BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 25, 2010

BAJU CINTA.

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!”

“Yang kau telanjang tu kenape!!!??? ” marah si nenek.

” Ala nek, ini la BAJU CINTA saya,” balas si cucu perempuannya.

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.

“Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.”
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami…

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

“Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???” marah si Atok.

“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek.

“BAJU CINTA???….. . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya..”

Thursday, October 21, 2010

sedikit info :Evening Primrose Oil (EPO)

inilah die..hehe
cantik kan..softgel ni

Evening Primrose Oil (EPO), merupakan ekstrak dari benih sejenis bunga yang dipanggil Oenothera Biennis, sebahagian dari spesis pokok herba (Willow herb). Berasa dari Utara Amerika, Oenothera Biennis mula diperkenalkan pada tahun 1614 di Eropah & amat terkenal dengan gelaran "Kings Cure All" berdasarkan pada khasiat yang ada pada tumbuhan ini.

Berdasarkan pada eksperimen, EPO telah menunjukkan reaksi pertumbuhan sel (baik) dan penurunan paras kolesterol secara berterusan dalam tubuh manusia. Ini membuktikan yang EPO kaya dengan Gamma Linolic Acid (GLA) seperti yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.

Gamma-Linolenic Acid (GLA) sejenis essential fatty acid (EFA) yang terdapat didalam lingkungan keluarga Omega-6 dan hanya ditemui pada minyak dari ekstrak tumbuhan. EFA adalah sangat penting pada tubuh badan manusia tetapi tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Maka dengan itu, EFA hanya boleh didapati melalui pemakanan. Fungsi EFA adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, kesihatan tulang, untuk stimulasi kulit dan rambut, mengawal kadar metabolisma dan pengawalan pada proses reproductive tubuh manusia.

Kebaikan & Khasiat EPO

1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.
2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh Doktor untuk rawatan.
3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.
4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.
5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.
6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)
7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)

Cadangan Pengambilan EPO
Kebiasaannya ambil 2 x 500mg sehari (selepas makan), tetapi lebih berkesan bagi yang ada simtom dan penyakit diatas untuk mengambil 3-6 kapsul/500mg sehari.

Kesan Sampingan
Masih belum ada kesan sampingan buruk hasil dari pengambilan Evening Primrose Oil. Namun, sesetengah orang akan mengalami gastrik, sakit perut dan sakit kepala. Disarankan agar pengambilan EPO sebaiknya selepas makan. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan (vitamin dan sebagainya, elok diambil selepas makan)

Perhatian!
Tidak boleh diambil oleh pesakit yang menghidap tekanan darah rendah, selepas makan aspirin (panadol, milidon, dll). Juga untuk pesakit yang menghidap sawan. Juga tidak sesuai untuk ibu mengandung, diragui akan mengakibatkan gangguan hormon.

Artikel ni aku copy paste dr website
http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/35995-pencegahan-awal.html.


saje nak promote kat korang.banyak khasiat tau.aku pun da makan dekat setengah botol baru tau khasiat EPO ni..aku start amik vitamin ni sebab doktor kt klinik suggest kat aku. aritu aku senggugut teruk.

Wednesday, October 20, 2010

part II..konvokesyenku..

3 hari lepas tamat la riwayat aku sebagai mahasiswa UPSI.skrg aku dah boleh dipanggil graduan UPSI.nak panggil cikgu belum posting lg.ish3..cepatla cikit KPM oi. nak cerita sikit pasal konvo bertarikh 16.10.10 aritu. walaupun best, tapi banyak yang wat aku terkilan.

mase 05.10.10 sebelum tu,aku ade g amik jubah dulu..pegi ngan geng2 sabak bernam. sampai je sana aku cuma smpt jumpa mas ngn wana..n miena,titi. yg lain ramai juga jmp tp maksud aku yang rapat ngan aku la.haha.especially housemate aku yang ak panggil adik bradik. mase amik jubah ok tapi bile nak tempah gambar untuk 'stage pics'.punyela lame.tension betul sebab da makan banyak masa. aku cuma amik yang wajib je sebab package die agak mahal kalau nak compare ngan kt studio luar.

lepas settle je semua,kitorang g makan kt jalan ketoyong.hampir setaun gak la dah xmerayau2 kat area tg malim ni.macam2 kenangan aku 'nampak' mase on da way nk g UPSI tadi.mase nak g makan pun.mase nk makan tu,aku sempat call mas n die stuju nak makan sama tapi die smpai lewat sikit.so,aku ngn geng sabak bernam makan dulu. dah nak abes makan baru die sampai.smpt la sembang jap..pastu aku g surau semayang n balik sabak bernam.

minggu setrusnye 12.10.10, ade raptai tapi aku xpegi sebab abg nak balik dari sabah.nak attend aku punya konvo..best sgt.

16 10 10, hari yang kami semua tunggu.. macam-macamla plan.nak jumpa kawan2,nk tgkp gmbr,nk peluk2,nk g pesta konvo,nk borong tudung. tapi xbanyak yang jadi kenyataan.
pagi tu dalam pukul 9 aku bertolak dari umah ngan family. tapi kitorang singgah studio kt sg besar dulu tgkp gmbar. memula segalanya berjalan lancar.tapi mase dah ready nak tangkp gambar, photographer tu mngusik mak aku.die cakap 'senyum lagi cik'..then,ntah macam mane,mak aku undur kebelakang cikit, tibe2 aku toleh,mak aku dah terlentang atas kain rentang background belakang yg konon2nye rak buku..haha.memang lawak gile. bile tanya balik mak aku bagi reason 'ingatkan rak buku'.tapi selamat xde cedera.terpakse la orang tu naikkan balik kain rentang tu.dah amik mase.kitorang memang gelak kan mak aku kow kow lah!

xlame pastu,kitorang pun bertolak g UPSI.sampai dalam pukul 11.30am. bile aku turun je kete, kawan2 yg konvo sesi pagi baru settle. dapatlaa jumpa diorang. pastu amik gambar sikit2. pastu ak g pesta konvo jap. tengok2 ade ape jual. tudung memang murah sesangat tapi tu la yg wat ak terkilan..ingat nak datang lg sekali.yg tu nak round2 dulu.tapi bila dah petang xsempat nk g beli. ak cuma beli t shirt 3helai tuk adik ipar yg comel2 tu..yg adik bongsu,walaupun darjah 2,tapi perut comel.ssh betul nak carik saiz. 2 3 kali gak patah balik.

dalam pukul 2 dah nak masuk berarak.aku xsempat makan n minum lagi.aduhai.mase berarak mmang best dan bangga bila suma orang tengok.hehe.masuk je dewan,aku punyala kehausan..da xde makne nervous dalam otak aku. bila giliran aku, aku g amik ijazah dengan bangganya dan ucapkan 'trima kasih prof'..aduhai..sebnarnye kena aku kna cakap 'trima kasih tan sri'..haaha..step nak amik ijazah pun aku lupa.asyik gelakkan orang sebelum aku je..padan muka.

bila kuar dewan,kawan2 masing2la ngan family diorang.xsempat nak tangkap gambar ramai2.ingat nak buat aksi baling mortar board ke, tgkap gmbar golek2 ke.tapi xde maknenye.masing2 dah nak balik.pas aku pulangkan jubah,aku pun balik ngan family yg dah penat menunggu..kecian diorang.

papepun,hari konvo adalah hari yang paling bermakna untuk seorang mahasiswa mcam kami..penat tu dah belajar 4taun.utang PTPTN pun dah anak 5 kut baru abes bayar. walaupun xsempat jumpa semua kawan2, cukupla nampak dari jauh je aritu. xdapat nak tegur. pastu tengok gambar diorang kat facebook.
untuk kawan2 sri indah,aku terlalu rindu korang!

kat sini adela beberapa keping gambar.sila la tengok untuk jamuan mata..


adik.aku.akak.
Ngan suami tersayang.thnx abg atas segalanya..

kamidiSTUDIO
kamiadikberadik

bunga dari abg =)

sepah.husna.mas.tasha.wana.amy. love u all so much!
akak+husna+mak+adik
sepah.wana.husna

selesai suda..ni dalam flight nak blik kota kinabalu.aku duduk kat sayap..sayonara semua!


p/s:aku sedikit xpuas ati ngan gambar yg ditangkap sebab xterkumpul housemate2 no 16 sri indah @ adik bradik kami..hm..gambar baling mortar board pn xpe..kecewa!

