BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 19, 2009

Ya Allah...ampunkan kami

Ipoh 9 Ramadhan 1426H @ 12 0ktober 2005 (Rabu) - Umat Islam di negara ini sedang menghadapi masalah keagamaan yang amat membimbangkan para penguasa agama, jika tiada satu tindakan sewajarnya diambil.

Demikian menurut Mufti Negeri Perak, YBhg Dato' Seri Dr Hj Harussani, ketika menyampaikan ucapannya dalam mesyuarat Anggota Perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri Perak di pejabatnya pagi ini.

Menurut Mufti Negeri Perak lagi, pengaruh hedoisme, merupakan masalah utama yang melanda remaja masa kini. Demikian bilangan mereka yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan tidak kurang pula mereka yang asyik memuja artis @ idola mereka.

Manakala di kalangan awal remaja menamakan diri mereka kumpulan anak-anak nakal yang mengamalkan kehidupan seks secara bebas dan terbuka.

Tidak kurang hebatnya di antara kumpulan remaja ini pula ada yang menyertai kumpulan metal dan memuja syaitan.

Manakala di sebalik itu, di kalangan umat Islam yang terjebak dengan pengaruh ajaran Islam Liberal dan mahu Al-Quran ditafsir semula.

Copyright © 2004 Jabatan Mufti Negeri Perak


Begitu pula dengan kewujudan IRC satu masa dahulu, walau pun kini ditangguhkan penubuhannya, ianya adalah satu masalah yang menghimpit akidah umat Islam apabila hak umat Islam mahu di sama ratakan dengan agama-agama lain. Apabila cadangan ini mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Melayu dalam negara ini, ini bererti pengaruh ini sudah cukup kuat dan perlu kepada penyelesaian.

Masalah sekularisme dari dahulu sampai kini belum pun ada jalan penyelesaiannya. Ianya menghinggapi umat Melayu apabila mereka tidak percaya agama Islam dapat mentadbir kehidupan mereka.

Begitu pula kepada mereka yang terasa kosong dalam kehidupan beragama memilih jalan singkat dan ramai yang terpedaya dengan jalan mudah hingga terjebak dengan ajaran sesat seperti Ayah Pin.

Paling mutakhir dan amat menyedihkan golongan agama sendiri terjebak dalam khilafiah, yang mana ancaman baru sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Justeru itu Mufti Negeri Perak mengingatkan setiap anggota Jabatan Mufti supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu dan ketahanan sewajarnya bagi menangkis semua masalah yang dihadapi ini - JMNPk

0 comments: