Punyela menunggu KPM upload uplikasi dalam talian, untuk cek tempat posting..ngeh3,saje nak sebok2 walaupun aku dah tau aku dapat sabah.
syukur dapat jugak aku posting SABAH. tapi daerah dan skolah belom tentu lagi. makin sakit jiwa nak pikir. tambah lah lagi jiwa kacau bila dapat tau kota kinbalu ni susah nak dapat sebab penuh..aduhai, laki aku kat sini xkan aku daerah yg berjam- jam nk sampai pulak? kena duduk umah lain la jawabnye.
xmau aku! aku masih menunggu lagi la ni
kawan2 yg dapat semenanjung suma bersuka ria.ade yg dapat negeri sebelah,negeri sendiri,daerah sendiri..ntah2 sekolah sendiri (maksud aku sekolah lame dulu mase blajo). adeh, sedikit sebanyak jeles di situ! haha. ade plak kwn2 ramai dpat negeri terchenta aku, RED GIANT! wargggghhhhhhhhh..bagi aku sedikit mase nak terima kenyataan ni!
mak aku kecewa kut aku dapat sabah ,tapi laki aku kecewa pulak kalo aku dpat selangor..uhuhu..sila la golek2 aku jadi macam bola lagi..susah jugak nak jage ati semua bila ramai peminat.hik2..(untuk entry ni mmg nak perasankan diri =p )
aku pun nak ucapkan tahniah la kt kawan-kawan yg tgh bahgia skrg ni,dekat ngan family..yela family 1st.tapi nanti bila dah berlaki, sila bahagi 2..nak pilih dekat ngan sape.naseb baik umah mak mertua aku 10 km je dr umah aku..senang nanti kitorang beli umah celah2 umah mak mertua ngan mak sendri..Hah! kan adil tu..
bior la aku posting jauh sekarang ni..cukup 5 tahun dan kebawah (target aku sekarang)
aku balik la selangor.tu pun kalau dapat.kut la terdetik nak smbung master kt UMS plak.ececececece...hahaha.abg shukri dah tengok2 kete WISH da.minat la tu. bila tengok kete WISH lalu, mesti jeling punye,haha..aku plak masih ngan misi sama..minat kat kete KANCIL je..tapi abg dah belikan KELISA,aku buat2 minat la..hiihihi..lagi kecik lagi bagus. jimat segala2, ruang, minyak etc..
tunggu lagi la isnin ni cemana pulak cite nye sebab kitorang kena kumpul kt MARINA COURT KK untuk tau penempatan sekolah..ish3. ntah bape hari la pulak.kena tido sana pulak tu.kalau x semalam aku dah boleh balik semenanjung untuk cuti sekolah..dapat raya haji kat kg semalam..tapi xmerasa la..makan roti je kat sini..abg pulak pegi program korban lembu kat sekolah. hehe, aku pun melepak la.malas masak campu xselera ngan perut yang sengugut ni..bila abg balik je,aku masak nasik ngan goreng ayam tepung.aku pun makan ngan kicap. memula abg cakap dah kenyang.tapi last2 die ngaku lum makan nasik. makan sup je 3mangkuk.huhu..kitorang pun makan nasik share dalam 1 pinggan. 2la tipu lagi.kate dah makan nasik..kan aku dah xmasak..kan kan kan
SEKIAN DULU..........nak rehat jap..aku ni baru pas masak daging..dah 10 tahun aku xmasak n makan daging.dulu aku alahan, pastu sampai sekrang aku xlalu dah sebab lame xmkan.tadi aku berjaya masak sup daging ngn daging masak black pepper.ntah ape rasenye tunggu abg balik rase. i cannot go..hihi..
SALAM AIDILADHA~~~
Thursday, November 18, 2010
akhirnya..dalam omputih, at last!
Posted by HusNa at Thursday, November 18, 2010 0 comments
Wednesday, November 3, 2010
poSto posto posting!
salam semua! fuh3..sedikit berabuk ni..lame x hupdate.malas ade,sibuk meniaga pun ade. jaga suami,anak-anak.eh! dah ade anak ke? hahaha..bkn anak betulla.anak pokok cili yg aku tanam kt balkoni umah tu..ahaha,.daun da sompek2 sebab ade brung pipit suka makan.ish3.kena tengok selalu.
semalam ramai yg kecoh2 kat facebook kate dah ade yg dapat surat posting.tapi masing2 yg dapat sarawak la.sabah dan semenanjung blom lg.mungkin arini untuk sabah.yg semenanjung nexweek. berdebar pulak aku jadinye..bukan ape,macam xrela nak tamatkan riwayat title suri rumah berijazah sepenuh mase.haha
harap2 arini aku dapat la surat dari KPM. amin. aku harap dapat la kat sabah ni. pastu nak kt kota kinabalu gak.xmo jauh ngan husband.cukup2 la aku berkorban datang kk ni.xmo la masuk pedalaman pulak. kalau xdapat sabah,mudah mudahan dapat selangor. pastu suruh abg apply balik semenanjung..wah! itu lagi menggembirakan!
semoga ape yang aku usahakan selama ni dapat balasan yg setimpal ya Allah! amin..jangan la pisahkan aku ngn abg. cian nanti xberasap dapur.hehe.makin kurus la abg yang da memang kurus.
p/s: doakan aku ye kawan2!
Posted by HusNa at Wednesday, November 03, 2010 1 comments
Tuesday, November 2, 2010
Monday, October 25, 2010
Tahukah Anda!!!
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.
3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.
4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.
5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.
6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.
8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.
9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.
12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.
13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.
14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.
15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.
16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.
17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.
18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.
20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.
21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.
22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.
23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja
Posted by HusNa at Monday, October 25, 2010 0 comments
BAJU CINTA.
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.
Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.
Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!”
“Yang kau telanjang tu kenape!!!??? ” marah si nenek.
” Ala nek, ini la BAJU CINTA saya,” balas si cucu perempuannya.
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.
“Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.”
Pinta si cucu dengan penuh hormat.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami…
Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.
Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.
“Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???” marah si Atok.
“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek.
“BAJU CINTA???….. . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya..”
Posted by HusNa at Monday, October 25, 2010 0 comments
Thursday, October 21, 2010
sedikit info :Evening Primrose Oil (EPO)
cantik kan..softgel ni
Berdasarkan pada eksperimen, EPO telah menunjukkan reaksi pertumbuhan sel (baik) dan penurunan paras kolesterol secara berterusan dalam tubuh manusia. Ini membuktikan yang EPO kaya dengan Gamma Linolic Acid (GLA) seperti yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.
Gamma-Linolenic Acid (GLA) sejenis essential fatty acid (EFA) yang terdapat didalam lingkungan keluarga Omega-6 dan hanya ditemui pada minyak dari ekstrak tumbuhan. EFA adalah sangat penting pada tubuh badan manusia tetapi tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Maka dengan itu, EFA hanya boleh didapati melalui pemakanan. Fungsi EFA adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, kesihatan tulang, untuk stimulasi kulit dan rambut, mengawal kadar metabolisma dan pengawalan pada proses reproductive tubuh manusia.
Kebaikan & Khasiat EPO
1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.
2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh Doktor untuk rawatan.
3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.
4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.
5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.
6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)
7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)
Cadangan Pengambilan EPO
Kebiasaannya ambil 2 x 500mg sehari (selepas makan), tetapi lebih berkesan bagi yang ada simtom dan penyakit diatas untuk mengambil 3-6 kapsul/500mg sehari.
Kesan Sampingan
Masih belum ada kesan sampingan buruk hasil dari pengambilan Evening Primrose Oil. Namun, sesetengah orang akan mengalami gastrik, sakit perut dan sakit kepala. Disarankan agar pengambilan EPO sebaiknya selepas makan. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan (vitamin dan sebagainya, elok diambil selepas makan)
Perhatian!
Tidak boleh diambil oleh pesakit yang menghidap tekanan darah rendah, selepas makan aspirin (panadol, milidon, dll). Juga untuk pesakit yang menghidap sawan. Juga tidak sesuai untuk ibu mengandung, diragui akan mengakibatkan gangguan hormon.
Artikel ni aku copy paste dr website
http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/35995-pencegahan-awal.html.
Posted by HusNa at Thursday, October 21, 2010 1 comments
Wednesday, October 20, 2010
part II..konvokesyenku..
mase 05.10.10 sebelum tu,aku ade g amik jubah dulu..pegi ngan geng2 sabak bernam. sampai je sana aku cuma smpt jumpa mas ngn wana..n miena,titi. yg lain ramai juga jmp tp maksud aku yang rapat ngan aku la.haha.especially housemate aku yang ak panggil adik bradik. mase amik jubah ok tapi bile nak tempah gambar untuk 'stage pics'.punyela lame.tension betul sebab da makan banyak masa. aku cuma amik yang wajib je sebab package die agak mahal kalau nak compare ngan kt studio luar.
lepas settle je semua,kitorang g makan kt jalan ketoyong.hampir setaun gak la dah xmerayau2 kat area tg malim ni.macam2 kenangan aku 'nampak' mase on da way nk g UPSI tadi.mase nak g makan pun.mase nk makan tu,aku sempat call mas n die stuju nak makan sama tapi die smpai lewat sikit.so,aku ngn geng sabak bernam makan dulu. dah nak abes makan baru die sampai.smpt la sembang jap..pastu aku g surau semayang n balik sabak bernam.
minggu setrusnye 12.10.10, ade raptai tapi aku xpegi sebab abg nak balik dari sabah.nak attend aku punya konvo..best sgt.
16 10 10, hari yang kami semua tunggu.. macam-macamla plan.nak jumpa kawan2,nk tgkp gmbr,nk peluk2,nk g pesta konvo,nk borong tudung. tapi xbanyak yang jadi kenyataan.
pagi tu dalam pukul 9 aku bertolak dari umah ngan family. tapi kitorang singgah studio kt sg besar dulu tgkp gmbar. memula segalanya berjalan lancar.tapi mase dah ready nak tangkp gambar, photographer tu mngusik mak aku.die cakap 'senyum lagi cik'..then,ntah macam mane,mak aku undur kebelakang cikit, tibe2 aku toleh,mak aku dah terlentang atas kain rentang background belakang yg konon2nye rak buku..haha.memang lawak gile. bile tanya balik mak aku bagi reason 'ingatkan rak buku'.tapi selamat xde cedera.terpakse la orang tu naikkan balik kain rentang tu.dah amik mase.kitorang memang gelak kan mak aku kow kow lah!
xlame pastu,kitorang pun bertolak g UPSI.sampai dalam pukul 11.30am. bile aku turun je kete, kawan2 yg konvo sesi pagi baru settle. dapatlaa jumpa diorang. pastu amik gambar sikit2. pastu ak g pesta konvo jap. tengok2 ade ape jual. tudung memang murah sesangat tapi tu la yg wat ak terkilan..ingat nak datang lg sekali.yg tu nak round2 dulu.tapi bila dah petang xsempat nk g beli. ak cuma beli t shirt 3helai tuk adik ipar yg comel2 tu..yg adik bongsu,walaupun darjah 2,tapi perut comel.ssh betul nak carik saiz. 2 3 kali gak patah balik.
dalam pukul 2 dah nak masuk berarak.aku xsempat makan n minum lagi.aduhai.mase berarak mmang best dan bangga bila suma orang tengok.hehe.masuk je dewan,aku punyala kehausan..da xde makne nervous dalam otak aku. bila giliran aku, aku g amik ijazah dengan bangganya dan ucapkan 'trima kasih prof'..aduhai..sebnarnye kena aku kna cakap 'trima kasih tan sri'..haaha..step nak amik ijazah pun aku lupa.asyik gelakkan orang sebelum aku je..padan muka.
bila kuar dewan,kawan2 masing2la ngan family diorang.xsempat nak tangkap gambar ramai2.ingat nak buat aksi baling mortar board ke, tgkap gmbar golek2 ke.tapi xde maknenye.masing2 dah nak balik.pas aku pulangkan jubah,aku pun balik ngan family yg dah penat menunggu..kecian diorang.
papepun,hari konvo adalah hari yang paling bermakna untuk seorang mahasiswa mcam kami..penat tu dah belajar 4taun.utang PTPTN pun dah anak 5 kut baru abes bayar. walaupun xsempat jumpa semua kawan2, cukupla nampak dari jauh je aritu. xdapat nak tegur. pastu tengok gambar diorang kat facebook.
untuk kawan2 sri indah,aku terlalu rindu korang!
kat sini adela beberapa keping gambar.sila la tengok untuk jamuan mata..
adik.aku.akak.
Ngan suami tersayang.thnx abg atas segalanya..
akak+husna+mak+adik
sepah.wana.husna
selesai suda..ni dalam flight nak blik kota kinabalu.aku duduk kat sayap..sayonara semua!
p/s:aku sedikit xpuas ati ngan gambar yg ditangkap sebab xterkumpul housemate2 no 16 sri indah @ adik bradik kami..hm..gambar baling mortar board pn xpe..kecewa!
Posted by HusNa at Wednesday, October 20, 2010 0 comments
Tuesday, October 19, 2010
pas Raya part 1..cuti xhengat..
family mertua
Posted by HusNa at Tuesday, October 19, 2010 0 comments
Saturday, September 4, 2010
SELAMAT hARI RAyA! Yeaa!
balik kampung...oh oh oh balik kampung..oh oh oh balik kampung
hati riang!
terkenang wajah wajah yang kusayang..lalalala..
xsabarnye nak balik kg malam ni..tiket flight aku pukul 8 malam..sampai KL dalam pukul 11 malam.
Posted by HusNa at Saturday, September 04, 2010 0 comments
Monday, August 30, 2010
C.U.A.I
tensen betul minggu ni..tibe2 kepala serabut.bukan pasal assignment tertunggak ke,masalah rumahtangga ke,oh bukan bukan...aku pun xtau la knape ngan diri aku ni. rase macam makin kronik drive skill aku.aduhai.sebab aku cuai ke? hm..tadi aku bawak kete sambil pintu blakang terbukak,slamat xde kete lain.dan aku cepat perasan..wakaka..kadang2 aku geli hati ngan diri sendiri. menda kecik pun cuai.mungkin aku dah tutup tapi xrapat pintunye,.tu yang terbukak balik.
hujung minggu pun tensen.orang yang xsepatutnye muncul dah,nk muncul lg dan mengganggu ketenteraman kami.sibuk je.dah orang xmau kawan sudala bah. malas nak amik tau pasal ko dah.wat sakit ati buat ape.pegi lah sana kawan orang lain.tu pun kalau ade orang nk kawan ngn ko.hahahaha. mane boleh pakse2 kalau dah xsuka..waaargh
abg ajak pegi jalan2 tapi aku macam malas je.yela bulan puasa ni..xlarat pulak kang nak masak petang. pastu kitorang pun tido jela. semalam ade la kuar pegi pasar..tapi ntah ade program ape dekat ngn pasar tu,jalan pun jam.kena U-turn. pas kitorang siap beli ikan dan sayur2 untuk masak sampai jumaat ni, nak balik la cadangnye.pastu teringat plak nak beli krpopok amplang ngan kuih cincin untuk mak mertua dan mak sendiri. mase aku tengah pilih2 tu,nampak ramai orang xpuasa minum air kelapa.uish, memang terliur betul. semalam cuaca sangatla panas.sampai aku ngn abg pakai payung sebab xtahan. pastu aku beli 2 biji kelapa.nak minum pas berbuka nanti. dugaan bulan pose.
mase jalan tengah sesak tu,abg pun bwk la kete slow2 je. tibe2 rase dentuman kat belakang kete.rupenye ade orang langgar dari belakang! adeh,dugaan lagi..kitorang pun parking kete kat tepi.orang tu mintak maaf dan salam abg.diorang pun bincang2 la.kete die teruk ckit la..bumper gugur,lampu pecah..kete kitorang cuma kemek ckit..pastu abg pun xsure harga cemana..pastu die bayar kat abg rm50. kire settle la.pastu bila kitorang pegi kedai tanya harga ketuk balik campur cat,kedai kate rm250 sebab cat kete kitorang mahal.aduhai! suda kena bah!
mungkin abg blur mase tu..aku ty gak kat abg mase dalama kete,nape mintak murah sgt..abg ckp kecian..lgpun abg xpenah ketuk kete..dan lagipun jalan jam sesangat.xblh berpikir ngan baik.pastu abg cakap lagi,aku pun bawak kete teruk..nanti takut aku plak yang langgar orang,orang mintak macam2..yelah,arini ari kite.esok sape tau?
Kat sini aku nak bagi tips berguna kat korang bila kita dilanggar camtu:
1. servay dulu harga aksesori kete anda awal-awal.contohnye kalau nk ketuk,cat, tayar pecah,cermin..dll. So bila ade orang langgar, senang nak mintak ganti rugi.kalau korang yang langgar pun,at least korang xkena tipu. kadang orang suka mintak lebih!
2.cuba sedaya-upaya hafal flat kete pesalah tu.takut die lari..naya! haha
3.bincanglah secara berhemah! tunjukkan yang korang orang terpelajar
4. kalau xtau harga,ajak die pegi workshop,baiki kete korang dan suruh die bayar.
5.pastikan lesen memandu dan roadtax kete idup.
6. kalau diorang tu melawan,report je polis.dan pastikan anda yang tak bersalah..haha
nanti aku cuba pikir tips yang sesuai lagi..pastu aku update..selamat mencuba!
Posted by HusNa at Monday, August 30, 2010 0 comments
Thursday, August 26, 2010
Buku kami..
Untuk entry yang ni,aku nak rekemen buku yang aku ade untuk korang bace..buku ni sesuai la untuk persediaan kawan-kawan yang terasa nak kawin dan yang dah kawin pun kena bace.. buku yang bertajuk 'PIKATLAH HATIKU (30 BISIKAN HATI ISTERI)' dan lagi satu 'KHADIJAH DIHATI RASULULLAH'
ni buku yang aku hadiahkan kat suami mase kitorang bercinta dulu.hihi.. mase ulangtahun kelahiran abg yang ke 25tahun. tahun lepas la. mase tu bulan 10. tapi mase bulan 6 taun lepas abg dah cakap nak ajak kawin bulan 6 tahun ni [da kawin dah pun kami..hehe]..So,memang sesuai la buku ni di bace sebelum kawin.untuk tambah ilmu agama dan rumahtangga.
untuk buku bertajuk PIKATLAH HATIKU(30 BISIKAN HATI ISTERI) ni,buku ni dipenuhi dengan bisikan hati seorang isteri buat suami tercinta.
antaranya..
suamiku,bermesralah dengan isterimu..
suamiku,fahamilah perubahan semula jadi isterimu...
suamiku,buanglah sikap pemarah dan garangmu..
suamiku, sentiasalah bersikap adil..
suamiku,hentikanlah tabiat merokokmu..
suamiku,janganlah terlalu ego..
dan banyak lagi sampai cukup 30
buku kedua pulak 'BAGAIKAN KHADIJAH DI HATI RASULULLAH'. buku ni memberi petua-petua cinta abadi dalam perkahwinan,pengalaman sebenar,tips perkahwinan, dan amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkawinan supaya kekal hingga akhir hayat.
cubalah dapatkan buku ni kat kedai.murah je hrga die dalam rm16-rm19.90. ni harga semenanjung la,aku pegi kedai popular baru2 ni, aku tertengok yang buku-buku ni dah jadi 'BEST SEALER BOOK'..memang berbaloi kalau beli dan bace!
Posted by HusNa at Thursday, August 26, 2010 3 comments
Monday, August 23, 2010
jangan malas-malas ye..dah kawin dah tu
sedar xsedar dah hmpir 3 bulan aku kawin. cam cepat mase berlalu. sekarang ni bln ramadhan,so aktiviti berjalan kurang sikit la.malam je keluar g tarawih..kalau abg g skolah, aku duk umah.kemas umah sikit, basuh kain, bila petang plak aku start masak dalam pkul 4.sini berbuka pukul 6.30pm. kena la awal ckit dr smanjung.tpi klu masak simple pukul 5 pun sempat. kadang-kadang tu abg dtg dapur ty ade pape nk tolong? tapi xde ape pun..aku suka masak sorang.kadang je mntak tolong kupas kulit bawang. aku fobia sikit ngan bawang ni sebab pedih mata. orang tua-tua kate xley bermadu,xtau btul ke x? hehe.. pastu abg g kt ruang tamu sambil tgk tv ke,surf tenet ke.kadang2 abg bace buku agama or majalah wanita..aku punye..hiihhi
kalau bab mengemas pun sama.kalau baju yang dah kering,abg xsuka lewat2 masuk almari..aku ni pulak lipat baju la paling malas.dari mase study dulu2 lagi. kalau lepas kutip baju kat ampaian suka lengah2 nk lipat..letak dulu kat kusyen..tapi nanti tengok2 abg dah pilih baju die dan masukkan sendiri dalam almari..abg suka baju die ber'hanger'. aku pun rase tebal muka.. pastu mula la erhegeh kemas baju sendiri..hihi. ish3x. abg pun xsuka rumah bersepah. pas bace buku kena letak kat rak balik.jangan tangguh2. barang-barang make up pun same.
mak aku selalu pesan,
makcik depan umah pesan
Posted by HusNa at Monday, August 23, 2010 2 comments
Friday, August 20, 2010
Adik, kalau xnak sembahyang xpayah datang!
masuk arini dah hari ke 10 umat islam menunaikan ibadah puasa.termasuklah ibadah terawih yang dilakukan sebelah malamnye pulak. dan aku ngan suami,alhamdulillah xpernah lagi miss nk g solat tarawih ni.
kitorang solat kat Bukit padang, Kota kinabalu. agak jauh dari umah..kitorang kalau nak pegi kena naik kete or motor. Masjid ni sangatla selesa sebab ade air-con,kipas lg,luas ruang solatnye..alhamdulillah..mase mula2 solat dulu ade sedikit tazkirah, dan ustaz tu cakap masjid ni xde sumbangan dari pihak2 kerajaan atau NGO..maksudnye di biaya oleh derma-derma dari orang awam je..takjub gak aku sebab kemudahannye serba lengkap..mungkin orang kat sini pemurah dan kaya.
kat atas tu bab puji masjid..tapi sekarang aku nak cite pasal beberapa perkara yang agak menyakitkan hati. ni aku cite berdasarkan ape yang aku nampak la. pertamanya isu parking kereta..orang2 kat sini pakai kete besar2 dan kadang2 g masjid sorang je tapi kereta beliau2 ni amatla besar. bila kt jalan,muat2 jalan, n bila parking bontot kete terjulur keluar..so,timbul la isu jam kt ruang legar masjid.nak parking sgt susah.kadang tu walaupun aku pegi awal tapi orang da mula semayang isyak baru dapat masuk masjid.
Posted by HusNa at Friday, August 20, 2010 5 comments
Monday, August 9, 2010
puasa
Posted by HusNa at Monday, August 09, 2010 0 comments
Friday, August 6, 2010
untuk Islam..kenapa YAHUDI sangat berkuasa!
Kenapa Yahudi Amat Berkuasa? 57
ShareHanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
1 Yahudi 100 Islam
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).
Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan.
CREDIT TO:http://blog.azhad.com/2009/01/kenapa-yahudi-amat-berkuasa.html
Posted by HusNa at Friday, August 06, 2010 0 comments
resepi harian jadi xkeruan
arini rutin harian aku yg borink ni cam selalu lah..kemas rumah, wat bfast sblum suami g skolah..pas dia pg aku pun basuh kain jap..hiihi..bunyi cam byk je keje..ape susah zman skrg ni..nk basuh baju tekan je..pastu kemas umah ckit2 je sbab umah kami comey..maklum la 'bujang' lagi..hihi..
pas ciap2 suma,aku pun bukak tenet. tgk facebook jap..pastu aku carik2 resepi nak masak. da 2 bulan kawen,.abes da resipi aku rotate tiap ari smpai xde idea nak masak ape..bila ty suami dia asyik cakap 'masak bebas'..hm,. tula tula orang laki..huuhu.so aku pun selongkar la website2 or blog yg byk resepi..kdg2 tu tau je nak masak rsepi tu,kite penah msak la cuma tak terpikir nk masak.
Syok juga bila jmpa mcm2 resepi..bila tgk pics die rase cam lapar plak. xsaba nk cube tp tggu weekend ni la bru suami bwak g pasar besa..bli brg tuk 1 week. sini slalu traffic jam.aku xbrani drive g pasar sndiri sbb kat bandar..so skrg ni abeskan ape yang ade kat peti ais je la..lagipun xelok membazir. aku ni pun bila g pasar xrncg nak beli ape..last2 beli ikan yg same je [kembong,merah,cencaru] sayur pun same gak [sawi,daun sup, brokoli,kobis]
pastu mula la ketandusan idea nak masak.. bila da tgk resepi ni bru ley rncang nk beli ape..snang nk masak!
dulu kadang2 terpikir bile mak slalu rotate masakan yg same, and mula la mengeluh "borink nye"..sekrng bila da jadi wife, ari2 nak decide masak ape baru aku tau,ni pun sbnrnye probs yg blh wat aku migrain..bukan ape,bila byk pilihan pun susah jugak..hehe
p/s: my husband xkesah mkan pape..alhamdulillah..senang DEN
Posted by HusNa at Friday, August 06, 2010 0 comments
Thursday, August 5, 2010
Tuesday, August 3, 2010
mungkin sekali seumur hidup.
HEHE,harap2 camtu la..xmo la interview byk kali. esok adalah hari penentuan kerjaya aku sebagai guru..INTERVIEW. pas abes study aritu asyik languk n tanya bila la nak di pnggil untuk interview..tapi masa cepat betul berlalu dan esok la hari yang ditunggu-tunggu.. ade gak kawan yang dah kena semalam. yang belah2 utara (kedah,pineng, perlis). arini sluruh MALAYSIA. hm, ntah ape la die nk ty kat aku..resipi masak banyak la dalam kepala aku.tapi ni bukan interview nk jadi chief..papepun aku usaha la jugak ckit2 (atas desakan n galakan suami) hehe.. tapi ingat ke tak xtau la pulak..skrg ni da nk masuk fasa tawakal..semoga Allah membantu orang2 yg dah berusaha! doakan kami ye!
~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA~
p/s: nak wat slang sabah or selangor? hehe
Posted by HusNa at Tuesday, August 03, 2010 0 comments
Saturday, July 31, 2010
skali lagi...honk! honk!
arini ari sabtu..tapi abg kena g skolah gak..sayur kat peti ais dah abes..aku plak xbrani g pasar kt bndar kk sorang2..aku pun bawak la kete g kidai dpan sana tu..pas beli sayur rase gatal plak nak g jalanraye. aku pun terus je..smpi dkat round about,aku nk u turn ssh btul sbb byk kete.aku pun da bg signal tp lmbt2 la masuk kanan..last2 da dkt round about tu baru aku masuk.kete blakang pun hon aku..trus gelabah n x tentu arah..slmat masih dlm arah yg betul.hiihi..smpi raound about lg 1 aku patah balik..seram aku! waaaaaa.aa.....keciwa ngn pemanduanku!
Posted by HusNa at Saturday, July 31, 2010 0 comments
Wednesday, July 28, 2010
interview
syukur..
baru dapat panggilan interview
di POLITEKNIK KOTA KINABALU
pada 4HB OGOS 2010
8 am
kena wat persediaan rapi ni
macam nak berperang..hehe
banyak kena study
lame dah rncng nk stdy tp bru je smpi mood =)
Posted by HusNa at Wednesday, July 28, 2010 0 comments
Tuesday, July 27, 2010
kereta cute ku! berjalankah kamu denganku?
tension nye,..nak nangis dah rase..aku dah 3taun ade lesen kete tapi da lame xbwak..bile samapi KK ni,dah xkeje aku pun try la nk drive balik. tapi tiap kali pegang stereng da cam sejuk2 kaki ni..aku memula try bwak dkat2 kwasan umah je. tp kawasan umah plak berbukit, tmbah mencabar la kt aku. pastu aku ade gk bwak g bandar..2x xsilap.. tu pun kna ade suami teman..adeh.siap kne dgr arahan lagi..mase 1st time lalu round about, aku salah lorong.manela aku tau..kene hon ngan 1 kete myVi wane putih tu..sampai arini aku fobia tgk kete myVi putih. mase nak naik bukit pun terundur..selamat xde orang kt blakang..
rase cam xmo bwak kete selamanyer je..tp ssh plak..n pling jeles tgk orang lain blh bwk kete..sedangkan kaki aku ni smpurna je..ni pun aku ngah menggigil lagi..pagi tadi pas laki aku pegi sekolah,aku nk blaja parking la kononnye..aku pun tggula dengan sabrnye untuk parking2 kt bawah aparment ni xbrape byk krete..maksudnye kna tunggu diorg pegi keje la jawabnye..pastu bile clear aku pun start kete n pusing2 kt parking..yang peliknye aku masuk parking yg kiri kanan clear pun xtepat gak..adeh..undur masuk undur masuk..baru la betul..pastu try2 lg.mase nak parking yang tepi tiang..pergh,sipi giler! menggigil la aku nak alihkan,dkat 10 minit baru lepas azab..pastu aku pun nak parking la kt tmpt asal..pastu lak sipi sangat ngn kete kete jiran aku! kete pajero..kalau aku langgar confirm la die tau! aku da gabra sgt2 ingt nak tinggal gitu je..tapi pikir balik kang laki aku marah, pastu plak kete jiran aku tu nak bukak pintu pun xley..dala jirang smbg..xknal muka pun lagi..hm aku pun berusha la nk tukar posisi kete laki aku..hadui,berpeluh aku..last2 aku berjaya! perghh..mmg bangga! tp smbil menggigil ngn peluh meleleh2 aku masuk umah n tarik nafas dalam2!..
tolong aku!
Posted by HusNa at Tuesday, July 27, 2010 0 comments
xda tajuk!
Posted by HusNa at Tuesday, July 27, 2010 0 comments
Friday, July 16, 2010
missed him
aish,bila abg mau balik ni..
tadi balik skolah anta kawan g airport KK
pastu g smyg jumaat
pastu meeting
skrg jalan jam plak.
da pukul 6.30pm ni
janji mau bwa aku jalan2 mlm ni
HMM...
missed him
Posted by HusNa at Friday, July 16, 2010 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
MOVIE best!
