BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, February 28, 2010


MenGhitUnG Hari untuK PuLanG ke SABAK BERNAM!

XSABAR
XSABAR
XSABAR
XSABAR
XSABAR
XSABAR
XSABAR
XSABAR
XSABAR
XSABAR


XSABARRRRRRRRRR!
BURPPP

maaf ya! pic xsesuai ngan luahan! hehe..pic sebagai peringatan =) memandu mu, bukan bererti mendahuluimu..

Tuesday, February 16, 2010

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN =)


sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDE RITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Monday, February 15, 2010



Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)


da 3 hari cuti raya cina..
aku dah
pegi
FunFair, tengok wayang cite percy jackson, main bowling, mkn MCD, window shopping...
tapi..
lesson plan xciap lagi, worksheets x potostat lagi, tido xcukup lg, ROS report xciap lagi...
baju xiron lagi, umah xkemas lagi,
adeh, abis la aku!
demi masa, aku telah kerugian =( tp
.
.
.
.
.
.
..
.
.
yang penting kita ENJOY!

Friday, February 12, 2010

selAmat Tahun Baru Cina!


SELAMAT TAHUN BARU CINA UNTUK KAWAN-KAWAN YG BERBANGSA CINA!

SEDIHYA..AKU MASIH KAT KUANTAN..XLEY BALIK SABAK BERNAM.JAUH AND WAT PENAT BADAN JE. CUTI SEKOLAH JUZ 4 ARI SEBAB STUDENT SINI XDA CINA.


HM..MAK, I MISS U

NAK BALIK!!!!!!!!!!!!! @#$$~!^***&

Monday, February 8, 2010

duLu die Masih Bayi =)



love this pics!
ntah bape tahun yang lalu. tp yang aku tau, ini lah tunang yang paling aku sayang n cinta! hehe
even kitorang 1 sekolah dulu, n penah share kelas (aku sesi petang form 1, n die sesi pagi form 4)
tapi kitorang xpenah kenal dulu. hehe
jodoh? alhamdulillah orang dekat. tp die nak bawak aku g jauh kt sabah pasni.. hm..layan

aku s.a.y.a.n.g cikgu shukri sangat2!
n cikgu nisah ( mak mertua) n selaku cikgu sains aku mase sekolah
n cikgu martius (pak mertua) selaku cikgu BI
hehe

n adik2 ipar yang sgt comel n baik hati especially amie, iyut, syamim..yana included, walaupun sebaya, awk tetap adik ipar saye! hehehehehehehe..


p/s: xsabar nak balik jumpa kamu!!



Sunday, February 7, 2010

MY bestFriend~

sesaje wat entry yang ingatkan aku pada besfren aku mase matrix tiLL now ni. name die farahdiana. sensitif caring n loving orangnye.. aku sayang sgt2 kat die! harap fara terharu bila bace Entry ni! heehe. really hope that we'll meet again fara! love n miss u always =)

dan ape yang mengejutkan aku baru2 ni ( walaupun da agak ari tu).. fara n luke dah kapel! yahoo!!! both of them are my bestfriend. so, the happiness for us is double! kita harap sangat awak ngan luke kekal hingga akhir hayat sebab korang memang sesuwai gitu! haha


p/s: korang berdua memang sweet n comey =)

Friday, February 5, 2010

~KERANA FITNAH ITU~

Fitnah adalah suatu perkataan yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Boleh dikatakan rata-rata kita dapat memahami bahawa fitnah adalah juga merupakan suatu perbuatan atau tindakan dan perkhabaran atau berita yang boleh membawa kepada sesuatu yang buruk dan keji, ini adalah disebabkan mendustai serta sikap tidak jujur dan tidak amanah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perbuatan. Tindakan ataupun penyebaran berita dan perkhidmatan kepada masyarakat umum atau sesiapa sahaja sama ada berbentuk perseorangan mahupun orang ramai.


Tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap satu sama lain boleh menimbulkan fitnah. Islam tidak menyukai segala bentuk fitnah yang dilakukan oleh umat manusia apatah lagi oleh umat Islam sendiri. Sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Anfaal ayat 25 yang tafsirnya:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (bahkan akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya."


Membiarkan perbuatan-perbuatan maksiat berkembang dalam masyarakat kita akan lebih membawa bencana fitnah bukan sahaja kepada orang-orang yang berdosa dan zalim itu sahaja, bahkan juga kepada masyarakat umum. Oleh itu setiap orang Islam bukan sahaja diwajibkan menjauhi dirinya daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah subhanahu wata’ala tetapi juga lebih dari itu ialah berkewajipan pula mencegah perbuatan itu dari merebak di dalam masyarakatnya.


Sesungguhnya perbuatan menaburkan fitnah dalam masyarakat adalah suatu perbuatan yang boleh memesongkan iman seseorang. Bertindak menabur fitnah dengan berita yang tidak benar atau yang telah diubahsuai dari hakikat dan kenyataan sebenar memang mudah, tetapi kesan dari fitnah itu amat membahayakan. Kerana itulah Allah subhanahu wata’ala mengingatkan kita umat Islam dengan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 191 yang tafsirnya:

"Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."


Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim yang melakukan sembahyang, puasa, sedekah dan amar ma'ruf nahi mungkar umumnya, hendaklah berhati-hati supaya tidak terjerumus ke dalam lembah fitnah yang berbahaya ini. Setiap perkataan yang diucapkan, setiap langkah dalam tindakan dan setiap berita yang disiarkan hendaklah dijauhi dari semua bentuk fitnah kerana kiranya berlaku fitnah bukan orang lain sahaja yang akan mendapat bencana, tetapi juga yang berucap, yang berindak dan yang menyiarkan berita itu sendiri juga akan turut sama menghadapi kutukan dan kemurkaan Allah subhahahu wata’ala.


Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari dan Imam Muslim dan Ibnu Majah daripada Huzaifah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

"Fitnah seseorang lelaki pada keluarganya, hartanya, dirinya, anak-anaknya dan jiran tetangganya, akan menghapuskan pahala semua amalan sembahyang, puasa, sedekah dan amalan kebajikan amar ma'ruf nahi munkar (yang telah dikerjakan)."


Bagi mengelak bahaya-bahaya fitnah ini tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat itu, maka tindakan yang hati-hati dan lebih cermat diperlukan terutama dalam menerima apa juga berita perkhabaran yang datang kepada kita. Hal ini dijelaskan oleh Allah subhanahu wata’ala dalam firman-nya dalam surah al-Hujuura’at ayat 6 yang tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

http://www.brunet.bn/news/pelita/20dis/menuju.htm


NOTE: HARI INI,AKU HILANG SEORANG SAHABAT KERANA FITNAH. DAN AKU REDHA ,TERIMA APE YANG ALLAH TENTUKAN.. SEMOGA ADE HIKMAH DI SEBALIK ITU =(