BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 8, 2009

maAf ya!

aku terlalu sibuk untuk seketika ini
tp jgn bilang yang aku tak pandai menulis lagi..

nanti
nanti
nanti
nanti
nanti kan Ya!!

salam =)

Thursday, October 22, 2009

peLbaGai Crita dAlam 1 Entry =)

cerita 1st..
aku dh tido mase kejadian. tetibe sepah kejut aku suruh bangun. dia kate nita call dr bilik bawah coz die dengar bunyi macam 'orang' try nak bukak pintu belakang. mase tu da pukul 3 pagi. berderau darah aku, dan terus segar mata. memula panik gak nak ape. aku pun kuar bilik,kjutkan semua. n aku trun bawah ngn sepah,wana,imah, n sape ntah lagi ( xingat coz masih nyanyuk lagi). aku amik parang.ingat nak takik je tangan bakal penceroboh tu. aku tengok tingkap tenganga n pintu grill xkunci. pintu luar je. actualy smlm kitorang celebrate birthday sepah.. sngatla happy sampai cuai bile masing2 da kenyang. xpenah lagi dalam 2 taun lebih duk umah sewa ni,kitorang leka smpai xkunci pintu. .berdebar-debar rase jantung, takut 'orang' tu masih ade kat luar umah. aku pun call balai polis tg Malim. dalam 5 minit pastu diorg datang ronda lorong belakang taman. lega rasa. diorg cakap xde ape-ape pun..em,maybe 'orang' tu da lari sebab dengar bunyi kitorang bangun. pastu polis tu nasihat macam2, then campur ngn loya cabuk diorg skali..pastu diorg blah. kitorang pun naik tido balik..sejak pade tue, jantungaku sentiase berdebar bila pandang pintu belakang dapur. aku mmg pantang kalau pintu xberkunci. tp ntah,bila dah duduk ramai dalam umah sewa,paham2 la.

cerita 2nd
pas kejadian di cerita 1st,aku smbg tido.ntah macam mane, aku mimpikan mak. mase aku tengah ade aktiviti ape ntah,mak anta msg kat aku. mak cakap camni.. "na,na tau x betapa mak rindukan ayah"..pastu aku terus terjaga dari tido.waktu tu da subuh. aku pun trus bangun, mengucap n amik wuduk untuk solat subuh. pas solat,aku asyik teringat mimpi aku. pagi time turun nak study, aku cerita kt imah ngan sepah. aku xdpat tahan air mata.hu...nangis.. then aku call mak.aku xckp kt mak pasal mimpi,cuma borak2 kosong. aku rindu mak walaupun baru je balik sabak last week time akak tunang.. hm, mesti ade antara korang yg bace entry ni masih xpaham kan? maybe ade yang terpikir, ayah aku lari ke, ape ke.. actualy ayah da meninggal mase aku form 3. high blood pressure.. start pada tu, kitorang 1 family sentiasa rindukan kehadiran ayah. . betapa ayah penting dalam hidup kami. mak pun da terima dkat 5 lamaran setakat ni. tp mak ckap, " nobody can replace your dad. he's da best". ya, aku akui itu.. sorry mak sbb slalu sakat mak supaya kawin lagi. kami xda niat dan paling penting, kami xpenah inginkan pengganti.. dulu mase skolah aku slalu nangis bila ade orang sebut psal ayah. tp sekrg ni aku da mkin tabah, tp meleleh gak bile tengok kasih syang ayah orang lain yang melimpah2 di sekeliling aku...

cerita 3rd
em,aku tido time pas zohor smpai la dekat2 asar. da masuk asar gak kut. aku terjaga je, hati mcam xtenteram. then,amik wuduk, n solat asar. pas solat, aku teringin nak bace surah ar rahman dan tafsirnya. aku pun menghayati maksud surah tue. lagi sekali air mata meleleh. aduyai, cepat tersentuh betul aku ni. tp serius aku cakap ( try bace dulu surah tue). ade 1 ayat tue.

"Then which of the favours of your Lord will you deny?سورة
الرحمن"

aku sangat tersentuh ngan ayat ni.ayat ni berulang banyak kali dalam surah yang sama. aku sedar yang banyak sangat nikmat yg Allah bagi tapi aku xbersyukur. kadang-kadang walaupun ia nikmat, kita masih mengaggap ia musibah. pelikkan manusia yang bergelar khalifah ni? tersedu-sedu aku nangis sampai la si panjang masuk bilik..hik2 =)

cerita 4th
aku ade present smlm..Energy Physics.. tajuk kitorang Solar Energy.. i'm third presenter.hehe.ngn azman n sepah. dc. rosazley said that everything good n have improvement. thanks ya!!


cerita 5th

jumaat ni ade test tapi aku masih xstudy. bukan malas or xcukup mase. banyak masa yang aku dh abiskan dgn facebook, tido,blog...

aku xminat ngn subjek ni. maybe sbb susah,. lgpun aku sedar yg aku lebih cenderung kt subjek yg perlu menghafal exp bio,sejarah,kimia dll. bkn PHYSICS!.. tp hm,.. hidup mau terus!


p/s.. banyakkan cerita dalam 1 entry kali ni.. dalam satu hari je.. tu yang penuh dengan keserabutan.. papepun...


Ya Allah Ya Rabbi..
redhakan HidupKu MatiKU
aku ingin TinggalKan DunIa KetiKaKu
BERSUJUD..
amin

Monday, October 19, 2009

tolong carikan jawapannya!!!!

alkisah...ada 3 orang sahabat..Abu, Hassan dan atan...

di pendekkan cite... mereka bertiga pergi ke port dickson utk bercuti.. maka sampai jer kat PD terus jer nak cari tempat utk bermalam..
dipendekkan cite lg... sampai lah mereka kat satu motel... ditanya hassan berapa harga satu bilik utk satu malam pada pompuan yg menjaga motel tersebut.
pompuan tu kata RM 30.. maka mereka bertiga pn bersetuju..

kalo mcm tu kita kongsi seorg RM10..kata abu setelah dikumpulkan oleh abu lalu diserahkan kpd pompuan tadi.. pompuan pn bagilah kunci bilik...

dipendekkan cite lg.. sedang mereka berihat2 didalam bilik tiba2 pintu bilik mereka diketuk…apabila pintu dibuka didapati pompuan tadi datang hendak pulangkan duit sebanyak RM 3..
kata pompuan tu..bos dia mood baik hari nie jd bos dia bagi diskaun kat mereka bertiga utk sewa bilik td..

dipendekkan cite lg... bos dia hanya ambil RM25 jer utk sewa bilik td..
RM 2 diberinye kpd pompuan td dan RM 3 dipulangkan kpd mereka bertiga semula...
setelah diambil oleh atan duit RM 3 td maka diberi kpd abu dan hassan sorang RM 1...
dengan mendapat balik sorang RM 1 maka mereka hanya keluarkan seorg RM9 saja.... pikir abu...

tetiba timbul kemuskilan difikiran abu... kalo mereka keluarkan sorang RM 9 kali 3 org.....
baru jadi jumlahnye RM 27 mana lagi RM 3... kalo dicampurkan dgn RM 2 pd pompuan td baru jd RM 29..
sedangkan tadi duit sewa bilik td hanya RM 30 sahaja..

abu pn memberitahu hassan dan atan.. maka memikir lah mereka bertiga hingga ke pagi kemana peginye duit RM 1 lagi..

dipendekkan cite lagi.... sampai hari nie pon jawapan itu masih tidak terjawab oleh mereka dan pakar2 matematik di abad nie..

Sunday, October 18, 2009

TERKENANG.....

untuk entry kali ni aku nk crite kt 1 dunia (untk yg bace blog aku je..) BAHAWA....

1999
da dkat2 hari raya time ni..
ramai la sedara mara seorang budak bernama Fairuz termasuk dia sndiri yang da balik umah nenek kt bota kiri perak. mase ni umur bdk bernama Fairus ni baru mencecah 6 tahun.memang meriah sbb blh dkatakan semua balik beraya.ade yg dari Penang,selangor,kedah,KL dll. so, mmg da jadi rutin kanak-kanak..mereka suka berlari,bkejar2, brgaduh,bergurau sesama mereka, dan akhirnya menangis.. mungkin mase ni bagi mereka, dimana sekali pun macam taman permainan yg sangat menjanjikan kepuasan untuk mereka kenal dunia.

malam raya
sedang mak sedara n spupu2 lain bsiap-siap untuk makan malam,budak-budak sebaya ni masih lagi bermain..diorang main kejar2 dalam rumah. nk dijadikan alkisah, si fairus ni tengah mengejar sepupu die..ntah macam mane,ade buaian yg mak sedara die sangkut secara bahaya. DAN.. zapp,!!!!!!!!!!!!!!
mate budak brnama fairus terkena kat cangkuk buaian mase tengah lari! mase tu Allah je yang tau kesakitan die. memula koyak kulit sikit kt kening dia. terus la ayah fairus bawak pg hospital manjung. malam tue masing2 tergamam..lihatlah dunia! kecuaian xpnah kenah mangsa atau pemangsa. syukur alhamdulillah,die cume diberi rawatan pesakit luar je..

hari-hari seterUsnYa
untuk dapatkan rawatan lanjut, ayah die bawak pg Klinik swasta Sekitar Sg petani (dekat ngn umah). ntah ape kene ngan doktor tue,die pg cek mata fairus walaupun yg terlibat cuma kulit bahagian kening. xlame lepas tu, mate fairus makin kabur (ringkasan cerita). ni semua disebabkan tindakan doktor tu,ade saraf mata fairus da putus. bayangkanlah!!!! mak fairus pun berusaha keras berulang alik ke HKL setiap 2 minggu sekali nk wat rawatan untuk fairus..tp mmg da ujian dari Allah,mata fairus makin kabur dan kabur..cahaya dunia bukan milikmu lagi..tp Allah xtutup jalan budak name fairus ni. dia budak pintar dari pra sekolah lagi..best student setiap tahun sehinggalah ade orang yg sempurna akal fikiran dan fizikal mempertikai kehebatan die.. ade orang pelik knape seorang budak yg dah hampir buta blh mengalahkan kepintaran rakan sebaya yang celik? pelik ke bile jadi camtue? HUH!

sekarang..
die sambung blaja di smk pendidikan Khas Setapak,KL bermula dari tahun 4 (xsilap) smpai sekarang ni, die dah tingkatan 3.terpaksa berpisah dari keluarga tersayang walaupun sebelum ni dia sangat manja ngn mak die. fairus terpaksa hidup berdikari..aduh,kecewa sungguh hati ini bile tengok sejarah hidup die sampai sekarang.nak tau kenapa????

-die sangat comel- masih tersemat gambar dia amik anugerah pelajar cemerlang kat dinding umah dia smpaila skrg.
-die sangat berbakat nk jadi pelajar cemerlang..budak yg terang hati
-doktor yg mengubat die..CUAI! PATUT TERIMA HUKUMAN tp smpi sekarang kes masih xjalan..

aku sangat KECEWA!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KENAPA??
budak yg bernama fairus ni adalah sepupu aku sndiri..
walaupun aku tau ni dugaan Allah untuk dia, dan ape yang berlaku xblh nak di ubah lagi, aku tetap kecewa.aku ingat lagi peristiwa, aku selalu duk umah die bile cuti semester skolah ( mak aku anta blik kg sbb degil bila duk umah). aku sangat rapat ngan die..mase mata die masih blh nampak,tp sdikit kabur.aku penah ajak die pg pasar malam.memula die xnak sbb die kata nnt orang akan pandang die.wah,ape perasaan aku mase tu? aku pun yakinkan dia yang diorang tu yang senget..xperlu pandang hina or simpati ngan orang yg senasib dengan mereka jika hanya untuk menyejek,mencaci,menghina. kalaulah mereka semua tahu yang si fairus ni penah lihat dunia macam mereka. bukan Allah tarik nikmat die,tp Allah nak lindungi die dari memandang dosa dunia!


moral cerita ni
-janganla pandang hina kat orang lain yg ade kekurangan dan kita perlu ingat Allah blh tarik nikmat kita bile2 mase je
-berikan diorang peluang untuk jadi yang terbaik
-kalau jadi doktor,jadilah doktor yg bertanggungjwab,bretika..jangan disebabkan anda,orang lain menderita sepanjang hayat..jadilah doktor yg cuba memberi kehidupan yg lebih baik kepada pesakit sesuai dengan harapan pesakit.
-kepada yang kurang bernasib baik,anda perlu ingat yang Allah xakan menjanjikan kehidupan sempurna di dunia,jika mahu yang sempurna di SANA kelak..

wallahua'lam.
ni gambar aku ngan fairus..dia sangat kurus skrg..korang rase die da trima hakikat belum yg die B.U.T.A?

Monday, October 12, 2009

Orang Yang MencinTai Kamu....


1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disisi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...


denGar sini Dunia!!!!!



Mordachi Elyaho

Seorang Rabbi Yahudi-Zio ni s, Mordachi Elyaho telah mengeluarkan arahan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan menyerang orang-orang Palestin.

Menurut akhbar dari Arab Saudi, Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa serangan Israel di Gaza sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap jenayah seperti itu sebagai: " Bentuk hukuman kepada musuh".

Pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa sama sekali tidak akan serik melakukan pembunuhan terhadap orang Palestin. Walau berapa jumlah orang Palestin yang mati, ujar Rabbi itu.

Rabbi, Mordachi Elyaho, yang berpegang kepada ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zio ni st,

Rabbi Mordachi telah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, semuka penuh dalam akhbar mingguan, yang berisi artikel yang menyuruh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.

"Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggung jawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam" kata Elyaho, dalam suratnya ke Olmert.

Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel , terutama Olmert melanjutkan operasi tentera ke Gaza .

Menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk : "Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah”.

Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya.

Dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : "Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10,000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan membunuh orang-orang Palelstin ", tegas Rabbi Sholomon

Dalam Mazmur mengatakan: " Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis ", menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zio ni s-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuh orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. I ni sudah menjadi keyakinan mereka.

Sunday, October 11, 2009

FrienDShip


SRI InDAh 16

HuSna
Imah
Sue

wana
NorA
k.Nanie

Mas
sepah

Amilia
miEna
Are-NA

aNita
IRa

LOVE
FRIENDSHIP
PEACE
HARMONY
BLESS
TRUST

Saturday, October 10, 2009

Wanita Berkalung Sorban



untuk Entry kali ni,aku nak suggest cerita ni untuk korang tengok.mmg best n sesuai untuk kawan2 yg dah nk brkahwin =)
cerita yg berunsurkan keagamaan, salah faham tentang hukum Islam, hak wanita n dll.. korang tgk la..aku bagi 5 staR

OST wanita berkalung Sorban-Siti NurHaliza

Friday, October 9, 2009

Hiking GuNunG NuanG

gateway nak pg Gunung Nuang.hehe..smpi jgak aku ke sana walaupun gunung ni kt Hulu Langat, Selangor je..prjalanan nk g sana dlm 2 jam lebih dari tg Malim.ktrg brtolak kul 2.45pm ari jumaat (2/10/09)..
smpi je kt kaki gunung,ktrg smyg n bahagi2 barang nk bawak naik atas..selain kene bwak beg,aku kne bwak ayam,sardin,periuk..adeh..xlarat ma..ktrg jln kaki (tracking) pukul 6.44pm sampai la pukul 9.30 mlm..dasyat btul perjalanannye..huhu. aku da give up da memule..slamat byk backup yang bg smngat. al hafiz n sepah banggala tu =).. time ni kitorang tgh brehat jap..setiap 5 minint kene brenti coz tersangat la xlarat. seram giler ble nmpk pacat.walupun die jalan kt atas tanah je.eeiiii! pastue jmp katak ngn ulat gonggok besar..xbrani tegur sbb dlm hutan kne jage mulut..huhuhu..smpi je kt kem (mkn mase 2 jam lbh), kitrg pasang khemah,masak untuk dinner (sardin je)..pastu solat n tido. aku n sepah dpt kwan baru..Aina n zilla.ktrg share khemah sesame..diorg bdak geografi kut..zzzz

monin2..ni ktrg tgh masak untk brkfast..huhu..for da 1st time, aku minum air sungai..memula ssh gak nk telan..tp bantai je la..da xde air lain da. mkn pun sardin,ngn nasik mentah ckit. aduyaiiii..time ni 100 plus n coklat sgtla berharge.. napela xde 7E kt atas gunung..hehe


Aksi tolak-tarik-tolak-tarik..haha.slamat pakai 'glove'.haha..kalau x?
mengamuk bf n gf kitorang n diorang kt luar sana =)

pic ni time kitrg da separuh jalan ( i guess).. pnat, so asyik benti je..thanx kpda al Hafiz yg sabo menunggu kami! haha Hihi

baru melepasi puncak pengasih..time ni mmg letih giler.kaki pun mcm xlarat nak angkat dah..run out skali ngn coklat ngan 100 Plus..jumpe 1 lorong yg sngat cantik..tgkp gmbar jap ngn group 9 n khairwan.

berkemas untuk pulang..

selepas taklimat, kitrg pun merentasi sungai tmpt kem ktrg tido. tgkp gmbar kenangan lagi skali.haha.before ni ktrg dibahagikan brg2 nk bawak trun dari gunung tp aku da cicirkan mastin..haha.sorry eh n thanx kepada sape yg kutip tue!

p.e.r.j.a.l.a.n.a.n b.a.l.i.k y.a.n.g m.e.me.n.a.t.k.a.n~~~~~



time ni kitrg da nak balik dah.tengah tggu bus UPSI dtg amik..semaptl solat and basuh2 periuk dulu kt bawah. Da keletihan sgt dah masing-masing.cume dpt bertahan je..time ni aku telan 3 ice cream.ade uncle jual ice cream kt kaki gunung Nuang ni.best2

SPECIAL THANKS TO GENG "KASUT POWER"!!!..korang mmg besh n sporting wlupun kte kenal cume 2 hari =)
see yah!!

Monday, October 5, 2009

musics Lyric~~


Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Chorus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

Friday, October 2, 2009

Test NextwEEk!

Daripada bace buku yang ni:





bUku yang ni lagi best.



konklusinya.... aku M.A.L.A.S S.T.U.D.Y!

Hikmah di sebalik H1N1


Sejak kebelakangan ini, kes kematian terbaru akibat wabak penyakit H1N1 dilaporkan oleh media massa hampir saban hari. Melihat kepada jumlah kematian terkini yang mencecah 64 orang (sehingga artikel ini ditulis) membuatkan kita berasa keluh kesah tentang kesihatan diri dan kaum keluarga.

Walau bagaimanapun, di sebalik pandemik H1N1 yang meruncing ini, kita perlu meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku itu terkandung hikmahnya tersendiri.
Ia merupakan satu tanda, satu cetusan, satu peringatan untuk umat manusia renungkan dan fikirkan agar manusia kembali insaf atas amal perbuatannya. Situasi yang berlaku kini juga sebenarnya mengajak kita untuk banyak mengingati Allah pada setiap masa, dan bertawakal kepada-Nya dalam apa jua urusan kita. Ini kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Dengan izin Allah kita masih selamat daripada jangkitan wabak selesema H1N1, dengan izin Allah kita senantiasa sihat zahir dan batin untuk meneruskan kehidupan. Dengan izin Allah kita masih mempunyai peluang untuk menambah amal kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mengajak insan lain untuk maksud tujuan yang sama. Pada masa yang sama, kehidupan seharian perlu diteruskan. Kita tetap perlu keluar dari rumah atas pelbagai urusan, sama ada mencari rezeki, membeli barang keperluan, menuntut ilmu, melaksanakan ibadah, menjalankan dakwah dan sebagainya. Namun kita tidak tahu apakah ketentuan takdir yang akan berlaku kepada kita, terutamanya apabila keluar sahaja dari rumah, pergi ke pelbagai tempat, dan menemui pelbagai pihak, tanpa kita ketahui siapa pembawa wabak, atau di kawasan manakah virus itu terawang-awang di ruang udara.

Kini kita perlu sentiasa memakai penutup muka, kerap membasuh tangan, berusaha mengelakkan tempat yang sesak, serta berjumpa doktor apabila berasa kurang sihat, semuanya kita lakukan demi mengurangkan risiko penularan wabak penyakit H1N1. Kini juga, kita perlu berbelanja lebih atas pembelian barangan kesihatan yang jarang kita gunakan sebelum ini, seperti penutup muka, cecair pencuci tangan, dan penyukat suhu badan. Hal ini berbeza dengan situasi kehidupan kita sebelum ini. Selama ini kita dianugerahkan nikmat untuk bergerak ke sana sini tanpa sebarang kebimbangan. Kita ke masjid untuk bersolat jemaah, kita ke taman permainan untuk beriadah, kita ke kedai atau pasar raya untuk membeli barangan keperluan.

Rupa-rupanya nikmat ketenangan fikiran tanpa terfikir sebarang wabak penyakit telah hilang daripada kita, digantikan dengan kebimbangan terhadap penularan H1N1. Hal ini membuatkan kita sentiasa berwaspada, mungkinkah virus itu di mana-mana.
Memikirkan hal ini, rupa-rupanya selama ini kita hidup kerana kasih sayang Allah yang Memberi perlindungan kepada hamba-Nya dan Mengurniakan daya upaya kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan yang diinginkan. Seharusnya situasi ini mencetuskan rasa keinsafan kepada kita, bahawa dengan segala nikmat kehidupan yang masih kita kecapi seharusnya kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya, sementara nyawa masih dikandung badan.


Thursday, October 1, 2009

CINTA SEPERLUNYA MENURUT ISLAM



“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..”

MUQADIMAH

Bait-bait nasyid kumpulan Quturunnada di atas sering mengingatkan kita kepada hakikat cinta yang sebenar. Bagi saya sendiri, makna serta irama yang dibawa oleh Qutrunnada ini benar-benar menyentuh jiwa apatah lagi di tengah-tengah kerancakan irama nasyid ala-KRU yang mewarnai dunia nasyid pada masa sekarang.

Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?

Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.

Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.

Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.


APAKAH KEDUDUKAN CINTA DALAM ISLAM?

Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)



Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)



2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.

Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)



Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.



3. Cinta Sesama Mukmin

Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:

“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”

(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)



Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Israk, ayat 24)



Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...

(Surah Al-Fath, ayat 29)



Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”

(Surah Al-Hasyr, ayat 9)



Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya



Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :

Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”

(Surah An-Nuur, ayat 30)



Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”

(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.

Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan?



CREDIT TO: http://www.geocities.com/afadhlis/politik18.htm

Tuesday, September 15, 2009

Biskut CornFlakes Madu


1 kotak cornflakes (250g)

125g mentega

1 cawan madu

½ cawan gajus bakar

(ditumbuk kasar-kasar)

1. Cairkan mentega & sejukkan.

2. Tuangkan madu kedalamnya dan kacau rata.

3. Masukkan conflakes dan kacau rata.

4. Masukkan pula kacang gajus dan gaul lagi hingga rata.

5. Aturkan papercups dlm dulang pembakar & isikan dgn i sudu teh adunan tadi.

6. Bakar selama 5~10 minit @150 degree celcius.

7. Setelah garing keluarkan dan biarkan sejuk dan simpan dlm botol bertutup rapat

Selamat mencuba

TQ



KeCeWa SunggUh Hati INi..

hari yg menyedihkan..
hmm..

ingat nak balik arini.
rempit naik skuter biru aku yg cute tue je.
tapi sepah n wana ckp,bahaye balik sorang.
kawan aku ade kelas lagi.
aku da xsabar kalau nk balik esok.

borink la kat TM nie.xde suasane raye.
bile pikir bahaye plak, aku seram gak.
mane tau ade penyangak ke,perogol ke,tahan aku kt tengah jalan..adeh.

aku pun ngah sabar jela ni..petang td ujan lebat.
aku spent mase ngan tido je.
nk study pun malas.
ade gak call mak ngn shukri.
happy sekejap.
mak cam merajuk je bile aku cakap xjadi balik arini.
nak wat cemane kan.
hmm

kepada my baby:
-->esok jangan wat haL ok?
-->saya sgt sayang Kamu.
-->bawaklah saya balik berjumpa ibuku.
-->Saya Bawak Kamu elok2 =)

this is my BabY

Monday, September 14, 2009

reuniTe F7P5 11/09/09

alhamdulillah..
first of all,thanks a lot kepada sbhagian kwan2 xF7P5 yg sudi dtg mjlis berbuke puase yg aku plan ni..haha.maklumla,last minutes py plan,so ramai yg xdpt dtg.ade la 10 org je.. tp ok la kan. ade gak.huhu. aku bertolak dari UPSI pukul 2.30pm sbb pagi ade lab dulu. pastue jmp linda kt KL central. memule Luke nak saing,tp die ade lab ptg.dy suh pg dlu..smpi kt KTM UKM,syikin datang jmpt.pastu g bilik die,ktrg ciap2 mandi n smyg. kul 6.30pm bertolak g restoran..
kt bawah ni restoran yang tirah tempah untuk kitrg..thanks tira! Restoran Rimba Klasik.



gmbar kt bawah ni antara rkan2 yg dtg..termasuk fizi (tukang tgkp gmbr) hehe..import dr F7P2


ni plak gmbar makanan yg kitrg dah telan..ade tomyam,sotong ngn udang msak sos kut, kailan ikan masin,buah-buahan, kerang bakar,telur dadar.and air sirap..hehe.sedap2 gak, tp air sampai lmbat.slamat ktrg xtercekik. patue tomyam die ade daging..huh,aku xmkn masakan yg ade daging.tp tomyam die cam sedap..terliur aku.


hehe,gossip gulz,aku n linda..smbil mkn smbil gossip..



ni plak faiz ( ketua prac) .. bab2 mkn,die mmg menang.hehe..abis air sirap 1 jug die telan.


setelah kenyang..hehe..tgkp gmbr skejap. ktrg 5 org je gulzs yang ade..kalau ade fara kan best! hmm...


ni kitrg dah nak kuar restoran dah. tgkp gmbr kenangan dulu kat dpan restoran..Kuan nak blik dah sbb die ade game futsal. meriah betul kwn2 aku ni.. kt mane2 pun blh tgkp gmbar.


balik je dari makan kt restoran kitorang pun bertolak pg karoke..ni cadagan tira tau.bkn aku!huhu..bln ramadhan ni..huk2. ktrg g kt MetroJaya Kajang.sewa 1 bilik. 1st time g tempat camni aku rase seram gak. kitorang enjoy sampai 3 jam (ngeh2, slamat mak aku xreti bukak blog).ni la penyanyi yg paling hebat..abis bpe lagu ntah diorg bantai


syikin n Dilla emily..rock kapak gak diorg ni..haha. "romeo take me somewhere we can be alone" lalalalala....


2am. parking loT.dah nak balik dah.sedih plak rase (walaupun mate aku dah berdenyut). thanks a lot again kepada kwan2 yg dtg..korang mmg best! slamat tinggal n jumpa lagi.muaaahx =)


LOT oF L.O.V.E...

Thursday, September 10, 2009

coreTan hati


hmm...sebenarnye aku dah xsabar nk blik sbk bernam. ade byk yg aku perlu selesaikan cuti raya ni.duk upsi ni pun,kelas bape kerat je every week..isnin ngn selase je..2 pun skat 2 3 jam sehari. penat rase nak menunggu mase berlalu.. aku kdang2 try gak bukak buku pysics classic2 ngn quantum, tapi nape ntah..kpale aku mcm xboleh terime dah ape yg blaja kt kelas.aku sgt risau tp memandangkan kwan2 pun ade probs yg same,so kurang skit la beban kpale aku.. 2 subjek ni memang susah. ramai senior dlu3 yg failed.ADEH!

--->aku rindu kt family especially mak.. cian kt mak..puase ni 1st time mak berbuke n bersahur sorang2 kat rumah..maklumla.ayah da xda sejak 7 tahun lepas. mesti mak rindukan ayah bile saat ramadhan datang lagi. adik bradik pun da masuk U,n Keje. adik aku yg bongsu pun bru masuk UITM seri iskandar. kitorang balik setiap ujung minggu..tp aku rase tue xmemadai untuk mak. mak amik tempahan wat biskut raye.bile siang2 ade gak pekerja mak datg umah. ngn ragam anak kecik die lagi..mgkin ilang sunyi mak bile siang. sunyi hidup mak bile ayah xda.. kasih sayang diorg xde tolok bandingan. mak aku seorg yg educated, tp benti keje sbb nk jage kami..

bile ramadhan nk berakhir ni,mesti aku di bayangi mase lalu.. 7 taun yg lalu..Allah amik ayah dari kami dengn jalan yg cukup singkat dan mudah...alhamdulillah...La Tahzan Ya husna.. kekuatan sekarang dtg dari semua pendampingku..

--> husNaRadzi...20 ramadhan..