BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

LoVe LOve LoVe

To love is nothing.
To be loved is something.
To love, and be loved, is everything.

shukRi,
I missed every moments that we had together! miss U~~

Wednesday, August 26, 2009

"MAK,NAK AIR!"

hu,mcm2 karenah ble g bazar ramadhan..al maklumla..byk makanan terhidang.ape lg..perut pun da puase seharian. berdentam dentum bunyi.

air :
tebu,soya,cincau, sirap, jambu, tembikai,cendol dll.

kuih:
popia,karipap, tauhu sumbat, cara, agar2, lopis,buah melaka.

bakar2:
ayam percik,ikan bakar, hati,jantung, kepak..

nasi:
tomato,ayam,lemak kukus, goreng,kerabu, nasik lauk pauk..

lain2:
kek, buah2,tamar, apam balik, dodol,.. macam2 lg la..

FUH,dasyat btul selera rakyat malaysia! maklum la..kaum hawa pandai masak.lgpun org sekarang mlas msak dah..sume bli..(walaupun barang makanan da mahal)

ape2 pun, di harapkan semua control2 ckit nafsu 2..jgn semua tringin, tp ble time berbuke byk yg xdipandang dah = membazir..yg duk umah sewa 2,rajin2 la msak sendiri je..ngn kwan2.bru merah ckit.. =)

p/s: bulan ramadhan ni,bulan beribadat,bukan bulan pesta makanan..huhu..maklum..ingatla penderitaan mereka yg di bawah ni

Di sebalik payung..apakah yg di lindungi?


Pernah x korang sume g pasar mlm, or pasar ptg2,n then, terjmp org2 seperti ni? pas2 ade x terlintas kt kotak fikiran korang:
1. eh,ciannya.die xde anak ke?
2. ni mest keje org2 xgune amik kesempatan kt dy ni..truk btul.
3. eh makcik ni,nk duit keje la. ingat senang2 je ke ktrg carik duit?
4. ala,watpe derma,bkn dpt kt dy pun..jap g adela org kutip makcik ni ngn komisen skali..
5. ciannye makcik ni..bg la sikit duit baki beli kebab td. xluak pun duit aku..

ha,mane 1 jwpan yg penah bermain kt kpale korang? hm, sebenarnye, ade antare jwpan kt atas 2 pun pnah aku terlintas kt kpale aku ble nmpk je org2 mintak sedekah kt tmpt org ramai.. tp ape yg aku slalu impikan ialah,aku tringin nk tanye org2 mcm makcik ni..aku nk tau masalah disebalik kerja diorg ni..kasihan sungguh!

kekadang kecian gk,ble tgk ade yg xde kaki,bwak anak2 kecik, xde tangan..sebenarnye byk lg saluran lain yg diorg blh dpatkan duit wlupun da mmg xmampu keje.contohnye,pusat zakat(bg yg btul2 xmampu), jabatab kebajikan msyarakat dll.

korang penah dgr x, ade AGEN yg mengekploitasikan org2 seperti mereka ni untuk wat duit? mereka akan kumpul org2 yg susah n xmampu ni, and then antar kt tmpat org ramai,pas2 suh diorg mintak sedekah. pastu duit yg dapat 2 diorang amik, memang hanya brape percent je dpt kt mereka yg bersusah payah ni.(dala mmg susah).

rakyat malaysia ni mmg pemurah,tp bg aku kte kne btulkan saluran yang ade..klu nk derma,better kalau g trus masjid..hu..kaji ckit tntang background pengemis ni.. sbb, ade saksi yg nmpak, mereka di jemput oleh "driver" mereka setiap kali selesai pasar malam! awas KAMU!

Monday, August 24, 2009

bersabarlah duhai hati

perjalanan muslimah

Thursday, August 20, 2009


haha, kek ni bru je aku mkn td ngn housemate.. actualy, arini ktrg wat BBQ,bacaan yasin untk menyambut kedatangan ramadhan, serta nk eratkan lg hubungan ngn housemate2 bru..best wlupun penat..hu..dr pg g pasar dngn xmandinye. g ngn sepah n mas.

pas2 blik trus bsuh2 ikan n ayam..wat lg ape yg ptt.. pas2 da ciap2 nk g klas kul2.. da smpi je, tetibe kamarul anounce xde klas..aduh dr. Rosazly slalu cam2...wat pnat aku je..pttla cam mls gler nk beciap td.

blik je,ktrg tido bramai2..da kul 5.30 bru nk stat mjlis..smpi ke mlm bru dpt mkn..dala td jiran belah kiri bising je..huhu..(sombong btul)..

watever pun,mmg besh la mlm ni..smoga abadi persahabatan kite...salam ramadhan semua ("',)

Wednesday, August 19, 2009


mencari dan terus mencari cinta Ilahi..itulah yg sepatutnye kte lakukan..tp ntahla,aku ni..huuu.byk nk kne perbaiki lg dlm amalan seharian..

cake..sedap2


aku jmp gmbr kek ni kt 1 website.. fuh! tgk pun cantik,msti sedap.
fav ak mmg cake.. time bday party sape2 member aku,mesti byk kek yg aku balun..hehe..kt tg malim ni da nk bkak secret recipe,tp lum beroperasi lg..besh nye ble ade lg..but mahal la harge die..kek wat sendiri lg besh!

kek coklat moist


1. Kek Cokelat Moist


Bahan A:-

1 ketul buttercup

1 cawan gula halus

6 biji telur

1 ½ cawan tepung naik sendiri (Blue Key)

Bahan B:-

1 cawan gula

1 cawan serbuk koko

sedikit air

semua bahan B dimasak atas api yang perlahan. Masak hingga nampak pekat dan sejukkan

Bahan C untuk topping:-

½ tin susu pekat } masak hingga pekat .

½ cawan serbuk koko }

Cara-caranya:-

1. Pukul buttercup dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

4. Masukkan bahan B yang telah dimasak dan kacau hingga sebati.

5. Masukkan dalam loyang dan dibakar selama 45 minit hingga 1 jam.

6. Bila dicucuk dengan lidi dan tak melekat, angkat kek dan keluarkan daripada loyang.

7. Bila telah sejuk, sapukan dengan Bahan C tadi.

8. Tabur atas kek dengan gula halus yang berwarna-warni or biarkan kosong sahaja.


selamat mencuba kawan..(",)..

Ya Allah...ampunkan kami

Ipoh 9 Ramadhan 1426H @ 12 0ktober 2005 (Rabu) - Umat Islam di negara ini sedang menghadapi masalah keagamaan yang amat membimbangkan para penguasa agama, jika tiada satu tindakan sewajarnya diambil.

Demikian menurut Mufti Negeri Perak, YBhg Dato' Seri Dr Hj Harussani, ketika menyampaikan ucapannya dalam mesyuarat Anggota Perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri Perak di pejabatnya pagi ini.

Menurut Mufti Negeri Perak lagi, pengaruh hedoisme, merupakan masalah utama yang melanda remaja masa kini. Demikian bilangan mereka yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan tidak kurang pula mereka yang asyik memuja artis @ idola mereka.

Manakala di kalangan awal remaja menamakan diri mereka kumpulan anak-anak nakal yang mengamalkan kehidupan seks secara bebas dan terbuka.

Tidak kurang hebatnya di antara kumpulan remaja ini pula ada yang menyertai kumpulan metal dan memuja syaitan.

Manakala di sebalik itu, di kalangan umat Islam yang terjebak dengan pengaruh ajaran Islam Liberal dan mahu Al-Quran ditafsir semula.

Copyright © 2004 Jabatan Mufti Negeri Perak


Begitu pula dengan kewujudan IRC satu masa dahulu, walau pun kini ditangguhkan penubuhannya, ianya adalah satu masalah yang menghimpit akidah umat Islam apabila hak umat Islam mahu di sama ratakan dengan agama-agama lain. Apabila cadangan ini mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Melayu dalam negara ini, ini bererti pengaruh ini sudah cukup kuat dan perlu kepada penyelesaian.

Masalah sekularisme dari dahulu sampai kini belum pun ada jalan penyelesaiannya. Ianya menghinggapi umat Melayu apabila mereka tidak percaya agama Islam dapat mentadbir kehidupan mereka.

Begitu pula kepada mereka yang terasa kosong dalam kehidupan beragama memilih jalan singkat dan ramai yang terpedaya dengan jalan mudah hingga terjebak dengan ajaran sesat seperti Ayah Pin.

Paling mutakhir dan amat menyedihkan golongan agama sendiri terjebak dalam khilafiah, yang mana ancaman baru sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Justeru itu Mufti Negeri Perak mengingatkan setiap anggota Jabatan Mufti supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu dan ketahanan sewajarnya bagi menangkis semua masalah yang dihadapi ini - JMNPk

berhibur menurut Islam

mengambil peluang mengulas tajuk ini ekoran timbulnya perbahasan mahasiswa UPSI yang mendakwa kemasukan artis luar ke universiti adalah bertentangan dengan syariat malah membelakangi falsafah universiti sebagai gedung ilmu. Ini sekaligus telah menanamkan pemikiran hedonisme yang melunturkan daya intelek mahasiswa yang bakal mendidik satu hari nanti.

Tulisan kali ini adalah pandangan penulis hasil pembacaan, diskusi serta cedukan dari tulisan-tulisan lain yang cukup bermanfaat. Zaman dulu, hiburan bukanlah satu keperluan dalam hidup manusia. Ia jarang-jarang sekali diadakan dalam kelompok yang ramai seperti sambutan kelahiran, majlis perkahwinan mahupun keraian selepas menuai hasil tanaman. Berbeza pada hari ini, hiburan adalah sebahagian dari kehidupan seharian masyarakat malah telah dikomersilkan sehingga menjadi satu industri. apakah pandangan Islam tentang berhibur?

Secara umumnya, terdapat 3 pendapat ulama tentang hiburan. Pertama golongan yang mengharamkan terus hiburan, kedua menghalalkan semunya dan yang ketiga lebih sederhana dan mempertimbangkan untuk mengharuskan hiburan dengan beberapa syarat. Berikut adalah penjelasan tentang hiburan dan alat muzik yang saya temui :


Allah swt berfirman yang bererti ;

Dan di antara manusia (ada) orang mempergunakan ucapan yang tidak berguna.” (Luqman: 6)

Abdullah bin Mas’ud bersumpah bahawa yang dimaksudkan dengan kata lahwul hadith (memperguna ucapan yang tidak berguna) adalah nyanyian atau lagu.

Rasulullah saw bersabda;

Sesungguhnya akan ada segolongan orang dari kaumku yang menghalalkan zina, kain sutera, khamar, dan alat muzik” (Hadith Sohihyyah)


Yang dimaksudkan dengan alat muzik di atas ialah alat yang digunakan untuk bertujuan melalaikan umat manusia daripada Allah seperti alat muzik yang ditiup ada dipetik, ijma’ ulama mengatakan hukumnya haram kerana alunan petikan dan tiupan ini boleh menimbulkan fitnah dan membangkitkan kelalaian manusia kepada Allah. swt.

Timbul persoalan adakah tarian majmuk, tarian kebudayaan kaum dan band ini adalah haram?

Sebelum saya mengupas lebih lanjut persoalan ini, saya nak mengemukakan beberapa syarat hiburan dalam Islam bertaliq (mengikut) peredaran zaman sekarang:


1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,

Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.

2.Hiburan yang memuja Allah swt,

Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsure-unsur memuja Allah adan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, lag yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.

3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,

Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.

4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,

Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.

5.Tidak menggunakan alat muzik yang ditiup dan dipetik

Contoh alat muzik yang dipetik dan ditiup ini terdiri daripada seruling, bioala, gitar, dan lain-lain yang qias (sama) dari segi kegunaan dan funsinya.


Melalui kelima-lima syarat ini, bolehlah kita menjadikan ianya panduan hukum asas dalam berhibur tetapi sebenarnya banyak lagi syarat yang dikenakan oleh para ulama’ di antaranya Syeikh Ibn Baz, Prof Yusuf Al-Qardhawi dan lain-lain lagi.

Kita masuk dalam persoalan adakah tarian majmuk, tarian kabudayaan kaum dan band itu adalah haram?

Cuba kita teliti syarat di atas berkenaan syarat dibolehkan berhibur. Sebelum saya membuat istimbat (kesimpulan hukum) izinkan saya untuk menggambarkan bagaimana cara pelaksanaan tarian majmuk/tarian kebudayaan dan band ini berlangsung.


TARIAN MAJMUK


Tarian in adalah tarian antara kaum yang menghimpunkan kaum cina, iban, melayu, India dan lain-lain. Penghibur pada tarian ini juga tidak ada had limited (penghalang). Siapa-siapa pun boleh join, lelaki ataupun perempuan. Madhu’ (penonton) boleh bercampur dan bebas menikmati tarian tersebut.

KONSERT BAND

Konsert yang dipanggil band merupakan kegemaran anak muda masa kini sehinggakan konsert ini bukan sahaja dipelopori oleh budak-budak U tapi di kampung-kampung/bandar-bandar juga telah menular konsert yang telah ditaja oleh yahudi dan barat ini. Alat muzik dalam hiburan ini confirm(pastinya) adalah alat muzik yang dipetik dan ditiup. Hiburan ini juga adalah hiburan orang-orang kuffar dan kafir yang dipelopori di nega-negara barat.

Firman Allah swt yang bermaksud;
“Agama kamu adalah agama kamu, agama kami adalah agama kami” (Al-Kaafirun: 6)

Maksud ayat Allah di atas adalah bertujuan mengharamkan sama sekali mengikut jejak langkah golongan kafir (barat) dari segi hiburan, pemakaian, pemikiran sekular dan sebagainya.


KESIMPULAN

Apa yang saya boleh simpulkan mengenai hukum berhibur/nyanyian ini, Islam tidak melarang kita berhibur tetapi ada batas-batasnya. Tarian Majmuk dan Band itu boleh menjadi harus hukumnya sekiranya menepati syarat-syarat di atas. Cuba bayangkan saudara/i sekalian, tarian majmuk itu boleh dilaksanakan dengan penghiburnya terdiri daripada lelaki Islam mahupun bukan Islam yang penting mesej yang disampaikan berbentuk nasihat dan kebaikan. Bila lelaki menjadi penghibur tarian majmuk maka penontonnya boleh terdiri daripada lelaki mahupun perempuan. Penulisan ini sekadar membetulkan presepsi mahasiswa berkenaan hiburan yang ada di UPSI khususnya.

Waallahu’alam

semester akhir di Upsi.. ramadhan terakhir..

hmm, da genap 3 taun lebih aku kt Upsi.byk kenangan manis n pahit yg dlalui ngn kwan2..cewaaah! tambh2 plak ble da dkat2 ramadhan ni..insyaallah ari sbtu ni sluruh umat islam akan menyambut bln ramadhan al mubarak.. teringat semester2 lpas time smbut ramadan ngan kengkawan.. memule ktrg ingt nk mkn sedap2 kt bazar. but then, ble pg je haduhmak! mmg best,tp hrga mhal n sesak..pas2 ktrg msak sndiri je kt umah...tringat kenangan masak rendang!

resepi ty mak 2..hak2..pas2 bli ayam beku kt TF behrang ngn housemate. pas2 da lewat nk msak.pisau plak tumpul..ape lagi,gune la teknik tarik menarik..terkepak peha ayam 2..aku pun tunjuk skill msak..haha. (wlupun mse 2 gne rempah rendang cap Maggi).besela..duk umah tman ni,xde pape yg blh tanam..tg malim ni pun pelik,ptg2 pasar basah dh xde jual pape..leceh btul..MDTM! blh x tlg bkak GIANT? . hehe,tp xpe azan je..BALUN!
ade gk msak kuah kacang yg best,dr ijah..ktrg mkn bsame2..mmg best, mcm adik bradik..jauh dr ibu ayah d kg..huuhuhuhuhuu..

mlm pun, ingt nk g tarawih..(awl2 semangat gler).. memule ktrg xtau ade surau dkat taman sri indah ni..(fuh,memalukan kaum hawa).. pas2 ktrg pun g naik kete mas..xpun kete bun..gilir2 la.. sampi je,smyg pun da mule..ape lg..join venture la..haha..
ble da msuk mggu ke2 je,msing2 liat nk pg surau..tp ats galakkan kwan2,insyaallah semua rajin2 blake..(trpakse ke? ahaks)

hari2 seterusnye berlalu mcm 2 gk.tp mmg best la housemate aku.sporting gler.. tp pling xbest klu klas abis kul 7..lauk kt bazar sume settle org lain balun..sakit hati aku..

penah skali ritu aku g naik skuter biru aku yg kiut 2..syok punyw nk g bli mknan, da ciap sume..gropenye aku tiggal kunci kt skuter,,,2 la penyakit aku yg xilang wlupun da 22 taun..huuuuu...nyah kau!

exception...
haha,tau np title kt atas 2? pompuan pompuan..msti ade MC py ble ramadhan ni.. haha, ble xpose je,ble xde niat nk than lapar, ape lg ulat dlm perut beerdering2 la.. klu dgr pg2 org bkak periuk 2???? sah!! 'tikus besar'..

2 la,mcm2 kenangan duk umah sewa..

final projek...

Sihir - dari Ustazah Fatima Zahra


Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu
balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.

2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc.

3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.

Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat
subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart! "Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan
tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.

- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati

- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?

- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off..
Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul.."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas,
keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.

Note!

Tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban!
Also, do not sing in tandas!
Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time to change!

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa
atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh.
Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.

Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir..

Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca: Bismillaahi (3x)

A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.

Bacalah ayat di atas 7 kali.

Kemudian baca doa:
Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka.
Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.
Ertinya:
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah,
Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan
melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit
lagi.

Treating Orang yang Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:

- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."

2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.

3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.

4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.

5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus.
Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).

Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia

Tuesday, August 18, 2009

salam ramadhan..

Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnyaSebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa

Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan

Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri

Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita…

Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang…