tensen betul minggu ni..tibe2 kepala serabut.bukan pasal assignment tertunggak ke,masalah rumahtangga ke,oh bukan bukan...aku pun xtau la knape ngan diri aku ni. rase macam makin kronik drive skill aku.aduhai.sebab aku cuai ke? hm..tadi aku bawak kete sambil pintu blakang terbukak,slamat xde kete lain.dan aku cepat perasan..wakaka..kadang2 aku geli hati ngan diri sendiri. menda kecik pun cuai.mungkin aku dah tutup tapi xrapat pintunye,.tu yang terbukak balik.
hujung minggu pun tensen.orang yang xsepatutnye muncul dah,nk muncul lg dan mengganggu ketenteraman kami.sibuk je.dah orang xmau kawan sudala bah. malas nak amik tau pasal ko dah.wat sakit ati buat ape.pegi lah sana kawan orang lain.tu pun kalau ade orang nk kawan ngn ko.hahahaha. mane boleh pakse2 kalau dah xsuka..waaargh
abg ajak pegi jalan2 tapi aku macam malas je.yela bulan puasa ni..xlarat pulak kang nak masak petang. pastu kitorang pun tido jela. semalam ade la kuar pegi pasar..tapi ntah ade program ape dekat ngn pasar tu,jalan pun jam.kena U-turn. pas kitorang siap beli ikan dan sayur2 untuk masak sampai jumaat ni, nak balik la cadangnye.pastu teringat plak nak beli krpopok amplang ngan kuih cincin untuk mak mertua dan mak sendiri. mase aku tengah pilih2 tu,nampak ramai orang xpuasa minum air kelapa.uish, memang terliur betul. semalam cuaca sangatla panas.sampai aku ngn abg pakai payung sebab xtahan. pastu aku beli 2 biji kelapa.nak minum pas berbuka nanti. dugaan bulan pose.
mase jalan tengah sesak tu,abg pun bwk la kete slow2 je. tibe2 rase dentuman kat belakang kete.rupenye ade orang langgar dari belakang! adeh,dugaan lagi..kitorang pun parking kete kat tepi.orang tu mintak maaf dan salam abg.diorang pun bincang2 la.kete die teruk ckit la..bumper gugur,lampu pecah..kete kitorang cuma kemek ckit..pastu abg pun xsure harga cemana..pastu die bayar kat abg rm50. kire settle la.pastu bila kitorang pegi kedai tanya harga ketuk balik campur cat,kedai kate rm250 sebab cat kete kitorang mahal.aduhai! suda kena bah!
mungkin abg blur mase tu..aku ty gak kat abg mase dalama kete,nape mintak murah sgt..abg ckp kecian..lgpun abg xpenah ketuk kete..dan lagipun jalan jam sesangat.xblh berpikir ngan baik.pastu abg cakap lagi,aku pun bawak kete teruk..nanti takut aku plak yang langgar orang,orang mintak macam2..yelah,arini ari kite.esok sape tau?
Kat sini aku nak bagi tips berguna kat korang bila kita dilanggar camtu:
1. servay dulu harga aksesori kete anda awal-awal.contohnye kalau nk ketuk,cat, tayar pecah,cermin..dll. So bila ade orang langgar, senang nak mintak ganti rugi.kalau korang yang langgar pun,at least korang xkena tipu. kadang orang suka mintak lebih!
2.cuba sedaya-upaya hafal flat kete pesalah tu.takut die lari..naya! haha
3.bincanglah secara berhemah! tunjukkan yang korang orang terpelajar
4. kalau xtau harga,ajak die pegi workshop,baiki kete korang dan suruh die bayar.
5.pastikan lesen memandu dan roadtax kete idup.
6. kalau diorang tu melawan,report je polis.dan pastikan anda yang tak bersalah..haha
nanti aku cuba pikir tips yang sesuai lagi..pastu aku update..selamat mencuba!
Monday, August 30, 2010
C.U.A.I
Posted by HusNa at Monday, August 30, 2010 0 comments
Thursday, August 26, 2010
Buku kami..
Untuk entry yang ni,aku nak rekemen buku yang aku ade untuk korang bace..buku ni sesuai la untuk persediaan kawan-kawan yang terasa nak kawin dan yang dah kawin pun kena bace.. buku yang bertajuk 'PIKATLAH HATIKU (30 BISIKAN HATI ISTERI)' dan lagi satu 'KHADIJAH DIHATI RASULULLAH'
ni buku yang aku hadiahkan kat suami mase kitorang bercinta dulu.hihi.. mase ulangtahun kelahiran abg yang ke 25tahun. tahun lepas la. mase tu bulan 10. tapi mase bulan 6 taun lepas abg dah cakap nak ajak kawin bulan 6 tahun ni [da kawin dah pun kami..hehe]..So,memang sesuai la buku ni di bace sebelum kawin.untuk tambah ilmu agama dan rumahtangga.
untuk buku bertajuk PIKATLAH HATIKU(30 BISIKAN HATI ISTERI) ni,buku ni dipenuhi dengan bisikan hati seorang isteri buat suami tercinta.
antaranya..
suamiku,bermesralah dengan isterimu..
suamiku,fahamilah perubahan semula jadi isterimu...
suamiku,buanglah sikap pemarah dan garangmu..
suamiku, sentiasalah bersikap adil..
suamiku,hentikanlah tabiat merokokmu..
suamiku,janganlah terlalu ego..
dan banyak lagi sampai cukup 30
buku kedua pulak 'BAGAIKAN KHADIJAH DI HATI RASULULLAH'. buku ni memberi petua-petua cinta abadi dalam perkahwinan,pengalaman sebenar,tips perkahwinan, dan amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkawinan supaya kekal hingga akhir hayat.
cubalah dapatkan buku ni kat kedai.murah je hrga die dalam rm16-rm19.90. ni harga semenanjung la,aku pegi kedai popular baru2 ni, aku tertengok yang buku-buku ni dah jadi 'BEST SEALER BOOK'..memang berbaloi kalau beli dan bace!
Posted by HusNa at Thursday, August 26, 2010 3 comments
Monday, August 23, 2010
jangan malas-malas ye..dah kawin dah tu
sedar xsedar dah hmpir 3 bulan aku kawin. cam cepat mase berlalu. sekarang ni bln ramadhan,so aktiviti berjalan kurang sikit la.malam je keluar g tarawih..kalau abg g skolah, aku duk umah.kemas umah sikit, basuh kain, bila petang plak aku start masak dalam pkul 4.sini berbuka pukul 6.30pm. kena la awal ckit dr smanjung.tpi klu masak simple pukul 5 pun sempat. kadang-kadang tu abg dtg dapur ty ade pape nk tolong? tapi xde ape pun..aku suka masak sorang.kadang je mntak tolong kupas kulit bawang. aku fobia sikit ngan bawang ni sebab pedih mata. orang tua-tua kate xley bermadu,xtau btul ke x? hehe.. pastu abg g kt ruang tamu sambil tgk tv ke,surf tenet ke.kadang2 abg bace buku agama or majalah wanita..aku punye..hiihhi
kalau bab mengemas pun sama.kalau baju yang dah kering,abg xsuka lewat2 masuk almari..aku ni pulak lipat baju la paling malas.dari mase study dulu2 lagi. kalau lepas kutip baju kat ampaian suka lengah2 nk lipat..letak dulu kat kusyen..tapi nanti tengok2 abg dah pilih baju die dan masukkan sendiri dalam almari..abg suka baju die ber'hanger'. aku pun rase tebal muka.. pastu mula la erhegeh kemas baju sendiri..hihi. ish3x. abg pun xsuka rumah bersepah. pas bace buku kena letak kat rak balik.jangan tangguh2. barang-barang make up pun same.
mak aku selalu pesan,
makcik depan umah pesan
Posted by HusNa at Monday, August 23, 2010 2 comments
Friday, August 20, 2010
Adik, kalau xnak sembahyang xpayah datang!
masuk arini dah hari ke 10 umat islam menunaikan ibadah puasa.termasuklah ibadah terawih yang dilakukan sebelah malamnye pulak. dan aku ngan suami,alhamdulillah xpernah lagi miss nk g solat tarawih ni.
kitorang solat kat Bukit padang, Kota kinabalu. agak jauh dari umah..kitorang kalau nak pegi kena naik kete or motor. Masjid ni sangatla selesa sebab ade air-con,kipas lg,luas ruang solatnye..alhamdulillah..mase mula2 solat dulu ade sedikit tazkirah, dan ustaz tu cakap masjid ni xde sumbangan dari pihak2 kerajaan atau NGO..maksudnye di biaya oleh derma-derma dari orang awam je..takjub gak aku sebab kemudahannye serba lengkap..mungkin orang kat sini pemurah dan kaya.
kat atas tu bab puji masjid..tapi sekarang aku nak cite pasal beberapa perkara yang agak menyakitkan hati. ni aku cite berdasarkan ape yang aku nampak la. pertamanya isu parking kereta..orang2 kat sini pakai kete besar2 dan kadang2 g masjid sorang je tapi kereta beliau2 ni amatla besar. bila kt jalan,muat2 jalan, n bila parking bontot kete terjulur keluar..so,timbul la isu jam kt ruang legar masjid.nak parking sgt susah.kadang tu walaupun aku pegi awal tapi orang da mula semayang isyak baru dapat masuk masjid.
Posted by HusNa at Friday, August 20, 2010 5 comments
Monday, August 9, 2010
puasa
Posted by HusNa at Monday, August 09, 2010 0 comments
Friday, August 6, 2010
untuk Islam..kenapa YAHUDI sangat berkuasa!
Kenapa Yahudi Amat Berkuasa? 57
ShareHanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
1 Yahudi 100 Islam
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).
Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan.
CREDIT TO:http://blog.azhad.com/2009/01/kenapa-yahudi-amat-berkuasa.html
Posted by HusNa at Friday, August 06, 2010 0 comments
resepi harian jadi xkeruan
arini rutin harian aku yg borink ni cam selalu lah..kemas rumah, wat bfast sblum suami g skolah..pas dia pg aku pun basuh kain jap..hiihi..bunyi cam byk je keje..ape susah zman skrg ni..nk basuh baju tekan je..pastu kemas umah ckit2 je sbab umah kami comey..maklum la 'bujang' lagi..hihi..
pas ciap2 suma,aku pun bukak tenet. tgk facebook jap..pastu aku carik2 resepi nak masak. da 2 bulan kawen,.abes da resipi aku rotate tiap ari smpai xde idea nak masak ape..bila ty suami dia asyik cakap 'masak bebas'..hm,. tula tula orang laki..huuhu.so aku pun selongkar la website2 or blog yg byk resepi..kdg2 tu tau je nak masak rsepi tu,kite penah msak la cuma tak terpikir nk masak.
Syok juga bila jmpa mcm2 resepi..bila tgk pics die rase cam lapar plak. xsaba nk cube tp tggu weekend ni la bru suami bwak g pasar besa..bli brg tuk 1 week. sini slalu traffic jam.aku xbrani drive g pasar sndiri sbb kat bandar..so skrg ni abeskan ape yang ade kat peti ais je la..lagipun xelok membazir. aku ni pun bila g pasar xrncg nak beli ape..last2 beli ikan yg same je [kembong,merah,cencaru] sayur pun same gak [sawi,daun sup, brokoli,kobis]
pastu mula la ketandusan idea nak masak.. bila da tgk resepi ni bru ley rncang nk beli ape..snang nk masak!
dulu kadang2 terpikir bile mak slalu rotate masakan yg same, and mula la mengeluh "borink nye"..sekrng bila da jadi wife, ari2 nak decide masak ape baru aku tau,ni pun sbnrnye probs yg blh wat aku migrain..bukan ape,bila byk pilihan pun susah jugak..hehe
p/s: my husband xkesah mkan pape..alhamdulillah..senang DEN
Posted by HusNa at Friday, August 06, 2010 0 comments
Thursday, August 5, 2010
Tuesday, August 3, 2010
mungkin sekali seumur hidup.
HEHE,harap2 camtu la..xmo la interview byk kali. esok adalah hari penentuan kerjaya aku sebagai guru..INTERVIEW. pas abes study aritu asyik languk n tanya bila la nak di pnggil untuk interview..tapi masa cepat betul berlalu dan esok la hari yang ditunggu-tunggu.. ade gak kawan yang dah kena semalam. yang belah2 utara (kedah,pineng, perlis). arini sluruh MALAYSIA. hm, ntah ape la die nk ty kat aku..resipi masak banyak la dalam kepala aku.tapi ni bukan interview nk jadi chief..papepun aku usaha la jugak ckit2 (atas desakan n galakan suami) hehe.. tapi ingat ke tak xtau la pulak..skrg ni da nk masuk fasa tawakal..semoga Allah membantu orang2 yg dah berusaha! doakan kami ye!
~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA~
p/s: nak wat slang sabah or selangor? hehe
Posted by HusNa at Tuesday, August 03, 2010 0 comments