aku kat sini xkan aku daerah yg berjam- jam nk sampai pulak? kena duduk umah lain la jawabnye.
xmau aku! aku masih menunggu lagi la ni

kawan2 yg dapat semenanjung suma bersuka ria.ade yg dapat negeri sebelah,negeri sendiri,daerah sendiri..ntah2 sekolah sendiri (maksud aku sekolah lame dulu mase blajo). adeh, sedikit sebanyak jeles di situ! haha. ade plak kwn2 ramai dpat negeri terchenta aku, RED GIANT! wargggghhhhhhhhh..bagi aku sedikit mase nak terima kenyataan ni!

mak aku kecewa kut aku dapat sabah ,tapi laki aku kecewa pulak kalo aku dpat selangor..uhuhu..sila la golek2 aku jadi macam bola lagi..susah jugak nak jage ati semua bila ramai peminat.hik2..(untuk entry ni mmg nak perasankan diri =p )

aku pun nak ucapkan tahniah la kt kawan-kawan yg tgh bahgia skrg ni,dekat ngan family..yela family 1st.tapi nanti bila dah berlaki, sila bahagi 2..nak pilih dekat ngan sape.naseb baik umah mak mertua aku 10 km je dr umah aku..senang nanti kitorang beli umah celah2 umah mak mertua ngan mak sendri..Hah! kan adil tu..

bior la aku posting jauh sekarang ni..cukup 5 tahun dan kebawah (target aku sekarang)
aku balik la selangor.tu pun kalau dapat.kut la terdetik nak smbung master kt UMS plak.ececececece...hahaha.abg shukri dah tengok2 kete WISH da.minat la tu. bila tengok kete WISH lalu, mesti jeling punye,haha..aku plak masih ngan misi sama..minat kat kete KANCIL je..tapi abg dah belikan KELISA,aku buat2 minat la..hiihihi..lagi kecik lagi bagus. jimat segala2, ruang, minyak etc..

tunggu lagi la isnin ni cemana pulak cite nye sebab kitorang kena kumpul kt MARINA COURT KK untuk tau penempatan sekolah..ish3. ntah bape hari la pulak.kena tido sana pulak tu.kalau x semalam aku dah boleh balik semenanjung untuk cuti sekolah..dapat raya haji kat kg semalam..tapi xmerasa la..makan roti je kat sini..abg pulak pegi program korban lembu kat sekolah. hehe, aku pun melepak la.malas masak campu xselera ngan perut yang sengugut ni..bila abg balik je,aku masak nasik ngan goreng ayam tepung.aku pun makan ngan kicap. memula abg cakap dah kenyang.tapi last2 die ngaku lum makan nasik. makan sup je 3mangkuk.huhu..kitorang pun makan nasik share dalam 1 pinggan. 2la tipu lagi.kate dah makan nasik..kan aku dah xmasak..kan kan kan

SEKIAN DULU..........nak rehat jap..aku ni baru pas masak daging..dah 10 tahun aku xmasak n makan daging.dulu aku alahan, pastu sampai sekrang aku xlalu dah sebab lame xmkan.tadi aku berjaya masak sup daging ngn daging masak black pepper.ntah ape rasenye tunggu abg balik rase. i cannot go..hihi..


SALAM AIDILADHA~~~

Wednesday, November 3, 2010

poSto posto posting!

salam semua! fuh3..sedikit berabuk ni..lame x hupdate.malas ade,sibuk meniaga pun ade. jaga suami,anak-anak.eh! dah ade anak ke? hahaha..bkn anak betulla.anak pokok cili yg aku tanam kt balkoni umah tu..ahaha,.daun da sompek2 sebab ade brung pipit suka makan.ish3.kena tengok selalu.

semalam ramai yg kecoh2 kat facebook kate dah ade yg dapat surat posting.tapi masing2 yg dapat sarawak la.sabah dan semenanjung blom lg.mungkin arini untuk sabah.yg semenanjung nexweek. berdebar pulak aku jadinye..bukan ape,macam xrela nak tamatkan riwayat title suri rumah berijazah sepenuh mase.haha

harap2 arini aku dapat la surat dari KPM. amin. aku harap dapat la kat sabah ni. pastu nak kt kota kinabalu gak.xmo jauh ngan husband.cukup2 la aku berkorban datang kk ni.xmo la masuk pedalaman pulak. kalau xdapat sabah,mudah mudahan dapat selangor. pastu suruh abg apply balik semenanjung..wah! itu lagi menggembirakan!

semoga ape yang aku usahakan selama ni dapat balasan yg setimpal ya Allah! amin..jangan la pisahkan aku ngn abg. cian nanti xberasap dapur.hehe.makin kurus la abg yang da memang kurus.

p/s: doakan aku ye kawan2!

Tuesday, November 2, 2010

no tittle

malas menghupdate.....

Monday, October 25, 2010

Tahukah Anda!!!

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.


6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja

BAJU CINTA.

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!”

“Yang kau telanjang tu kenape!!!??? ” marah si nenek.

” Ala nek, ini la BAJU CINTA saya,” balas si cucu perempuannya.

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.

“Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.”
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami…

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

“Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???” marah si Atok.

“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek.

“BAJU CINTA???….. . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya..”

Thursday, October 21, 2010

sedikit info :Evening Primrose Oil (EPO)

inilah die..hehe
cantik kan..softgel ni

Evening Primrose Oil (EPO), merupakan ekstrak dari benih sejenis bunga yang dipanggil Oenothera Biennis, sebahagian dari spesis pokok herba (Willow herb). Berasa dari Utara Amerika, Oenothera Biennis mula diperkenalkan pada tahun 1614 di Eropah & amat terkenal dengan gelaran "Kings Cure All" berdasarkan pada khasiat yang ada pada tumbuhan ini.

Berdasarkan pada eksperimen, EPO telah menunjukkan reaksi pertumbuhan sel (baik) dan penurunan paras kolesterol secara berterusan dalam tubuh manusia. Ini membuktikan yang EPO kaya dengan Gamma Linolic Acid (GLA) seperti yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.

Gamma-Linolenic Acid (GLA) sejenis essential fatty acid (EFA) yang terdapat didalam lingkungan keluarga Omega-6 dan hanya ditemui pada minyak dari ekstrak tumbuhan. EFA adalah sangat penting pada tubuh badan manusia tetapi tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Maka dengan itu, EFA hanya boleh didapati melalui pemakanan. Fungsi EFA adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, kesihatan tulang, untuk stimulasi kulit dan rambut, mengawal kadar metabolisma dan pengawalan pada proses reproductive tubuh manusia.

Kebaikan & Khasiat EPO

1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.
2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh Doktor untuk rawatan.
3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.
4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.
5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.
6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)
7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)

Cadangan Pengambilan EPO
Kebiasaannya ambil 2 x 500mg sehari (selepas makan), tetapi lebih berkesan bagi yang ada simtom dan penyakit diatas untuk mengambil 3-6 kapsul/500mg sehari.

Kesan Sampingan
Masih belum ada kesan sampingan buruk hasil dari pengambilan Evening Primrose Oil. Namun, sesetengah orang akan mengalami gastrik, sakit perut dan sakit kepala. Disarankan agar pengambilan EPO sebaiknya selepas makan. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan (vitamin dan sebagainya, elok diambil selepas makan)

Perhatian!
Tidak boleh diambil oleh pesakit yang menghidap tekanan darah rendah, selepas makan aspirin (panadol, milidon, dll). Juga untuk pesakit yang menghidap sawan. Juga tidak sesuai untuk ibu mengandung, diragui akan mengakibatkan gangguan hormon.

Artikel ni aku copy paste dr website
http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/35995-pencegahan-awal.html.


saje nak promote kat korang.banyak khasiat tau.aku pun da makan dekat setengah botol baru tau khasiat EPO ni..aku start amik vitamin ni sebab doktor kt klinik suggest kat aku. aritu aku senggugut teruk.

Wednesday, October 20, 2010

part II..konvokesyenku..

3 hari lepas tamat la riwayat aku sebagai mahasiswa UPSI.skrg aku dah boleh dipanggil graduan UPSI.nak panggil cikgu belum posting lg.ish3..cepatla cikit KPM oi. nak cerita sikit pasal konvo bertarikh 16.10.10 aritu. walaupun best, tapi banyak yang wat aku terkilan.

mase 05.10.10 sebelum tu,aku ade g amik jubah dulu..pegi ngan geng2 sabak bernam. sampai je sana aku cuma smpt jumpa mas ngn wana..n miena,titi. yg lain ramai juga jmp tp maksud aku yang rapat ngan aku la.haha.especially housemate aku yang ak panggil adik bradik. mase amik jubah ok tapi bile nak tempah gambar untuk 'stage pics'.punyela lame.tension betul sebab da makan banyak masa. aku cuma amik yang wajib je sebab package die agak mahal kalau nak compare ngan kt studio luar.

lepas settle je semua,kitorang g makan kt jalan ketoyong.hampir setaun gak la dah xmerayau2 kat area tg malim ni.macam2 kenangan aku 'nampak' mase on da way nk g UPSI tadi.mase nak g makan pun.mase nk makan tu,aku sempat call mas n die stuju nak makan sama tapi die smpai lewat sikit.so,aku ngn geng sabak bernam makan dulu. dah nak abes makan baru die sampai.smpt la sembang jap..pastu aku g surau semayang n balik sabak bernam.

minggu setrusnye 12.10.10, ade raptai tapi aku xpegi sebab abg nak balik dari sabah.nak attend aku punya konvo..best sgt.

16 10 10, hari yang kami semua tunggu.. macam-macamla plan.nak jumpa kawan2,nk tgkp gmbr,nk peluk2,nk g pesta konvo,nk borong tudung. tapi xbanyak yang jadi kenyataan.
pagi tu dalam pukul 9 aku bertolak dari umah ngan family. tapi kitorang singgah studio kt sg besar dulu tgkp gmbar. memula segalanya berjalan lancar.tapi mase dah ready nak tangkp gambar, photographer tu mngusik mak aku.die cakap 'senyum lagi cik'..then,ntah macam mane,mak aku undur kebelakang cikit, tibe2 aku toleh,mak aku dah terlentang atas kain rentang background belakang yg konon2nye rak buku..haha.memang lawak gile. bile tanya balik mak aku bagi reason 'ingatkan rak buku'.tapi selamat xde cedera.terpakse la orang tu naikkan balik kain rentang tu.dah amik mase.kitorang memang gelak kan mak aku kow kow lah!

xlame pastu,kitorang pun bertolak g UPSI.sampai dalam pukul 11.30am. bile aku turun je kete, kawan2 yg konvo sesi pagi baru settle. dapatlaa jumpa diorang. pastu amik gambar sikit2. pastu ak g pesta konvo jap. tengok2 ade ape jual. tudung memang murah sesangat tapi tu la yg wat ak terkilan..ingat nak datang lg sekali.yg tu nak round2 dulu.tapi bila dah petang xsempat nk g beli. ak cuma beli t shirt 3helai tuk adik ipar yg comel2 tu..yg adik bongsu,walaupun darjah 2,tapi perut comel.ssh betul nak carik saiz. 2 3 kali gak patah balik.

dalam pukul 2 dah nak masuk berarak.aku xsempat makan n minum lagi.aduhai.mase berarak mmang best dan bangga bila suma orang tengok.hehe.masuk je dewan,aku punyala kehausan..da xde makne nervous dalam otak aku. bila giliran aku, aku g amik ijazah dengan bangganya dan ucapkan 'trima kasih prof'..aduhai..sebnarnye kena aku kna cakap 'trima kasih tan sri'..haaha..step nak amik ijazah pun aku lupa.asyik gelakkan orang sebelum aku je..padan muka.

bila kuar dewan,kawan2 masing2la ngan family diorang.xsempat nak tangkap gambar ramai2.ingat nak buat aksi baling mortar board ke, tgkap gmbar golek2 ke.tapi xde maknenye.masing2 dah nak balik.pas aku pulangkan jubah,aku pun balik ngan family yg dah penat menunggu..kecian diorang.

papepun,hari konvo adalah hari yang paling bermakna untuk seorang mahasiswa mcam kami..penat tu dah belajar 4taun.utang PTPTN pun dah anak 5 kut baru abes bayar. walaupun xsempat jumpa semua kawan2, cukupla nampak dari jauh je aritu. xdapat nak tegur. pastu tengok gambar diorang kat facebook.
untuk kawan2 sri indah,aku terlalu rindu korang!

kat sini adela beberapa keping gambar.sila la tengok untuk jamuan mata..


adik.aku.akak.
Ngan suami tersayang.thnx abg atas segalanya..

kamidiSTUDIO
kamiadikberadik

bunga dari abg =)

sepah.husna.mas.tasha.wana.amy. love u all so much!
akak+husna+mak+adik
sepah.wana.husna

selesai suda..ni dalam flight nak blik kota kinabalu.aku duduk kat sayap..sayonara semua!


p/s:aku sedikit xpuas ati ngan gambar yg ditangkap sebab xterkumpul housemate2 no 16 sri indah @ adik bradik kami..hm..gambar baling mortar board pn xpe..kecewa!

Tuesday, October 19, 2010

pas Raya part 1..cuti xhengat..

rasenye entry raya aritu yg terakhir la aku menulis.ahaha..agak malas plak cuti ni..aritu raya aku beraya kt kg aku dulu..pastu baru umah abg..memandangkan raya dah sebulan berlalu,aku pun xde mood nak cite pasal raya dah..korang pun da xmau dengar kan..ahaha..tapi taun ni la first time aku beraya 'berdua'. rase pelik sikit tapi dah tentunye seronok. yang part nk decide nk raya umah mane dulu tu yg payah walaupun umah kitorang sekangkang kera.yela, lagipun masing2 ade atok n nenek lg.termasuk la umah family sendiri.

mase raya pertama, agak kelam kabut sebab lepas bersalaman kt umah aku,kitorang bertolak g umah abg dan seterusnya umah atok abg..dah ptg baru pegi blik kg nenek aku kat perak..


hari raya ke 3 pulak aku ingat nak beraya ngan kawan2, tapi sempat dua umah je mak mertua call nak dtg umah..aku pun bergegas balik.nak masak nasik ayam untuk diorang.walaupun penat, tapi seronok tgk diorg makan banyak..pastu petang2 tu ade jugak kawan2 sekolah datang umah beraya. best la sebab diorang still dtg even aku dah kawin. diorang dtg beramai2 tapi sebab xbagitau awal xsempat la nak masak.


abes je raya seminggu,masing-masing balik ke tmpt asal..ade yang nk keje,anak nak sekolah dan macam2 lagi la..termasuk abg, kena balik sabah sebab sekolah nak bukak dah.aku anta abg kt stesen bus teluk intan je. jauh la nak anta g LCCT.lagipun nak anta adik balik uitm seri iskandar sekali.. sedih sebab terpaksa pisah 3 minggu.aku nak konvo pas raya so nak balik sama pun dah alang-alang. tapi memang macam-macam gak pikir..cian abg xde orang nak masak,kemas umah,basuh baju..kt kk nak makan yang halal n sedap susah..selera semenanjung la katekan..hehe


dalam mase 3 minggu lepas tu,aku pun berulang alik g umah mertua..kadang-kadang tolong masak sebab mak mertua ngajar belah pagi.tolong masak simple2 je. pastu pulak mak aku sibuk wat bengkel untuk bisnes biskut. bukan la tolong orang menukang.tapi sediakan air minuman dan makanan ckit..sian diorang wat keje panas-panas. ape salahnye ilangkan dahaga diorang tu kan.


sepanjang cuti pas raya sampai la nak konvo, aku memang nak spent mase betul2 kat umah.rehat dan rawat.haha.sebab bila balik sabah xde menda nak buat. so,kat kg aku buat macam2.tanam pokok, bela ikan,g lawat jiran2 n sedara.maklum la kat sabah sebatang kara. kadang-kadang teringin nak ade jiran yang boleh dibuat berbual tapi duk bandar ni paham2 je la..masing-masing buat hal sendiri. asyik tutup pintu je. da 3 bulan lebih duduk sini pun xkenal langsung jiran..anak die brape, kawin brape pun aku xtau.

sampai sini dulu mengomel..nanti nak cite part 2..konvo kut ceritanye.. amik ni sekeping dua gambar raya

family mertua




sebahagian family aku



ngan kawan..



ngan abg..n akmal..hehe

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT hARI RAyA! Yeaa!

amik kad raya ni tanda ingatan..
hihi
alhamdulillah..akhirnye malam ni tibalah masa yang aku tunggu..
balik kampung...oh oh oh balik kampung..oh oh oh balik kampung
hati riang!
terkenang wajah wajah yang kusayang..lalalala..

xsabarnye nak balik kg malam ni..tiket flight aku pukul 8 malam..sampai KL dalam pukul 11 malam.
disini aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA KEPADA KAWAN-KAWAN BLOGGER KT LUAR SANA TERMASUK SELURUH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.
SEMOGA HARI RAYA KITE BERTAMBAH MERIAH DENGAN PAHALA YANG DIKUMPUL BULAN PUASA NI..
aku doakan korang selamat sampai kat umah. rajin-rajin la wat kuih raya k! hehe. tolong mak kat rumah tu.

almond london kegemaran..jage2la sape yang hidang kat aku raya ni mmg abes 1 balang..haha


tat nenas..fav jugak ni.lagi2 tata nanas CNI..memang best..faten janji nak bagi..yahuuuuu!
bila nak raya ni terkenang zaman kanak-kanak dulu.ayah belikan bunga api,main depan umah.memang best bila berebut ngn adik bradik sebab ayah beli sikit je.selalu abg yg menang dan die yang dapat cucuh mercun tu.. tapi paling lawak ade satu hari tu,mase nak cucuh mercun buatan abg sendiri..tibe2 xmau meletup..abg pun cek la nape xmau meletup..kebetulan mase abg aku cek tu,adik aku sorang lagi pegi cucuh..boleh pulak meletup.selamat abg aku sempat lindung muka die ngan tangan..akhirnye,berparutla tangan die sampai sekarang.
pastu bila balik umah atuk la saat yang paling best.jumpa kaum kerabat.makan kuih raya,rendang,macam-macam lagila kenangan.malam raya mak-mak sedara wat ketupat.pak sedara pulak masak dodol.xboleh lupa time ade sorang sepupu suruh simpankan duit raya dalam kocek..sekalinye aku terjatuhkan dalam parit..die mengamuk abes suruh aku ganti.mase tu singgit kira dah mahal la..rugi duit raya aku..hampeh.
teringat time beratur dapat duit raya dari pak sedara,jiran2..
tumpahkan air kat rumah orang.mase tu takut tapi bila ingat sekarang ni memang kelakar.naik beskal sampai petang semata-mata nak kumpul duit raya ngan kawan2.
dulu selalu bila nak raya mesti buat kuih raya ngan family.mak wat biskut macam2..yang pelik pun ade.name die biskut lipan.xkan jumpa kat rumah orang lain.hihi.tapi sekarang mak dah sibuk amik tempahan biskut.kadang tu lagi sehari dua nak raya masih buat biskut orang.biskut mak memang laris.rezeki anak2 katenya.malam raya baru kitorang g bazar beli biskut orang jual..da dekat 10 taun camtu..rindu jugak nak wat biskut sendiri tapi mase xmengizinkan je.
tu jela kenangan yang sempat aku cerita.ade banyak lagi tapi nantila taun depan pulak.sekarang pun zaman dah lain..ayah pun dh 8 taun tinggalkan kami.ayah meninggal pun raya ke 8. rindu pulak saat-saat kitorang raya ngan ayah. tinggal kenangan jela.sekarang pun pak sedara aku suma dah kawin.xde dah nak wat dodol ke,hape ke.xde mase katenye.atok pun dah tua.xlarat. sekarang beli je la semua.xde dah nikmat gelak ketawa kat luar umah bila tengok idung masing2 itam kena asap. kami pun dah xmain mercun..dah besar-besar semua..lagipun xde ayah dah nak belikan.hm. rindu betul zaman beraya mase kanak-kanak. dulu dapat baju raya baru memang sangat excited walaupun sepasang je. siap try ntah bape kali sebelum raya.tapi sekarang bila dh mampu beli 2 3 pasang,xla seronok macam dulu.
tahun ni pun 1st time la aku beraya ngan suami.baru je kawin.kena bahagi masa ngan 2 keluarga. walupun rumah kami sekangkang kera,tapi masih nak berebut nak raya mane dulu..tapi aku kenala mengalah ngan suami..huhu.
sampai sini dulu..sekarang dah pukul 3.nk pegi airpot pukul 4..hihi..salam ramadhan ke 25..sayang semua~!

Monday, August 30, 2010

C.U.A.I

tensen betul minggu ni..tibe2 kepala serabut.bukan pasal assignment tertunggak ke,masalah rumahtangga ke,oh bukan bukan...aku pun xtau la knape ngan diri aku ni. rase macam makin kronik drive skill aku.aduhai.sebab aku cuai ke? hm..tadi aku bawak kete sambil pintu blakang terbukak,slamat xde kete lain.dan aku cepat perasan..wakaka..kadang2 aku geli hati ngan diri sendiri. menda kecik pun cuai.mungkin aku dah tutup tapi xrapat pintunye,.tu yang terbukak balik.

hujung minggu pun tensen.orang yang xsepatutnye muncul dah,nk muncul lg dan mengganggu ketenteraman kami.sibuk je.dah orang xmau kawan sudala bah. malas nak amik tau pasal ko dah.wat sakit ati buat ape.pegi lah sana kawan orang lain.tu pun kalau ade orang nk kawan ngn ko.hahahaha. mane boleh pakse2 kalau dah xsuka..waaargh

abg ajak pegi jalan2 tapi aku macam malas je.yela bulan puasa ni..xlarat pulak kang nak masak petang. pastu kitorang pun tido jela. semalam ade la kuar pegi pasar..tapi ntah ade program ape dekat ngn pasar tu,jalan pun jam.kena U-turn. pas kitorang siap beli ikan dan sayur2 untuk masak sampai jumaat ni, nak balik la cadangnye.pastu teringat plak nak beli krpopok amplang ngan kuih cincin untuk mak mertua dan mak sendiri. mase aku tengah pilih2 tu,nampak ramai orang xpuasa minum air kelapa.uish, memang terliur betul. semalam cuaca sangatla panas.sampai aku ngn abg pakai payung sebab xtahan. pastu aku beli 2 biji kelapa.nak minum pas berbuka nanti. dugaan bulan pose.

mase jalan tengah sesak tu,abg pun bwk la kete slow2 je. tibe2 rase dentuman kat belakang kete.rupenye ade orang langgar dari belakang! adeh,dugaan lagi..kitorang pun parking kete kat tepi.orang tu mintak maaf dan salam abg.diorang pun bincang2 la.kete die teruk ckit la..bumper gugur,lampu pecah..kete kitorang cuma kemek ckit..pastu abg pun xsure harga cemana..pastu die bayar kat abg rm50. kire settle la.pastu bila kitorang pegi kedai tanya harga ketuk balik campur cat,kedai kate rm250 sebab cat kete kitorang mahal.aduhai! suda kena bah!
mungkin abg blur mase tu..aku ty gak kat abg mase dalama kete,nape mintak murah sgt..abg ckp kecian..lgpun abg xpenah ketuk kete..dan lagipun jalan jam sesangat.xblh berpikir ngan baik.pastu abg cakap lagi,aku pun bawak kete teruk..nanti takut aku plak yang langgar orang,orang mintak macam2..yelah,arini ari kite.esok sape tau?

Kat sini aku nak bagi tips berguna kat korang bila kita dilanggar camtu:

1. servay dulu harga aksesori kete anda awal-awal.contohnye kalau nk ketuk,cat, tayar pecah,cermin..dll. So bila ade orang langgar, senang nak mintak ganti rugi.kalau korang yang langgar pun,at least korang xkena tipu. kadang orang suka mintak lebih!
2.cuba sedaya-upaya hafal flat kete pesalah tu.takut die lari..naya! haha
3.bincanglah secara berhemah! tunjukkan yang korang orang terpelajar
4. kalau xtau harga,ajak die pegi workshop,baiki kete korang dan suruh die bayar.
5.pastikan lesen memandu dan roadtax kete idup.
6. kalau diorang tu melawan,report je polis.dan pastikan anda yang tak bersalah..haha

nanti aku cuba pikir tips yang sesuai lagi..pastu aku update..selamat mencuba!

Thursday, August 26, 2010

Buku kami..

Untuk entry yang ni,aku nak rekemen buku yang aku ade untuk korang bace..buku ni sesuai la untuk persediaan kawan-kawan yang terasa nak kawin dan yang dah kawin pun kena bace.. buku yang bertajuk 'PIKATLAH HATIKU (30 BISIKAN HATI ISTERI)' dan lagi satu 'KHADIJAH DIHATI RASULULLAH'

ni buku yang aku hadiahkan kat suami mase kitorang bercinta dulu.hihi.. mase ulangtahun kelahiran abg yang ke 25tahun. tahun lepas la. mase tu bulan 10. tapi mase bulan 6 taun lepas abg dah cakap nak ajak kawin bulan 6 tahun ni [da kawin dah pun kami..hehe]..So,memang sesuai la buku ni di bace sebelum kawin.untuk tambah ilmu agama dan rumahtangga.

untuk buku bertajuk PIKATLAH HATIKU(30 BISIKAN HATI ISTERI) ni,buku ni dipenuhi dengan bisikan hati seorang isteri buat suami tercinta.

antaranya..
suamiku,bermesralah dengan isterimu..
suamiku,fahamilah perubahan semula jadi isterimu...
suamiku,buanglah sikap pemarah dan garangmu..
suamiku, sentiasalah bersikap adil..
suamiku,hentikanlah tabiat merokokmu..
suamiku,janganlah terlalu ego..
dan banyak lagi sampai cukup 30

buku kedua pulak 'BAGAIKAN KHADIJAH DI HATI RASULULLAH'. buku ni memberi petua-petua cinta abadi dalam perkahwinan,pengalaman sebenar,tips perkahwinan, dan amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkawinan supaya kekal hingga akhir hayat.


cover buku ni memang cantik dan menarik untuk semua orang berminat nak bace..termasuk aku! tapi lum bace abes lagi pun.[click pada gmbar kalau nak besarkan]


lepas kitorang kawin,abg pulak hadiahkan aku buku kat bawah ni.sebagai balasannye..haha! memangla xkan suami je nak faham isteri..isteri pun kena faham suami gak. 'FAHAMILAH PERASAANKU(30BISIKAN HATI SUAMI)'



cubalah dapatkan buku ni kat kedai.murah je hrga die dalam rm16-rm19.90. ni harga semenanjung la,aku pegi kedai popular baru2 ni, aku tertengok yang buku-buku ni dah jadi 'BEST SEALER BOOK'..memang berbaloi kalau beli dan bace!

Monday, August 23, 2010

jangan malas-malas ye..dah kawin dah tu

sedar xsedar dah hmpir 3 bulan aku kawin. cam cepat mase berlalu. sekarang ni bln ramadhan,so aktiviti berjalan kurang sikit la.malam je keluar g tarawih..kalau abg g skolah, aku duk umah.kemas umah sikit, basuh kain, bila petang plak aku start masak dalam pkul 4.sini berbuka pukul 6.30pm. kena la awal ckit dr smanjung.tpi klu masak simple pukul 5 pun sempat. kadang-kadang tu abg dtg dapur ty ade pape nk tolong? tapi xde ape pun..aku suka masak sorang.kadang je mntak tolong kupas kulit bawang. aku fobia sikit ngan bawang ni sebab pedih mata. orang tua-tua kate xley bermadu,xtau btul ke x? hehe.. pastu abg g kt ruang tamu sambil tgk tv ke,surf tenet ke.kadang2 abg bace buku agama or majalah wanita..aku punye..hiihhi

Lepas berbuka kitorang akan solat mgrb dan mengaji same2. memang nampak ketaranye kemalasan aku kalau nak banding ngan abg. bulan puase ni abg target nak khatam al-quran.tapi aku, bace dengan xde target..sekali bace dapat la 2 muka..abg bace tiap2 kali pas solat.kalau x lepas solat pun,die akan amik wuduk dan bace al quran lagi. aku plak, kalau solat jamaah ngan abg, aku mengaji la.tapi kalau x berjamaah, tengok mood aku. huhu.sebelum kawen dulu memang aku ngaji pas maghrib je. yang lain2 tu kalau rajin. tapi da kawen ni ,bila tengok abg bace yasin tiap subuh rase terharu dan malu. maklumla, aku ni sepatutnye nak jadi ibu kena rajin mengaji..nak anak soleh n solehah.


kalau bab mengemas pun sama.kalau baju yang dah kering,abg xsuka lewat2 masuk almari..aku ni pulak lipat baju la paling malas.dari mase study dulu2 lagi. kalau lepas kutip baju kat ampaian suka lengah2 nk lipat..letak dulu kat kusyen..tapi nanti tengok2 abg dah pilih baju die dan masukkan sendiri dalam almari..abg suka baju die ber'hanger'. aku pun rase tebal muka.. pastu mula la erhegeh kemas baju sendiri..hihi. ish3x. abg pun xsuka rumah bersepah. pas bace buku kena letak kat rak balik.jangan tangguh2. barang-barang make up pun same.

lagi satu time sahur, aku bangun pukul 3.30am sebab pukul 4.30 da xboleh makan.kire imsak la. aku kejut suami pukul 4. selalu kitorang makan roti je sebab xlalu nak makan nasik subuh2. lepas je makan kami rehat2, dan solat subuh same2. pastu kami mengaji..abg akan mengaji, rehat jap pastu ngaji lagi.aku pulak,mengaji 2 muka surat,pastu tido atas sejadah..ish2.pastu abg hulur bantal. bikin aku segan. pastu, abg siap2 nak pegi sekolah, aku tido..tau2 je,abg kejut cakap dah nak kuar umah. aku pun bangun,anta abg kat pintu, tunggu abg pakai kasut, salam,peluk,cium. pastu abg kuar je,aku lambai kat tingkap sampai abg pegi. pastu aku sambung tido.. (^.^)


mak aku selalu pesan,
"dah kawin ni jangan malas2. memang kamu rajin masak tapi jangan lupa mengemas. jage hati suami,pakaian suami,makanan suami,dan byk lagi.kene faham ape yg suami suka dan xsuka."


makcik depan umah pesan
"suami ko ni hensem orangnye..jage elok-elok!"
wah, kena ubah perangai la camni.sebelum puasa aritu aku xsuka tido siang..pas subuh xtido terus.tapi sekarang pas sahur,bila kenyang je,tido sampai siang.. insyaallah pasni aku ubah perangai. maklum la xtau nk buat ape..xsabar nak tunggu panggilan jadi cikgu..cepat la KPM! huhu. bila aku tanya abg boleh sabar ke ngan perangai aku? dia akan cakap, "xpe,yang penting masak sedap"..ehehehehe..
p/s: jangan ikut ye perangai aku =)

Friday, August 20, 2010

Adik, kalau xnak sembahyang xpayah datang!

tajuk je dh gmbrkan kemarahan aku..bukan marah tanpa sebab. dan kat sini aku nak cite sikit supaya jadi teladan kat adik2 di luar sana.

masuk arini dah hari ke 10 umat islam menunaikan ibadah puasa.termasuklah ibadah terawih yang dilakukan sebelah malamnye pulak. dan aku ngan suami,alhamdulillah xpernah lagi miss nk g solat tarawih ni.

kitorang solat kat Bukit padang, Kota kinabalu. agak jauh dari umah..kitorang kalau nak pegi kena naik kete or motor. Masjid ni sangatla selesa sebab ade air-con,kipas lg,luas ruang solatnye..alhamdulillah..mase mula2 solat dulu ade sedikit tazkirah, dan ustaz tu cakap masjid ni xde sumbangan dari pihak2 kerajaan atau NGO..maksudnye di biaya oleh derma-derma dari orang awam je..takjub gak aku sebab kemudahannye serba lengkap..mungkin orang kat sini pemurah dan kaya.

kat atas tu bab puji masjid..tapi sekarang aku nak cite pasal beberapa perkara yang agak menyakitkan hati. ni aku cite berdasarkan ape yang aku nampak la. pertamanya isu parking kereta..orang2 kat sini pakai kete besar2 dan kadang2 g masjid sorang je tapi kereta beliau2 ni amatla besar. bila kt jalan,muat2 jalan, n bila parking bontot kete terjulur keluar..so,timbul la isu jam kt ruang legar masjid.nak parking sgt susah.kadang tu walaupun aku pegi awal tapi orang da mula semayang isyak baru dapat masuk masjid.
Bila parking kat dalam,orang yang last2 mula parking belakang kereta orang lain n blok kete beliau2 yang lain.. mase hari pertama tu kitorang naik kete gak tapi kete kitorang cute je,kelisa..hehe..pas semayang tarawih,aku n abg pun tunggu la orang yang parking blakang kete kitorang kuar..lambat sikit tapi xpela,diorg bukan g disko pun..semayang katenye.. tapi ade sorang uncle ni marah2 dan die kate
"orang ni parking x pakai otak ka"
hmm,terkejut gak kami..bagi aku kalau nak cepat jangan la parking depan2..aku pun wat xtau jela ngan orang tu..kang kena serang gak.pas pada tu kitorang g naik moto je..senang ckit selit2 celah kete orang lain.
Peristiwa kedua pasal parking ni,mase hari ke 5 kut,kitorang naik kete g masjid sebab ujan.pastu mase nak masuk masjid tu,tibe2 jam.pelik gak xgerak2..aku cakap kt abg nak kuar dulu sebab nak cepat.orang dah start solat,tibe2 aku tengok suma orang lain kuar jugak n tinggal je kete diorang tengah2 jalan tapi sekitar masjid la. mase mula2 nak langkah masuk masjid tu,nampak 2 orang pakcik tu bergaduh..tapi gado mulut je..tu la kut penyebab jam.
aku pn perhati sekejap..rupanya yang sorang pakcik ni dah masuk tibe-tibe nak U-turn kuar balik sebab nanti senang pas semayang boleh kuar awal.tapi menyusahkan orang lain yang nak masuk la.bertembung tengah2 jalan..2 2 xmo mengalah dan berundur.dala kete besa yang terjulur dari parking da menyempitkan jalan.. pastu aku terus ke atas nak solat..hm
Seterusnya isu aurat. bukan la nak kate aku ni alim sangat tapi terkejut juga bila terang-terang depan mata ramai pompuan kat sini yang nak g solat tarawih tapi kepalanya bogel..maksudnye xpakai tudung la..dengan selamba je masuk masjid..tapi xramai la beberapa orang je..ade gak yang pakai tudung tapi baju nye ketat masyaAllah. ape yang jelas, menutup aurat tu wajib dan solat tarawih tu sunat. kenapa nak kejar yang sunat sedangkan yang wajib dibiarkan tertangguh! aduhai...
lagi satu hal,terlalu ramai anak-anak remaja lelaki datang masjid pakai subang,rambut panjang..pastu bila pakai kain sampai je kat sekitar masjid,ditanggalkan kain dan sangkut kain kat pinggang n bahu..so pastu diorang pakai seluar pendek yang kebanyakannya atas lutut sikit. kemudian diorang pun berkumpul.yang mungkin sekolah menengah gayanya isap rokok dan ngorat anak2 dara yang pakai seksi2 tadi.. xseksi pun kena ngorat gak termasuk la aku yang dah jadi bini orang ni. HUH! kalau la kau adik aku memang dah dapat 1 penampar!
kalau aku lambat nk masuk masjid sebab jam kat luar tu,aku akan nampak diorang masih duduk tersandar kat dinding bila imam dah masuk rakaat kedua Isyak. sedih sungguh ngan pemandangan yang jahil tu..kalau anak2 kecil boleh dimaafkan lagi la..tapi aku takut kalau anak-anak kecil tu jadi pelapis mereka sebab ade gak yang join diorang tu..
mungkin ade yang kurang setuju bila aku tulis kat sini. tapi tujuan aku bukan nak memalukan tapi nak menegur dengan selemah2 iman. maklumla mereka tu laki2.dan aku ni anak perantauan kat sini..belum smpi 3 bulan pun. dan untuk pengajaran orang diluar sana.bersabarla sikit bila orang kat depan2 tu drive lambat..mungkin ade halangan lain kat depan ke, diorang baru belajar memandu ke, mane la tau kan.
papepun, aku ucapkan tahniah juga sebab mereka masih mahu mengunjungi masjid walaupun niat da lari mungkin.. semoga Allah membuka hati mereka dengan seluas2nya.. aku bangga dengan semangat orang2 lame kat sini yang kuatnya hati mereka meneruskan solat 20 rakaat..anak muda termasuk aku ramai yang mampu 8 rakaat je..insyaAllah akan ditingkatkan nanti..mudah-mudahan.
p/s: sama-samalah kite merebut keberkatan ramadhan Al mubarak!

Monday, August 9, 2010

puasa

Rabu ni umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan yg mulia,aku nak ucapkan
'selamat menyambut ramadhan..semoga kita dilimpahi rahmat,hidayah dan barakah'.
da 5 tahun berturut-turut pose jauh dari family..rindu pulak rasenya.tahun ni 1st time sambut ramadhan ngan suami.jauh kt sabah..kalau dulu tiap2 hari pergi bazar ramadhan,tapi kat sini xtau la ade ke x.kalau ade pun,makanan semenanjung jauh lagi sedap! mungkin ,masakan sini bukan test aku! huh..So,masak sendiri hari2 la jawabnye.
tringat pose kt umah sewa Sri Indah dulu..best bila ptg2 msak ramai2 ngn housemate..pastu berbuka sama2.malam plak jalan ramai2 pegi Surau kt taman. semayang tarawih.bestnye!tringat peristiwa tasbih ijah kena curik ngan sorang budak.mungkin die minat ngn tasbih petik2 tu sbebab blh dibuat main n tampal2 ngn stiker.hehe.tapi mase die amik tu kitorang tengah solat..aku pun jeling2 gak tgk tangan budak tu raba2 kt sebalik tirai yg pisahkan tmpt solat laki n pompuan. pas abes smyg kitorang pakat gelak.rupanya masing tengok gak peristiwa tu! haha..mase tu tarawih rakaat yang terakhir..kira batal kut solat kami..hahahaha..pastu ijah suh sorang pakcik mintak balik kt budak tu..paling klakar budak tu trus masuh saf n pura2 solat.die sujud xbangun2! suh abg die ty pun die wat dek je..last2 die tunjuk gak tempat die sorok tasbih tu..ade kat bwah meja surau!
bila time sahur plak,macam2 pe el..amilia xley kalau xmakan nasik time sahur. sepah plak liat nak bangun..dia mkn biskut je pun..klu mas suka goreng ayamas.macam2 pe el lagi la..hehe..
papepun,memang rindu suasana cam gitu..bila la boley lagi..hiih

Friday, August 6, 2010

untuk Islam..kenapa YAHUDI sangat berkuasa!

Kenapa Yahudi Amat Berkuasa? 57
ShareHanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?



1 Yahudi 100 Islam
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

CREDIT TO:http://blog.azhad.com/2009/01/kenapa-yahudi-amat-berkuasa.html

resepi harian jadi xkeruan

arini rutin harian aku yg borink ni cam selalu lah..kemas rumah, wat bfast sblum suami g skolah..pas dia pg aku pun basuh kain jap..hiihi..bunyi cam byk je keje..ape susah zman skrg ni..nk basuh baju tekan je..pastu kemas umah ckit2 je sbab umah kami comey..maklum la 'bujang' lagi..hihi..

pas ciap2 suma,aku pun bukak tenet. tgk facebook jap..pastu aku carik2 resepi nak masak. da 2 bulan kawen,.abes da resipi aku rotate tiap ari smpai xde idea nak masak ape..bila ty suami dia asyik cakap 'masak bebas'..hm,. tula tula orang laki..huuhu.so aku pun selongkar la website2 or blog yg byk resepi..kdg2 tu tau je nak masak rsepi tu,kite penah msak la cuma tak terpikir nk masak.

Syok juga bila jmpa mcm2 resepi..bila tgk pics die rase cam lapar plak. xsaba nk cube tp tggu weekend ni la bru suami bwak g pasar besa..bli brg tuk 1 week. sini slalu traffic jam.aku xbrani drive g pasar sndiri sbb kat bandar..so skrg ni abeskan ape yang ade kat peti ais je la..lagipun xelok membazir. aku ni pun bila g pasar xrncg nak beli ape..last2 beli ikan yg same je [kembong,merah,cencaru] sayur pun same gak [sawi,daun sup, brokoli,kobis]
pastu mula la ketandusan idea nak masak.. bila da tgk resepi ni bru ley rncang nk beli ape..snang nk masak!

dulu kadang2 terpikir bile mak slalu rotate masakan yg same, and mula la mengeluh "borink nye"..sekrng bila da jadi wife, ari2 nak decide masak ape baru aku tau,ni pun sbnrnye probs yg blh wat aku migrain..bukan ape,bila byk pilihan pun susah jugak..hehe

p/s: my husband xkesah mkan pape..alhamdulillah..senang DEN

Thursday, August 5, 2010

cupcakes!

wah,comeynye!



tetiba rase teringin nak wat cup cake yg comey2! kek nye reti la tp nk wat ising xtau..blh ade sape2 nk ajar?

Tuesday, August 3, 2010

mungkin sekali seumur hidup.

HEHE,harap2 camtu la..xmo la interview byk kali. esok adalah hari penentuan kerjaya aku sebagai guru..INTERVIEW. pas abes study aritu asyik languk n tanya bila la nak di pnggil untuk interview..tapi masa cepat betul berlalu dan esok la hari yang ditunggu-tunggu.. ade gak kawan yang dah kena semalam. yang belah2 utara (kedah,pineng, perlis). arini sluruh MALAYSIA. hm, ntah ape la die nk ty kat aku..resipi masak banyak la dalam kepala aku.tapi ni bukan interview nk jadi chief..papepun aku usaha la jugak ckit2 (atas desakan n galakan suami) hehe.. tapi ingat ke tak xtau la pulak..skrg ni da nk masuk fasa tawakal..semoga Allah membantu orang2 yg dah berusaha! doakan kami ye!

~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA~

p/s: nak wat slang sabah or selangor? hehe

Saturday, July 31, 2010

skali lagi...honk! honk!

arini ari sabtu..tapi abg kena g skolah gak..sayur kat peti ais dah abes..aku plak xbrani g pasar kt bndar kk sorang2..aku pun bawak la kete g kidai dpan sana tu..pas beli sayur rase gatal plak nak g jalanraye. aku pun terus je..smpi dkat round about,aku nk u turn ssh btul sbb byk kete.aku pun da bg signal tp lmbt2 la masuk kanan..last2 da dkt round about tu baru aku masuk.kete blakang pun hon aku..trus gelabah n x tentu arah..slmat masih dlm arah yg betul.hiihi..smpi raound about lg 1 aku patah balik..seram aku! waaaaaa.aa.....keciwa ngn pemanduanku!

Wednesday, July 28, 2010

interview

syukur..
baru dapat panggilan interview
di POLITEKNIK KOTA KINABALU
pada 4HB OGOS 2010
8 am

kena wat persediaan rapi ni
macam nak berperang..hehe

banyak kena study
lame dah rncng nk stdy tp bru je smpi mood =)

Tuesday, July 27, 2010

kereta cute ku! berjalankah kamu denganku?

arrrrgrgghhghghg

tension nye,..nak nangis dah rase..aku dah 3taun ade lesen kete tapi da lame xbwak..bile samapi KK ni,dah xkeje aku pun try la nk drive balik. tapi tiap kali pegang stereng da cam sejuk2 kaki ni..aku memula try bwak dkat2 kwasan umah je. tp kawasan umah plak berbukit, tmbah mencabar la kt aku. pastu aku ade gk bwak g bandar..2x xsilap.. tu pun kna ade suami teman..adeh.siap kne dgr arahan lagi..mase 1st time lalu round about, aku salah lorong.manela aku tau..kene hon ngan 1 kete myVi wane putih tu..sampai arini aku fobia tgk kete myVi putih. mase nak naik bukit pun terundur..selamat xde orang kt blakang..
rase cam xmo bwak kete selamanyer je..tp ssh plak..n pling jeles tgk orang lain blh bwk kete..sedangkan kaki aku ni smpurna je..ni pun aku ngah menggigil lagi..pagi tadi pas laki aku pegi sekolah,aku nk blaja parking la kononnye..aku pun tggula dengan sabrnye untuk parking2 kt bawah aparment ni xbrape byk krete..maksudnye kna tunggu diorg pegi keje la jawabnye..pastu bile clear aku pun start kete n pusing2 kt parking..yang peliknye aku masuk parking yg kiri kanan clear pun xtepat gak..adeh..undur masuk undur masuk..baru la betul..pastu try2 lg.mase nak parking yang tepi tiang..pergh,sipi giler! menggigil la aku nak alihkan,dkat 10 minit baru lepas azab..pastu aku pun nak parking la kt tmpt asal..pastu lak sipi sangat ngn kete kete jiran aku! kete pajero..kalau aku langgar confirm la die tau! aku da gabra sgt2 ingt nak tinggal gitu je..tapi pikir balik kang laki aku marah, pastu plak kete jiran aku tu nak bukak pintu pun xley..dala jirang smbg..xknal muka pun lagi..hm aku pun berusha la nk tukar posisi kete laki aku..hadui,berpeluh aku..last2 aku berjaya! perghh..mmg bangga! tp smbil menggigil ngn peluh meleleh2 aku masuk umah n tarik nafas dalam2!..
warrrgghghhghg

tolong aku!
laki aku cakap camni: husna nak abg beli kete kecik cemana lagi? xcukup kecik ke nak mudah bwak kete tu? huhu..
p/s: sekarang die tampal 'P' kt kete..sebagai peringatan kt aku n orang lain supaya hati2 bile jumpa pemandu camni! akan cabut bila da blh bwak dgn hati2..tp untuk rekod, aku belum lggar sebarang benda lg..mintak dijauhkan ok?

xda tajuk!

nape bila wat menda yang same asyik cepat borink


bila lame xwat jadi rindu nak wat lagi


mase practikal dulu xsabar nak rehat selamanya


nak tido puas2 n n tengok TV makan puas2..


segalanya puas2


tapi sekarang da borink tido je,


tengok TV je.. astro pun asyik duk ulang2 cerite


sape xbosan


rindu masakan semenanjung


nanti balik raya nak makan puas2


masakan mak..


kadang2 bosan asyi makan makanan masak sendiri


nak mkan kat kedai pun susah nak carik yang halal


yang halal pun xtentu bersih


jadinya xhalal jugak


makanan untuk minda


So kena berhati2 pilih makanan




KAWAN2, BEST KAN REHAT2 KAT UMAH....


.


.


.


.


.


.


.


.




.


.


.


.


.


.


.


2 yang korang nak dulu kan..hihihi


Friday, July 16, 2010

missed him

aish,bila abg mau balik ni..
tadi balik skolah anta kawan g airport KK
pastu g smyg jumaat
pastu meeting
skrg jalan jam plak.
da pukul 6.30pm ni
janji mau bwa aku jalan2 mlm ni
HMM...

missed him

Wednesday, July 14, 2010

MOVIE best!







PLOT
Ishaan Awasthi is an eight-year old whose world is filled with wonders that no one else seems to appreciate; colors, fish, dogs and kites are just not important in the world of adults, who are much mo... read more re interested in things like homework, marks and neatness. And, Ishaan just cannot seem to get anything right in class. When he gets into far more trouble than his parents can handle, he is packed off to a boarding school to "be disciplined" Things are no different at his new school, and Ishaan has to contend with the added trauma of separation from his family. One day a new art teacher bursts onto the scene, Ram Shankar Nikumbh, who infects the students with joy and optimism. He breaks all the rules of "how things are done" by asking them to think, dream and imagine, and all the children respond with enthusiasm, all except Ishaan. Nikumbh soon realizes that Ishaan is very unhappy, and he sets out to discover why. With time, patience and care, he ultimately helps Ishaan find himself.
BEST SESANGAT! TRY LA TGK UNTUK SESAPE YG NAK JADI CIKGU TU..10 STARS!

Saturday, July 10, 2010

updated!

berJaya mencantikkan blog!
hehe
ntah bukak bolg ape ntah td
tapi mmg best la widget2 die

Thursday, July 8, 2010

MenunGGuMu

hai,penatnye la menunggu kan
macam2 jenis penungguan..huhu
contohnye tunggu bas datang,
tggu boyfren dtg jmput,
tggu result pekse,
tunggu nak bersalin,
tunggu buah jatuh,
tunggu bulan jatuh keriba..

aku ni sekarang penat gak menunggu..
nak tunggu panggilan interview,
nk tnggu surat posting,
nak tggu pengumuman aku dapat posting mane..

perit rase nak menunggu..
sebab keputusan tu semuanya melibatkan mase depan aku
aku mintak posting sabah dan selangor..
kalau dapat selangor, dekat la ngn mama..
tapi jauh ngan husband..
alamat kerinduan dan dpt anak ckit la..huu
kalau dapat sabah,ntah daerah mane plak dicampak aku ni..cian kitorang nk carik umah lagi.dala mahal..

kalau dapat negeri yang selain selangor n sabah lagi perit...aduyai..
kenape hidup kite asyik ditentukan orang lain yang jugak hamba ALLAH?
semoga aku dipermudahkan urusan duniawi dan ukhrawi..

aku mampu berdoa...(>_<)

puasa ganti xabes lg da nak raya...papentah

nyampah betul bace comment kwn2 yg da start nyanyi2 lagu raya kt facebook.diorg tu da abes pose ganti ke? yeke ni? yeke? xcaya la..aku pun lg 3hari nak kene ganti..syukur husband nk teman kan n die pose sunat rejab.. xyah aku masak untuk lunch. tapi kat sabah ni kene bangun sahur awl sebab 4.40am da abes mase..yang paling best berbuka awal iaitu pukul 6.30pm..hehe

semalam my husband nk makan laksa.kitorang pun pegi la pasar carik laksa mentah dan ikan serta bahan2 yg sepatutnya..da beli semua, aku cadang nak masak arini..tadi da tengah msak tetiba baru teringat asam keping xde..cian die kene kuar ujan2 beli asam keping kat kedai..suh naik kete xmau..die kata leceh..so,die pg naik moto..cian...

pas ciap masak laksa aku masak nasik plak untuk berbuka..laksa tu cadang nk makan malam pas abg blik dr ngajar tusyen kt skolah..hm, gitu la ceritenye..inga nak masak siakap kukus ngn peria tumis.. kat sini abg cakap jgn masak byk2..sehai 2 jenis jadi la..family aku kuat makan ikan,slalu masak ikan banyak2,tapi family abg didik makan lauk ckit je..aritu cam merajuk juge bile die tegur ckp jgn membazir..tp bile pikir balik betul jugak..kami nk jage kesihatan =)

setakat ni,aku bahgia dalam berumah tangga ni..org kata kene byk sabar.. syukur die byk bimbing aku..ajak solat jemaah,ajak ngaji selalu..mcm2 pesanan setiap hari. mmg jodoh kite ngn orang yang berbeza kan? untuk saling membimbing dan melengkapi.

kekuranganmu dan ketidaksempurnaanmu adalah kebahagiaan bagiku!

with LOvE..

Wednesday, July 7, 2010

Baby...mau Kamu!
















semalam pah msg..dia cakap akak die yg kawen same tarikh ngn aku da pregant.
hm,bila giliran aku? xsabarnye! walaupun baru sebulan kawen rase xsabar dh nk ade baby.
sebab kami berdua suke sgt ngn baby n budak2..klu blh nk girl.
nak comey macam mia sara nasuha! muahhhh










rindu!




rindunye la.....
kalaulah aku boleh tumpang makcik ni untuk sampai ke semenanjung....

aku akan kata: makcik! blh saya tmpang mkcik nk jmp mak saya?
mesti makcik tu kata: gile ke apa kamu ni?




Sebab aku perlu naik yang ni! ngan harganya yang mahal jika xdibeli awal...kalau awal pun murah ke? ...hanya mereka yang mampu..

airasia kata:now,everyone can fly!

aku kata:tapi aku? blh ke dgn percuma?

Thursday, July 1, 2010

kalau nk jadi baik bukan susah Haikal =)

haha! berjaya jugak aku jinak kan student yg sngt em..nakal ni =)
ni mase ari last aku practikal kt SMKSS aritu. name die haikal,student form 1 kelas 2nd last..
nakalnye cemana? blh tercabut tekak cikgu2 SMKSS.
aku xngajar kelas ni tapi kadang2 dapat relief. tensen tul bile masuk kelas ni..pantang aku toleh depan mesti ade yang cabut lari ikut pintu belakang termasuk la si gemuk ni
So, memandangkan ari isnin depannya (16mei) adalah hari guru, aku pun suh sorg budak g beli kertas wane wani kat koop..then aku bahagikan sorang2..au suh wat kad hari guru untuk cikgu favarot diorang..haha.
misi aku berjaya sebab ramai yang berminat wat..ciap kaler2 lagi tu,potong2,hias kasi cantik.
termasuk la si gemuk ni.die wat depan meja aku. aku pun mula la pancing die..sambil die wa kad tu aku tanya la pasal family,kwan2,merempit bla bla bla... die ni rupenye byk probs kt umah,,tu yg wat hal kt skolah
die ni lagipun kuat merempit kat taman aku petang2. blh gugur jantung klu time tu aku tgh sidai kain.
pastu die merayu-rayu suh aku tunggu hari guru ari isnin 16 mei tu. dia kate nk bg present..teddy bear besar.
dia cakap
"xsangka cikgu ni peramah dan baik..ingatkan garang sebab tu saya xsuke duk dalam kelas"
haha...tapi aku kne balik gk hari sabtu sebab akak aku yg amik.
tapi ape yg aku blajar dari kejadian diatas,byk yg aku kena baiki sebelum jadi cikgu sebenar..yg paling penting cara nk takcle students. besela,byk students lg byk ragam..sabar K cikgu2! hehe..
for Haikal,ubahla perangai kamu! kamu actually budak baik cume kamu yg perlu ade momentum besar untuk mengubahnya! =)

Saturday, June 26, 2010

cikgu Bangga!


wah,cikgu sgt bangga dengan kamu 4 science especially hilman,faredzul,aiman,raihanah dan dayah!
xsangka awak semua blh jadi johan pertandingan 'water fountain' anjuran Petronas tu...


wah! bangga nye =)

rase nak kembangkan idung je kt blog ni ngan kejayaan diorg

hehe..congrate n ckgu nk says sorry sebab xsempat nk tunggu smpi arini (ari brtanding)
ckgu nk kawin dah!

semoga ade lagi compt yg mcm ni and awak semua join dgn lebih confident lg


SYABAS!


ni la model yang diorang wat. credit for facebook 'dayah azlan'

Friday, June 25, 2010

shop n Out

Sempat gi jalan-jalan ke Teluk Intan before aku bertolak ke sabah.. pas kawin aritu,masih ade dua minggu untuk family. kitorang g GIANT je beli barang and makan McD.hehe
mase sangat suntuk. hari2 aku ulang aling g umah mertua dan mak sendiri.
maklum la dekat sangat umah kami. sempat gak lawat2 umah sedara yg dekat2 umah.

my hubby tengah drive..



dikya n mak bersuka ria kat belakang

shopping time! beli barang dapur je..pastu layan karenah dikya beli kasut


mak dan dikya tengah menikmati Mc Chicken dan Mc Duluxe..hehe



mia familia, after makan2

-me n my hubby-

Friday, June 11, 2010

saya dah kawen tau! hehehehe


salam semua..

hanya cebisan ringkas...

saya sudah kawen atau kawen saya sudah atau sudah saya kawen

hehe

nk wish very2 thank u to frenz yg dtg!
thanks to family yg sgt berhabisan! (tenaga+ ringgit)
thanks to sedara2 n org2 KG yg byk menolong


sgt bahagia skrg with husband n 2 family yg pling best!

with LOVE,With all..n with heart..i will continue..

LOVE TO BE BLOGGER!


p/s: letak sekeping gmbr dulu =)


Tuesday, May 11, 2010

Last ngan terakhir yang sama maksud..betul kan? same je..

sedih plak rase nak tinggal student aku kt SMK Sungai Soi ni..
ade yang degil,malas, nakal,manje,cute,montel,xciap keje,conteng buku..

tapi ade gak yang rajin,bijak,advance, mencuit hati..

sedihnye.esok last ngajar 1 pearl
lusa last untuk 4 sains
and ari khamis last untuk 1 ruby


waaaaa, teacher sayang kamu!

sila jangan tak tengok!


fuh,at last! penat mengedit blog bisness akak aku ngan tenet yang slow ni.. hehe..da la pnjam dari kak bie..then kutuk2 blakang plak! ngeh2.. kepada kengkawan, sila la tengok2 blog ni..manetau tetibe teringin nak makan steamboat yang sedap ni..tapi area lembah Klang je,,

sedap woooo


http://imancelur.blogspot.com/

Saturday, May 8, 2010

Neither more nor Less

weekend yg xde special nya
duk umah,tgk TV, bkak Tenet..

weekend yg terakhir di Kuantan B4 blik ke sabak bernam

BAhgianyaaaa
walaupun sedih secalit nk tinggalkan tempat ni


p/s : nape ntah hati ni meronta2 nk jumpa die..........


R>I>N>D>U


Yah! dalam bahasa English... I MISS U..

Awakkan xpaham bahasa Melayu


Thursday, May 6, 2010

KalaUlah....MungkIn

~ kalau lah awk tau yang saya terlalu rindukan awk~
`tiap masa,detik dan,ketika~
kalaulah awk rasa ape yang saya rasa~
~dan kalaulah Allah mungkinkan segalanya~

~awak mungkin tak hampakan saya suatu masa dulu~
~awak mungkin masih bersama saya~
~awak mungkin disisi saya sekarang~
~memberi bahu yang saya dapat uraikan airmata~
~yang selalu tumpah~
~tanpa tuala biru tu lagi~

~jauhi saya~
~tinggalkan saya~
~tapi,mimpikan saya~



Friday, April 30, 2010

betul ke kepuasan tu penting? hmm


at Last, ni la mase yang semua student UpSi tggu..abes practikum dan angkat kaki dari sekolah (sebelum masuk semula ngan gaji =p).

aku dah pun di ObserVe ngn lecturer time ari Isnin yang Lepas. time ngn 4sc tajuk Gravity.
adeh, apasal la time ni die datang ngn aku terpakse ajar tajuk yang ssh student nk paham. da la kul 2 sampai 3. aku letih n student pun letih.. pagi tu aku dh ade 2 kelas (4 period) ngn student form 1.macam2 karenah la ngn student form 1 ni

"teacher,dia ejek name ayah saya"
teacher, dia amik pen saya"
teacher,nak g toilet"
teacher,bila nk rehat ni?"
teacher,buku latihan ke nota?"
teacher, nak salin semua ke?"

warghhhhhh



bila masuk je kelas form 4 nk ajar fizik,aku dah lemah longlai.
adeh, cikwan pun kte
" nape xde tenage je husna? kamu patut amik vitamin"


haha...xpela,yang penting sume dah selesai.
aku da wat yang terbaik.
walaupun sangat xpuas hati ngan performance ritu,tp xpela..bukan senang jadi cikgu..ngeh2
semoga cepat la aku n kawan2 yg lain dapat posting.


pasni nak jadi bini orang dah =)

ALLAH BLESSING!

Friday, April 2, 2010

maafkan kami cikgu...


hehe..dapat KEK arini..beshnye..

lastweek aku bebel2 kt kelas 4 science.
aku nasihat kt diorg
jangan masuk kelas lewat
study dulu sebelum masuk kelas
jangan lupe wat latihan
tunjuk sikit contoh yang diorang tu pelajar cemerlang
PMR dulu ramai yang dapat 8A
jangan malas2.
bla bla bla bla

diorang senyap je...

ciannnnn

last2 mate aku rase cam nak meleleh sebab da geram


tapi pastu aku teruskan mengajar topic seterusnya
aku cakap kt diiorg nak kelas ganti tak untuk backup balik sillybus yg tertggal.
diorg bersungguh-sungguh nak.
aku rase happy balik
so, aku tetapkan pasni aku wat kelas ganti setiap jumaat petang.


tadi kitorang pun start kelas
tengah aku syok2 ajar topic INERTIA,
ade sorang student aku masuk lambat sambil bawak KEK kt dalam kelas


wah,sangat terharu! baru aku rase nikmat bila menjadi cikgu
bila dapat anak murid yang menghargai,menghormati, dengar kata
BESHNYE!!!!!!!!

aku teruskan mengajar,and then makan kek ngan diorang.
pastu, aku da cakap tamat da kelas
ade lagi yang datang kt aku tanya pasal topic lepas2 yang diorg xpaham..

hm,.NIKMATKAN JADI SEORANG GURU!

(",)

p/s: student 4s, teacher maafkan kamu semua!

Sunday, March 28, 2010

T.I.D.U.R = S.L.E.E.P

weekend yang sangat best!
dapat tido yang puas, walaupun da berada di tahap boring
hari2 aku menghitung waktu untuk pulang ke Sabak Bernam
sekarang tinggal lagi 7 minggu


alangkah berbahagia orang yang melakukan kerja dengan IKHLAS~


dan berikan aku waktu untuk mengikhlaskan diri
mungkin bila sampai penghujung, baru nak muncul sendiri


HMMMMMMM