Posted by HusNa at Wednesday, July 14, 2010 0 comments
Saturday, July 10, 2010
updated!
berJaya mencantikkan blog!
hehe
ntah bukak bolg ape ntah td
tapi mmg best la widget2 die
Posted by HusNa at Saturday, July 10, 2010 0 comments
Thursday, July 8, 2010
MenunGGuMu
hai,penatnye la menunggu kan
macam2 jenis penungguan..huhu
contohnye tunggu bas datang,
tggu boyfren dtg jmput,
tggu result pekse,
tunggu nak bersalin,
tunggu buah jatuh,
tunggu bulan jatuh keriba..
aku ni sekarang penat gak menunggu..
nak tunggu panggilan interview,
nk tnggu surat posting,
nak tggu pengumuman aku dapat posting mane..
perit rase nak menunggu..
sebab keputusan tu semuanya melibatkan mase depan aku
aku mintak posting sabah dan selangor..
kalau dapat selangor, dekat la ngn mama..
tapi jauh ngan husband..
alamat kerinduan dan dpt anak ckit la..huu
kalau dapat sabah,ntah daerah mane plak dicampak aku ni..cian kitorang nk carik umah lagi.dala mahal..
kalau dapat negeri yang selain selangor n sabah lagi perit...aduyai..
kenape hidup kite asyik ditentukan orang lain yang jugak hamba ALLAH?
semoga aku dipermudahkan urusan duniawi dan ukhrawi..
aku mampu berdoa...(>_<)
Posted by HusNa at Thursday, July 08, 2010 1 comments
puasa ganti xabes lg da nak raya...papentah
nyampah betul bace comment kwn2 yg da start nyanyi2 lagu raya kt facebook.diorg tu da abes pose ganti ke? yeke ni? yeke? xcaya la..aku pun lg 3hari nak kene ganti..syukur husband nk teman kan n die pose sunat rejab.. xyah aku masak untuk lunch. tapi kat sabah ni kene bangun sahur awl sebab 4.40am da abes mase..yang paling best berbuka awal iaitu pukul 6.30pm..hehe
semalam my husband nk makan laksa.kitorang pun pegi la pasar carik laksa mentah dan ikan serta bahan2 yg sepatutnya..da beli semua, aku cadang nak masak arini..tadi da tengah msak tetiba baru teringat asam keping xde..cian die kene kuar ujan2 beli asam keping kat kedai..suh naik kete xmau..die kata leceh..so,die pg naik moto..cian...
pas ciap masak laksa aku masak nasik plak untuk berbuka..laksa tu cadang nk makan malam pas abg blik dr ngajar tusyen kt skolah..hm, gitu la ceritenye..inga nak masak siakap kukus ngn peria tumis.. kat sini abg cakap jgn masak byk2..sehai 2 jenis jadi la..family aku kuat makan ikan,slalu masak ikan banyak2,tapi family abg didik makan lauk ckit je..aritu cam merajuk juge bile die tegur ckp jgn membazir..tp bile pikir balik betul jugak..kami nk jage kesihatan =)
setakat ni,aku bahgia dalam berumah tangga ni..org kata kene byk sabar.. syukur die byk bimbing aku..ajak solat jemaah,ajak ngaji selalu..mcm2 pesanan setiap hari. mmg jodoh kite ngn orang yang berbeza kan? untuk saling membimbing dan melengkapi.
kekuranganmu dan ketidaksempurnaanmu adalah kebahagiaan bagiku!
with LOvE..
Posted by HusNa at Thursday, July 08, 2010 0 comments
Wednesday, July 7, 2010
rindu!
Sebab aku perlu naik yang ni! ngan harganya yang mahal jika xdibeli awal...kalau awal pun murah ke? ...hanya mereka yang mampu..
airasia kata:now,everyone can fly!
aku kata:tapi aku? blh ke dgn percuma?
Posted by HusNa at Wednesday, July 07, 2010 2 comments
Thursday, July 1, 2010
kalau nk jadi baik bukan susah Haikal =)
Posted by HusNa at Thursday, July 01, 2010 0 comments
Saturday, June 26, 2010
cikgu Bangga!
xsangka awak semua blh jadi johan pertandingan 'water fountain' anjuran Petronas tu...
wah! bangga nye =)
rase nak kembangkan idung je kt blog ni ngan kejayaan diorg
hehe..congrate n ckgu nk says sorry sebab xsempat nk tunggu smpi arini (ari brtanding)
ckgu nk kawin dah!
semoga ade lagi compt yg mcm ni and awak semua join dgn lebih confident lg
SYABAS!
ni la model yang diorang wat. credit for facebook 'dayah azlan'
Posted by HusNa at Saturday, June 26, 2010 0 comments
Friday, June 25, 2010
shop n Out
mase sangat suntuk. hari2 aku ulang aling g umah mertua dan mak sendiri.
maklum la dekat sangat umah kami. sempat gak lawat2 umah sedara yg dekat2 umah.
shopping time! beli barang dapur je..pastu layan karenah dikya beli kasut
Posted by HusNa at Friday, June 25, 2010 0 comments