BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 25, 2010

Tahukah Anda!!!

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.


6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja

BAJU CINTA.

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!”

“Yang kau telanjang tu kenape!!!??? ” marah si nenek.

” Ala nek, ini la BAJU CINTA saya,” balas si cucu perempuannya.

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.

“Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.”
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami…

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

“Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???” marah si Atok.

“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek.

“BAJU CINTA???….. . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya..”

Thursday, October 21, 2010

sedikit info :Evening Primrose Oil (EPO)

inilah die..hehe
cantik kan..softgel ni

Evening Primrose Oil (EPO), merupakan ekstrak dari benih sejenis bunga yang dipanggil Oenothera Biennis, sebahagian dari spesis pokok herba (Willow herb). Berasa dari Utara Amerika, Oenothera Biennis mula diperkenalkan pada tahun 1614 di Eropah & amat terkenal dengan gelaran "Kings Cure All" berdasarkan pada khasiat yang ada pada tumbuhan ini.

Berdasarkan pada eksperimen, EPO telah menunjukkan reaksi pertumbuhan sel (baik) dan penurunan paras kolesterol secara berterusan dalam tubuh manusia. Ini membuktikan yang EPO kaya dengan Gamma Linolic Acid (GLA) seperti yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.

Gamma-Linolenic Acid (GLA) sejenis essential fatty acid (EFA) yang terdapat didalam lingkungan keluarga Omega-6 dan hanya ditemui pada minyak dari ekstrak tumbuhan. EFA adalah sangat penting pada tubuh badan manusia tetapi tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Maka dengan itu, EFA hanya boleh didapati melalui pemakanan. Fungsi EFA adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, kesihatan tulang, untuk stimulasi kulit dan rambut, mengawal kadar metabolisma dan pengawalan pada proses reproductive tubuh manusia.

Kebaikan & Khasiat EPO

1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.
2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh Doktor untuk rawatan.
3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.
4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.
5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.
6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)
7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)

Cadangan Pengambilan EPO
Kebiasaannya ambil 2 x 500mg sehari (selepas makan), tetapi lebih berkesan bagi yang ada simtom dan penyakit diatas untuk mengambil 3-6 kapsul/500mg sehari.

Kesan Sampingan
Masih belum ada kesan sampingan buruk hasil dari pengambilan Evening Primrose Oil. Namun, sesetengah orang akan mengalami gastrik, sakit perut dan sakit kepala. Disarankan agar pengambilan EPO sebaiknya selepas makan. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan (vitamin dan sebagainya, elok diambil selepas makan)

Perhatian!
Tidak boleh diambil oleh pesakit yang menghidap tekanan darah rendah, selepas makan aspirin (panadol, milidon, dll). Juga untuk pesakit yang menghidap sawan. Juga tidak sesuai untuk ibu mengandung, diragui akan mengakibatkan gangguan hormon.

Artikel ni aku copy paste dr website
http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/35995-pencegahan-awal.html.


saje nak promote kat korang.banyak khasiat tau.aku pun da makan dekat setengah botol baru tau khasiat EPO ni..aku start amik vitamin ni sebab doktor kt klinik suggest kat aku. aritu aku senggugut teruk.

Wednesday, October 20, 2010

part II..konvokesyenku..

3 hari lepas tamat la riwayat aku sebagai mahasiswa UPSI.skrg aku dah boleh dipanggil graduan UPSI.nak panggil cikgu belum posting lg.ish3..cepatla cikit KPM oi. nak cerita sikit pasal konvo bertarikh 16.10.10 aritu. walaupun best, tapi banyak yang wat aku terkilan.

mase 05.10.10 sebelum tu,aku ade g amik jubah dulu..pegi ngan geng2 sabak bernam. sampai je sana aku cuma smpt jumpa mas ngn wana..n miena,titi. yg lain ramai juga jmp tp maksud aku yang rapat ngan aku la.haha.especially housemate aku yang ak panggil adik bradik. mase amik jubah ok tapi bile nak tempah gambar untuk 'stage pics'.punyela lame.tension betul sebab da makan banyak masa. aku cuma amik yang wajib je sebab package die agak mahal kalau nak compare ngan kt studio luar.

lepas settle je semua,kitorang g makan kt jalan ketoyong.hampir setaun gak la dah xmerayau2 kat area tg malim ni.macam2 kenangan aku 'nampak' mase on da way nk g UPSI tadi.mase nak g makan pun.mase nk makan tu,aku sempat call mas n die stuju nak makan sama tapi die smpai lewat sikit.so,aku ngn geng sabak bernam makan dulu. dah nak abes makan baru die sampai.smpt la sembang jap..pastu aku g surau semayang n balik sabak bernam.

minggu setrusnye 12.10.10, ade raptai tapi aku xpegi sebab abg nak balik dari sabah.nak attend aku punya konvo..best sgt.

16 10 10, hari yang kami semua tunggu.. macam-macamla plan.nak jumpa kawan2,nk tgkp gmbr,nk peluk2,nk g pesta konvo,nk borong tudung. tapi xbanyak yang jadi kenyataan.
pagi tu dalam pukul 9 aku bertolak dari umah ngan family. tapi kitorang singgah studio kt sg besar dulu tgkp gmbar. memula segalanya berjalan lancar.tapi mase dah ready nak tangkp gambar, photographer tu mngusik mak aku.die cakap 'senyum lagi cik'..then,ntah macam mane,mak aku undur kebelakang cikit, tibe2 aku toleh,mak aku dah terlentang atas kain rentang background belakang yg konon2nye rak buku..haha.memang lawak gile. bile tanya balik mak aku bagi reason 'ingatkan rak buku'.tapi selamat xde cedera.terpakse la orang tu naikkan balik kain rentang tu.dah amik mase.kitorang memang gelak kan mak aku kow kow lah!

xlame pastu,kitorang pun bertolak g UPSI.sampai dalam pukul 11.30am. bile aku turun je kete, kawan2 yg konvo sesi pagi baru settle. dapatlaa jumpa diorang. pastu amik gambar sikit2. pastu ak g pesta konvo jap. tengok2 ade ape jual. tudung memang murah sesangat tapi tu la yg wat ak terkilan..ingat nak datang lg sekali.yg tu nak round2 dulu.tapi bila dah petang xsempat nk g beli. ak cuma beli t shirt 3helai tuk adik ipar yg comel2 tu..yg adik bongsu,walaupun darjah 2,tapi perut comel.ssh betul nak carik saiz. 2 3 kali gak patah balik.

dalam pukul 2 dah nak masuk berarak.aku xsempat makan n minum lagi.aduhai.mase berarak mmang best dan bangga bila suma orang tengok.hehe.masuk je dewan,aku punyala kehausan..da xde makne nervous dalam otak aku. bila giliran aku, aku g amik ijazah dengan bangganya dan ucapkan 'trima kasih prof'..aduhai..sebnarnye kena aku kna cakap 'trima kasih tan sri'..haaha..step nak amik ijazah pun aku lupa.asyik gelakkan orang sebelum aku je..padan muka.

bila kuar dewan,kawan2 masing2la ngan family diorang.xsempat nak tangkap gambar ramai2.ingat nak buat aksi baling mortar board ke, tgkap gmbar golek2 ke.tapi xde maknenye.masing2 dah nak balik.pas aku pulangkan jubah,aku pun balik ngan family yg dah penat menunggu..kecian diorang.

papepun,hari konvo adalah hari yang paling bermakna untuk seorang mahasiswa mcam kami..penat tu dah belajar 4taun.utang PTPTN pun dah anak 5 kut baru abes bayar. walaupun xsempat jumpa semua kawan2, cukupla nampak dari jauh je aritu. xdapat nak tegur. pastu tengok gambar diorang kat facebook.
untuk kawan2 sri indah,aku terlalu rindu korang!

kat sini adela beberapa keping gambar.sila la tengok untuk jamuan mata..


adik.aku.akak.
Ngan suami tersayang.thnx abg atas segalanya..

kamidiSTUDIO
kamiadikberadik

bunga dari abg =)

sepah.husna.mas.tasha.wana.amy. love u all so much!
akak+husna+mak+adik
sepah.wana.husna

selesai suda..ni dalam flight nak blik kota kinabalu.aku duduk kat sayap..sayonara semua!


p/s:aku sedikit xpuas ati ngan gambar yg ditangkap sebab xterkumpul housemate2 no 16 sri indah @ adik bradik kami..hm..gambar baling mortar board pn xpe..kecewa!

Tuesday, October 19, 2010

pas Raya part 1..cuti xhengat..

rasenye entry raya aritu yg terakhir la aku menulis.ahaha..agak malas plak cuti ni..aritu raya aku beraya kt kg aku dulu..pastu baru umah abg..memandangkan raya dah sebulan berlalu,aku pun xde mood nak cite pasal raya dah..korang pun da xmau dengar kan..ahaha..tapi taun ni la first time aku beraya 'berdua'. rase pelik sikit tapi dah tentunye seronok. yang part nk decide nk raya umah mane dulu tu yg payah walaupun umah kitorang sekangkang kera.yela, lagipun masing2 ade atok n nenek lg.termasuk la umah family sendiri.

mase raya pertama, agak kelam kabut sebab lepas bersalaman kt umah aku,kitorang bertolak g umah abg dan seterusnya umah atok abg..dah ptg baru pegi blik kg nenek aku kat perak..


hari raya ke 3 pulak aku ingat nak beraya ngan kawan2, tapi sempat dua umah je mak mertua call nak dtg umah..aku pun bergegas balik.nak masak nasik ayam untuk diorang.walaupun penat, tapi seronok tgk diorg makan banyak..pastu petang2 tu ade jugak kawan2 sekolah datang umah beraya. best la sebab diorang still dtg even aku dah kawin. diorang dtg beramai2 tapi sebab xbagitau awal xsempat la nak masak.


abes je raya seminggu,masing-masing balik ke tmpt asal..ade yang nk keje,anak nak sekolah dan macam2 lagi la..termasuk abg, kena balik sabah sebab sekolah nak bukak dah.aku anta abg kt stesen bus teluk intan je. jauh la nak anta g LCCT.lagipun nak anta adik balik uitm seri iskandar sekali.. sedih sebab terpaksa pisah 3 minggu.aku nak konvo pas raya so nak balik sama pun dah alang-alang. tapi memang macam-macam gak pikir..cian abg xde orang nak masak,kemas umah,basuh baju..kt kk nak makan yang halal n sedap susah..selera semenanjung la katekan..hehe


dalam mase 3 minggu lepas tu,aku pun berulang alik g umah mertua..kadang-kadang tolong masak sebab mak mertua ngajar belah pagi.tolong masak simple2 je. pastu pulak mak aku sibuk wat bengkel untuk bisnes biskut. bukan la tolong orang menukang.tapi sediakan air minuman dan makanan ckit..sian diorang wat keje panas-panas. ape salahnye ilangkan dahaga diorang tu kan.


sepanjang cuti pas raya sampai la nak konvo, aku memang nak spent mase betul2 kat umah.rehat dan rawat.haha.sebab bila balik sabah xde menda nak buat. so,kat kg aku buat macam2.tanam pokok, bela ikan,g lawat jiran2 n sedara.maklum la kat sabah sebatang kara. kadang-kadang teringin nak ade jiran yang boleh dibuat berbual tapi duk bandar ni paham2 je la..masing-masing buat hal sendiri. asyik tutup pintu je. da 3 bulan lebih duduk sini pun xkenal langsung jiran..anak die brape, kawin brape pun aku xtau.

sampai sini dulu mengomel..nanti nak cite part 2..konvo kut ceritanye.. amik ni sekeping dua gambar raya

family mertua




sebahagian family aku



ngan kawan..



ngan abg..n akmal..hehe