Tuesday, October 19, 2010

pas Raya part 1..cuti xhengat..

rasenye entry raya aritu yg terakhir la aku menulis.ahaha..agak malas plak cuti ni..aritu raya aku beraya kt kg aku dulu..pastu baru umah abg..memandangkan raya dah sebulan berlalu,aku pun xde mood nak cite pasal raya dah..korang pun da xmau dengar kan..ahaha..tapi taun ni la first time aku beraya 'berdua'. rase pelik sikit tapi dah tentunye seronok. yang part nk decide nk raya umah mane dulu tu yg payah walaupun umah kitorang sekangkang kera.yela, lagipun masing2 ade atok n nenek lg.termasuk la umah family sendiri.

mase raya pertama, agak kelam kabut sebab lepas bersalaman kt umah aku,kitorang bertolak g umah abg dan seterusnya umah atok abg..dah ptg baru pegi blik kg nenek aku kat perak..


hari raya ke 3 pulak aku ingat nak beraya ngan kawan2, tapi sempat dua umah je mak mertua call nak dtg umah..aku pun bergegas balik.nak masak nasik ayam untuk diorang.walaupun penat, tapi seronok tgk diorg makan banyak..pastu petang2 tu ade jugak kawan2 sekolah datang umah beraya. best la sebab diorang still dtg even aku dah kawin. diorang dtg beramai2 tapi sebab xbagitau awal xsempat la nak masak.


abes je raya seminggu,masing-masing balik ke tmpt asal..ade yang nk keje,anak nak sekolah dan macam2 lagi la..termasuk abg, kena balik sabah sebab sekolah nak bukak dah.aku anta abg kt stesen bus teluk intan je. jauh la nak anta g LCCT.lagipun nak anta adik balik uitm seri iskandar sekali.. sedih sebab terpaksa pisah 3 minggu.aku nak konvo pas raya so nak balik sama pun dah alang-alang. tapi memang macam-macam gak pikir..cian abg xde orang nak masak,kemas umah,basuh baju..kt kk nak makan yang halal n sedap susah..selera semenanjung la katekan..hehe


dalam mase 3 minggu lepas tu,aku pun berulang alik g umah mertua..kadang-kadang tolong masak sebab mak mertua ngajar belah pagi.tolong masak simple2 je. pastu pulak mak aku sibuk wat bengkel untuk bisnes biskut. bukan la tolong orang menukang.tapi sediakan air minuman dan makanan ckit..sian diorang wat keje panas-panas. ape salahnye ilangkan dahaga diorang tu kan.


sepanjang cuti pas raya sampai la nak konvo, aku memang nak spent mase betul2 kat umah.rehat dan rawat.haha.sebab bila balik sabah xde menda nak buat. so,kat kg aku buat macam2.tanam pokok, bela ikan,g lawat jiran2 n sedara.maklum la kat sabah sebatang kara. kadang-kadang teringin nak ade jiran yang boleh dibuat berbual tapi duk bandar ni paham2 je la..masing-masing buat hal sendiri. asyik tutup pintu je. da 3 bulan lebih duduk sini pun xkenal langsung jiran..anak die brape, kawin brape pun aku xtau.

sampai sini dulu mengomel..nanti nak cite part 2..konvo kut ceritanye.. amik ni sekeping dua gambar raya

family mertua




sebahagian family aku



ngan kawan..



ngan abg..n akmal..hehe

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT hARI RAyA! Yeaa!

amik kad raya ni tanda ingatan..
hihi
alhamdulillah..akhirnye malam ni tibalah masa yang aku tunggu..
balik kampung...oh oh oh balik kampung..oh oh oh balik kampung
hati riang!
terkenang wajah wajah yang kusayang..lalalala..

xsabarnye nak balik kg malam ni..tiket flight aku pukul 8 malam..sampai KL dalam pukul 11 malam.
disini aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA KEPADA KAWAN-KAWAN BLOGGER KT LUAR SANA TERMASUK SELURUH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.
SEMOGA HARI RAYA KITE BERTAMBAH MERIAH DENGAN PAHALA YANG DIKUMPUL BULAN PUASA NI..
aku doakan korang selamat sampai kat umah. rajin-rajin la wat kuih raya k! hehe. tolong mak kat rumah tu.

almond london kegemaran..jage2la sape yang hidang kat aku raya ni mmg abes 1 balang..haha


tat nenas..fav jugak ni.lagi2 tata nanas CNI..memang best..faten janji nak bagi..yahuuuuu!
bila nak raya ni terkenang zaman kanak-kanak dulu.ayah belikan bunga api,main depan umah.memang best bila berebut ngn adik bradik sebab ayah beli sikit je.selalu abg yg menang dan die yang dapat cucuh mercun tu.. tapi paling lawak ade satu hari tu,mase nak cucuh mercun buatan abg sendiri..tibe2 xmau meletup..abg pun cek la nape xmau meletup..kebetulan mase abg aku cek tu,adik aku sorang lagi pegi cucuh..boleh pulak meletup.selamat abg aku sempat lindung muka die ngan tangan..akhirnye,berparutla tangan die sampai sekarang.
pastu bila balik umah atuk la saat yang paling best.jumpa kaum kerabat.makan kuih raya,rendang,macam-macam lagila kenangan.malam raya mak-mak sedara wat ketupat.pak sedara pulak masak dodol.xboleh lupa time ade sorang sepupu suruh simpankan duit raya dalam kocek..sekalinye aku terjatuhkan dalam parit..die mengamuk abes suruh aku ganti.mase tu singgit kira dah mahal la..rugi duit raya aku..hampeh.
teringat time beratur dapat duit raya dari pak sedara,jiran2..
tumpahkan air kat rumah orang.mase tu takut tapi bila ingat sekarang ni memang kelakar.naik beskal sampai petang semata-mata nak kumpul duit raya ngan kawan2.
dulu selalu bila nak raya mesti buat kuih raya ngan family.mak wat biskut macam2..yang pelik pun ade.name die biskut lipan.xkan jumpa kat rumah orang lain.hihi.tapi sekarang mak dah sibuk amik tempahan biskut.kadang tu lagi sehari dua nak raya masih buat biskut orang.biskut mak memang laris.rezeki anak2 katenya.malam raya baru kitorang g bazar beli biskut orang jual..da dekat 10 taun camtu..rindu jugak nak wat biskut sendiri tapi mase xmengizinkan je.
tu jela kenangan yang sempat aku cerita.ade banyak lagi tapi nantila taun depan pulak.sekarang pun zaman dah lain..ayah pun dh 8 taun tinggalkan kami.ayah meninggal pun raya ke 8. rindu pulak saat-saat kitorang raya ngan ayah. tinggal kenangan jela.sekarang pun pak sedara aku suma dah kawin.xde dah nak wat dodol ke,hape ke.xde mase katenye.atok pun dah tua.xlarat. sekarang beli je la semua.xde dah nikmat gelak ketawa kat luar umah bila tengok idung masing2 itam kena asap. kami pun dah xmain mercun..dah besar-besar semua..lagipun xde ayah dah nak belikan.hm. rindu betul zaman beraya mase kanak-kanak. dulu dapat baju raya baru memang sangat excited walaupun sepasang je. siap try ntah bape kali sebelum raya.tapi sekarang bila dh mampu beli 2 3 pasang,xla seronok macam dulu.
tahun ni pun 1st time la aku beraya ngan suami.baru je kawin.kena bahagi masa ngan 2 keluarga. walupun rumah kami sekangkang kera,tapi masih nak berebut nak raya mane dulu..tapi aku kenala mengalah ngan suami..huhu.
sampai sini dulu..sekarang dah pukul 3.nk pegi airpot pukul 4..hihi..salam ramadhan ke 25..sayang semua~!

Monday, August 30, 2010

C.U.A.I

tensen betul minggu ni..tibe2 kepala serabut.bukan pasal assignment tertunggak ke,masalah rumahtangga ke,oh bukan bukan...aku pun xtau la knape ngan diri aku ni. rase macam makin kronik drive skill aku.aduhai.sebab aku cuai ke? hm..tadi aku bawak kete sambil pintu blakang terbukak,slamat xde kete lain.dan aku cepat perasan..wakaka..kadang2 aku geli hati ngan diri sendiri. menda kecik pun cuai.mungkin aku dah tutup tapi xrapat pintunye,.tu yang terbukak balik.

hujung minggu pun tensen.orang yang xsepatutnye muncul dah,nk muncul lg dan mengganggu ketenteraman kami.sibuk je.dah orang xmau kawan sudala bah. malas nak amik tau pasal ko dah.wat sakit ati buat ape.pegi lah sana kawan orang lain.tu pun kalau ade orang nk kawan ngn ko.hahahaha. mane boleh pakse2 kalau dah xsuka..waaargh

abg ajak pegi jalan2 tapi aku macam malas je.yela bulan puasa ni..xlarat pulak kang nak masak petang. pastu kitorang pun tido jela. semalam ade la kuar pegi pasar..tapi ntah ade program ape dekat ngn pasar tu,jalan pun jam.kena U-turn. pas kitorang siap beli ikan dan sayur2 untuk masak sampai jumaat ni, nak balik la cadangnye.pastu teringat plak nak beli krpopok amplang ngan kuih cincin untuk mak mertua dan mak sendiri. mase aku tengah pilih2 tu,nampak ramai orang xpuasa minum air kelapa.uish, memang terliur betul. semalam cuaca sangatla panas.sampai aku ngn abg pakai payung sebab xtahan. pastu aku beli 2 biji kelapa.nak minum pas berbuka nanti. dugaan bulan pose.

mase jalan tengah sesak tu,abg pun bwk la kete slow2 je. tibe2 rase dentuman kat belakang kete.rupenye ade orang langgar dari belakang! adeh,dugaan lagi..kitorang pun parking kete kat tepi.orang tu mintak maaf dan salam abg.diorang pun bincang2 la.kete die teruk ckit la..bumper gugur,lampu pecah..kete kitorang cuma kemek ckit..pastu abg pun xsure harga cemana..pastu die bayar kat abg rm50. kire settle la.pastu bila kitorang pegi kedai tanya harga ketuk balik campur cat,kedai kate rm250 sebab cat kete kitorang mahal.aduhai! suda kena bah!
mungkin abg blur mase tu..aku ty gak kat abg mase dalama kete,nape mintak murah sgt..abg ckp kecian..lgpun abg xpenah ketuk kete..dan lagipun jalan jam sesangat.xblh berpikir ngan baik.pastu abg cakap lagi,aku pun bawak kete teruk..nanti takut aku plak yang langgar orang,orang mintak macam2..yelah,arini ari kite.esok sape tau?

Kat sini aku nak bagi tips berguna kat korang bila kita dilanggar camtu:

1. servay dulu harga aksesori kete anda awal-awal.contohnye kalau nk ketuk,cat, tayar pecah,cermin..dll. So bila ade orang langgar, senang nak mintak ganti rugi.kalau korang yang langgar pun,at least korang xkena tipu. kadang orang suka mintak lebih!
2.cuba sedaya-upaya hafal flat kete pesalah tu.takut die lari..naya! haha
3.bincanglah secara berhemah! tunjukkan yang korang orang terpelajar
4. kalau xtau harga,ajak die pegi workshop,baiki kete korang dan suruh die bayar.
5.pastikan lesen memandu dan roadtax kete idup.
6. kalau diorang tu melawan,report je polis.dan pastikan anda yang tak bersalah..haha

nanti aku cuba pikir tips yang sesuai lagi..pastu aku update..selamat mencuba!

Thursday, August 26, 2010

Buku kami..

Untuk entry yang ni,aku nak rekemen buku yang aku ade untuk korang bace..buku ni sesuai la untuk persediaan kawan-kawan yang terasa nak kawin dan yang dah kawin pun kena bace.. buku yang bertajuk 'PIKATLAH HATIKU (30 BISIKAN HATI ISTERI)' dan lagi satu 'KHADIJAH DIHATI RASULULLAH'

ni buku yang aku hadiahkan kat suami mase kitorang bercinta dulu.hihi.. mase ulangtahun kelahiran abg yang ke 25tahun. tahun lepas la. mase tu bulan 10. tapi mase bulan 6 taun lepas abg dah cakap nak ajak kawin bulan 6 tahun ni [da kawin dah pun kami..hehe]..So,memang sesuai la buku ni di bace sebelum kawin.untuk tambah ilmu agama dan rumahtangga.

untuk buku bertajuk PIKATLAH HATIKU(30 BISIKAN HATI ISTERI) ni,buku ni dipenuhi dengan bisikan hati seorang isteri buat suami tercinta.

antaranya..
suamiku,bermesralah dengan isterimu..
suamiku,fahamilah perubahan semula jadi isterimu...
suamiku,buanglah sikap pemarah dan garangmu..
suamiku, sentiasalah bersikap adil..
suamiku,hentikanlah tabiat merokokmu..
suamiku,janganlah terlalu ego..
dan banyak lagi sampai cukup 30

buku kedua pulak 'BAGAIKAN KHADIJAH DI HATI RASULULLAH'. buku ni memberi petua-petua cinta abadi dalam perkahwinan,pengalaman sebenar,tips perkahwinan, dan amalan doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkawinan supaya kekal hingga akhir hayat.


cover buku ni memang cantik dan menarik untuk semua orang berminat nak bace..termasuk aku! tapi lum bace abes lagi pun.[click pada gmbar kalau nak besarkan]


lepas kitorang kawin,abg pulak hadiahkan aku buku kat bawah ni.sebagai balasannye..haha! memangla xkan suami je nak faham isteri..isteri pun kena faham suami gak. 'FAHAMILAH PERASAANKU(30BISIKAN HATI SUAMI)'



cubalah dapatkan buku ni kat kedai.murah je hrga die dalam rm16-rm19.90. ni harga semenanjung la,aku pegi kedai popular baru2 ni, aku tertengok yang buku-buku ni dah jadi 'BEST SEALER BOOK'..memang berbaloi kalau beli dan bace!