BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 19, 2009

kek coklat moist


1. Kek Cokelat Moist


Bahan A:-

1 ketul buttercup

1 cawan gula halus

6 biji telur

1 ½ cawan tepung naik sendiri (Blue Key)

Bahan B:-

1 cawan gula

1 cawan serbuk koko

sedikit air

semua bahan B dimasak atas api yang perlahan. Masak hingga nampak pekat dan sejukkan

Bahan C untuk topping:-

½ tin susu pekat } masak hingga pekat .

½ cawan serbuk koko }

Cara-caranya:-

1. Pukul buttercup dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

4. Masukkan bahan B yang telah dimasak dan kacau hingga sebati.

5. Masukkan dalam loyang dan dibakar selama 45 minit hingga 1 jam.

6. Bila dicucuk dengan lidi dan tak melekat, angkat kek dan keluarkan daripada loyang.

7. Bila telah sejuk, sapukan dengan Bahan C tadi.

8. Tabur atas kek dengan gula halus yang berwarna-warni or biarkan kosong sahaja.


selamat mencuba kawan..(",)..

0 comments: