BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

TERKENANG.....

untuk entry kali ni aku nk crite kt 1 dunia (untk yg bace blog aku je..) BAHAWA....

1999
da dkat2 hari raya time ni..
ramai la sedara mara seorang budak bernama Fairuz termasuk dia sndiri yang da balik umah nenek kt bota kiri perak. mase ni umur bdk bernama Fairus ni baru mencecah 6 tahun.memang meriah sbb blh dkatakan semua balik beraya.ade yg dari Penang,selangor,kedah,KL dll. so, mmg da jadi rutin kanak-kanak..mereka suka berlari,bkejar2, brgaduh,bergurau sesama mereka, dan akhirnya menangis.. mungkin mase ni bagi mereka, dimana sekali pun macam taman permainan yg sangat menjanjikan kepuasan untuk mereka kenal dunia.

malam raya
sedang mak sedara n spupu2 lain bsiap-siap untuk makan malam,budak-budak sebaya ni masih lagi bermain..diorang main kejar2 dalam rumah. nk dijadikan alkisah, si fairus ni tengah mengejar sepupu die..ntah macam mane,ade buaian yg mak sedara die sangkut secara bahaya. DAN.. zapp,!!!!!!!!!!!!!!
mate budak brnama fairus terkena kat cangkuk buaian mase tengah lari! mase tu Allah je yang tau kesakitan die. memula koyak kulit sikit kt kening dia. terus la ayah fairus bawak pg hospital manjung. malam tue masing2 tergamam..lihatlah dunia! kecuaian xpnah kenah mangsa atau pemangsa. syukur alhamdulillah,die cume diberi rawatan pesakit luar je..

hari-hari seterUsnYa
untuk dapatkan rawatan lanjut, ayah die bawak pg Klinik swasta Sekitar Sg petani (dekat ngn umah). ntah ape kene ngan doktor tue,die pg cek mata fairus walaupun yg terlibat cuma kulit bahagian kening. xlame lepas tu, mate fairus makin kabur (ringkasan cerita). ni semua disebabkan tindakan doktor tu,ade saraf mata fairus da putus. bayangkanlah!!!! mak fairus pun berusaha keras berulang alik ke HKL setiap 2 minggu sekali nk wat rawatan untuk fairus..tp mmg da ujian dari Allah,mata fairus makin kabur dan kabur..cahaya dunia bukan milikmu lagi..tp Allah xtutup jalan budak name fairus ni. dia budak pintar dari pra sekolah lagi..best student setiap tahun sehinggalah ade orang yg sempurna akal fikiran dan fizikal mempertikai kehebatan die.. ade orang pelik knape seorang budak yg dah hampir buta blh mengalahkan kepintaran rakan sebaya yang celik? pelik ke bile jadi camtue? HUH!

sekarang..
die sambung blaja di smk pendidikan Khas Setapak,KL bermula dari tahun 4 (xsilap) smpai sekarang ni, die dah tingkatan 3.terpaksa berpisah dari keluarga tersayang walaupun sebelum ni dia sangat manja ngn mak die. fairus terpaksa hidup berdikari..aduh,kecewa sungguh hati ini bile tengok sejarah hidup die sampai sekarang.nak tau kenapa????

-die sangat comel- masih tersemat gambar dia amik anugerah pelajar cemerlang kat dinding umah dia smpaila skrg.
-die sangat berbakat nk jadi pelajar cemerlang..budak yg terang hati
-doktor yg mengubat die..CUAI! PATUT TERIMA HUKUMAN tp smpi sekarang kes masih xjalan..

aku sangat KECEWA!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KENAPA??
budak yg bernama fairus ni adalah sepupu aku sndiri..
walaupun aku tau ni dugaan Allah untuk dia, dan ape yang berlaku xblh nak di ubah lagi, aku tetap kecewa.aku ingat lagi peristiwa, aku selalu duk umah die bile cuti semester skolah ( mak aku anta blik kg sbb degil bila duk umah). aku sangat rapat ngan die..mase mata die masih blh nampak,tp sdikit kabur.aku penah ajak die pg pasar malam.memula die xnak sbb die kata nnt orang akan pandang die.wah,ape perasaan aku mase tu? aku pun yakinkan dia yang diorang tu yang senget..xperlu pandang hina or simpati ngan orang yg senasib dengan mereka jika hanya untuk menyejek,mencaci,menghina. kalaulah mereka semua tahu yang si fairus ni penah lihat dunia macam mereka. bukan Allah tarik nikmat die,tp Allah nak lindungi die dari memandang dosa dunia!


moral cerita ni
-janganla pandang hina kat orang lain yg ade kekurangan dan kita perlu ingat Allah blh tarik nikmat kita bile2 mase je
-berikan diorang peluang untuk jadi yang terbaik
-kalau jadi doktor,jadilah doktor yg bertanggungjwab,bretika..jangan disebabkan anda,orang lain menderita sepanjang hayat..jadilah doktor yg cuba memberi kehidupan yg lebih baik kepada pesakit sesuai dengan harapan pesakit.
-kepada yang kurang bernasib baik,anda perlu ingat yang Allah xakan menjanjikan kehidupan sempurna di dunia,jika mahu yang sempurna di SANA kelak..

wallahua'lam.
ni gambar aku ngan fairus..dia sangat kurus skrg..korang rase die da trima hakikat belum yg die B.U.T.A?

0 comments: